Showing posts with label blood pressure monitor. Show all posts
Showing posts with label blood pressure monitor. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Guardian Memperkenalkan Monitor Tekanan Darah untuk Menangani Masalah Hipertensi di Malaysia

Hi Korang,

Sedikit info untuk korang baca di hujung minggu ni ek

Hipertensi membunuh secara senyap, selalunya tanpa sebarang simptom. Ia membebankan sistem kardiovaskular yang membawa kepada pembesaran kebuk jantung dan merosakkan salur darah yang membekalkan darah ke jantung. Peningkatan tekanan di dalam salur darah menyebabkan pendarahan intrakranium dan boleh merosakkan organ-organ penting termasuk hati, ginjal, otak dan paru-paru.

Hipertensi merupakan faktor risiko utama kematian di rantau Asia Tenggara dan meragut sehingga 1.5 juta nyawa setiap tahun1 Kesihatan Sedunia (WHO). Di Malaysia, 32% daripada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap hipertensi2. 

Risiko hipertensi tidak sepatutnya menjadi begitu tinggi kerana ia boleh dielakkan. Pencegahan dan kawalan adalah jauh lebih murah dan selamat berbanding intervensi seperti pembedahan pintasan kardium atau dialisis yang mungkin diperlukan jika hipertensi gagal dikesan dan dirawat awal.

Seperti penyakit tak menular yang lain, kesedaran mampu membantu pengesanan awal manakala pengawasan di rumah membantu memastikan pengambilan tetap ubat-ubatan, tabiat kesihatan yang baik dan kawalan penyakit yang lebih baik3 Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, telah menyahut permintaan untuk pemantau tekanan darah berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kegunaan di rumah bagi membantu pengawasan dan kawalan hipertensi yang lebih baik dalam kalangan rakyat Malaysia. 


Monitor Tekanan Darah Guardian ini dilengkapi paparan LCD yang besar agar mudah dibaca termasuk oleh warga tua. Ia menampilkan antara muka yang mesra pengguna dan menghilangkan kegusaran pemantauan di rumah. Dengan julat kaf boleh laras yang menerima ukur lilit lengan daripada 22cm hingga 36cm, ia boleh disesuaikan untuk pelbagai saiz lengan, memberikan bacaan tekanan darah yang selesa, boleh dipercayai dan tepat. Ia juga dilengkapi penunjuk degupan jantung yang tidak teratur. 

Rekabentuk peranti ini menitikberatkan kesederhanaan, aspek praktikal dan fungsi. Ia menampilkan operasi mudah satu butang bagi memulakan dan menghentikan proses pengukuran dan paparan maklumat penting dalam pemantauan tekanan darah iaitu tekanan sistolik dan diastolik, kadar denyutan nadi dan tarikh serta waktu bacaan. 

Ia menggunakan Klasifikasi Tekanan Darah WHO yang memudahkan pemantauan di rumah – optimal ke normal dalam julat hijau, hipertensi ringan ke sederhana dalam julat jingga dan hipertensi teruk dalam julat merah. 

Monitor Tekanan Darah Guardian membenarkan dua kumpulan pengguna individu dengan kapasiti 90 memori setiap satu. Ini bermakna sepasang pengguna boleh berkongsi satu peranti lantas menjimatkan kos berbanding membeli dua unit berasingan. 


Untuk bacaan yang lebih tepat, purata bagi tiga bacaan tekanan darah terakhir digunakan kerana Guardian memahami kepentingan bacaan yang tepat untuk ketenangan jiwa dan menghapuskan bacaan positif yang palsu.

Monitor Tekanan Darah Guardian merupakan peranti perubatan yang menerima pengesahan CE dan telah menjalani serta mendapat kelulusan dalam ujian ketepatan dan kebolehpercayaan yang ketat. Ia mempunyai julat bacaan 0 hingga 299 mmHg dan mampu mengesan bacaan nadi antara 40 hingga 199 denyutan seminit. Ini menjadikannya sesuai untuk pengguna dengan pelbagai tahap kesihatan dan tekanan. 

Pemantau kaf lengan yang anggun dan kecil ini beratnya hanya 254gms dan boleh muat di dalam beg tangan. Ia didatangkan dengan waranti setahun daripada kecacatan pembuatan.

Menurut Cik Segolene Defline, Pengarah Jenama Korporat bagi Kesihatan & Kecantikan di The Dairy Farm Company, Limited, “Guardian mempromosikan amalan pemantauan sendiri bagi mengawal hipertensi. Kami juga berhasrat mendidik dan membantu mereka yang mempunyai hipertensi dan mereka yang berisiko. Kami menyediakan alat bantuan yang berguna bagi memantau, mengawal dan memahami tekanan darah dan melengkapi rawatan yang disediakan oleh pusat rawatan kesihatan”

Mengurangkan Risiko Tekanan Darah

Selain memantau tekanan darah setiap hari, individu berisiko dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi sepatutnya mengurangkan pengambilan garam dan mengamalkan pemakanan seimbang. 

Menurut WHO, bersenam secara konsisten serta mengelak daripada merokok dan minum minuman keras juga boleh membantu mengawal tekanan darah.

Harga dan lokasi jualan

Monitor Tekanan Darah Guardian boleh didapati di kesemua kedai Guardian seluruh negara dan e-kedai Guardian di https://online.guardian.com.my pada harga RM199 seunit.

Untuk tempoh terhad dari 25 September – 29 Oktober 2014, Monitor Tekanan Darah Guardian dijual pada harga RM129 dengan pembelian RM50 ke atas oleh pengunjung Guardian dalam satu resit. Anda juga boleh tukar beli sebarang set monitor tekanan darah terpakai atau tunjukkan kad keistimewaan Guardian Golden Privilege untuk menikmati harga promosi ini.