Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Trafik Blog Merudum, Bahaya Ni

Hi Korang,

Lately ni aku perhatikan je Google Analytics aku ni kan. 

Naik turun naik turun ishkk sebab apalah jadi cam ni ek. Ko rasa!! aku tak risau ke, of courselah risau wei. Walaupun blog simple-simple ni tapi aku sayang tau hueahuhauahuahauhau..

ini trafik light la bukan trafik blog

Ermm meh kita kaji sket punca trafik blog merudum ek!

1. Jarang update
Lately ni memang aku super duper busy manjang. Hidup sebagai seorang traveller, weekend wife sangat memenatkan oooo. Most of the time, masa kat atas jalan raya, dalam kapal terbang, dalam airport kan huahauhauhua. Nak buat cam ne keje dah namanya.

2. Banyak kesalahan atau eror di google webmaster tools
Mungkin aku rasa banyak eror, macam Structured data (missing author,missing update), HTML Improvements (Duplicate meta descriptions, Duplicate title tags), Crawl errors (Page not found/error 404), Security Issues (Malware di browser). Aku manelah belajar menda ni semua, so kena start google semua ni.

3. Meletakkan Kata Kunci 'KEYWORD' Yang Tidak Bersesuaian
Menuliskan kata kunci yang berulang ulang dan meletakkan dalam posting tanpa di imbangi kosa kata yang relevan,Hal ini akan di anggap oleh spam oleh google,risiko terburuk adalah artikel anda akan de-index (tidak terindex oleh google). Maybe kot masa buat advertorial kan, kita kena letak keyword menarik untuk SEO ni. Itu yang aku rasa salah kot.

4. Banyak Komen SPAM
Jangan bangga dengan banyaknya komentar pada blog korang, yang menautkan link sembarangan, Ini salah satu faktor penyebab menurunnya jumlah pengunjung,sekali lagi google sangat tidak menyukai spam,so buatlah moderation kat dalam komen blog korang. Ok ok double check on this.

5. Blog Kurang Promosi
Faktor lain adalah promosi blog korang,baik secara online dan offline. Ini memang betul, aku langsung tak pernah nak promosi atau post link kat memana FB page groups dan itu aku rasa punca trafik blog merudum tuh. Kekadang reply komen pun tidak. Bukan apa, masa tak de wei... huahuahauhau

trafik blog merudum tak tentu hala

Hah amik ko 5 kajian yang dapat aku simpulkan daripada kes trafik blog merudum ni. So lepas ni kena kuatkan semangat untuk rajin, rajin dan lebih rajin mengupdate dan datang komen kat blog orang lain. 

Korang pun ada kena macam aku ni gak tak? lebih-lebih lagi lepas raya ni kan. argghh semuanya berattt..

Info & Photos: credit to google.com

Monday, December 31, 2012

Terbaik Sepanjang 2012


Hi Korang,

Lama plak dah tak duk depan PC ni, yelah cuti-cuti Malaysia kan. Haruslah semua anggota pun berehat.


Nothing much pun dalam tahun 2012. Semuanya sama. Kerja dan event sama seimbang but penat memang tak terhingga lah.

Rasanya lebih dari 10 gadget aku dapat review untuk tahun ni. Selain dari camera, smartphone, WiFi device ada gak aku dapat review vacuum dan microwave canggih. Tak caya meh baca kat column PRODUCT REVIEW dalam blog aku ni. Tup-tup rasa up to date plak dengan teknologi lah.

Selain dari gadget, beauty product pun ada gak aku tulis. Siap kena jadi testimonial produk lagi. Actually bagus gak lah, aku boleh kenal produk tu dengan lebih details lagi supaya aku boleh spread the news. Eh, makin kulit bersih pun ye tau.

Tahun ni bercuti kurang sket lah due to tak de masa dan keje melambak. Jawabnya bercuti adhoc je dalam Malaysia ni. Jadi HOTEL REVIEW pun tak de banyak. Tapi ada 5-6 hotel lagi aku belum sempat tulis review hehehehehehe tak jumpa masa yang sesuai nak tulis pasal hotel ni, may be time nak cuti-cuti sekolah ni aku tulis la ek

Movie lagi teruk, aku langsung tak pi tengok pun yang press screening punya. Yelah kekadang tempat jauh, waktu tak kena so malas dibuatnya. Tapi ada gak lah movie yang best-best aku tengok, meh check kat column MOVIE REVIEW aku ni tau.


Ok ok yang terakhir ni, FOOD REVIEW. Ya ampun, terlampau banyak sih. Tak terkira hendaknya, lebih-lebih lagi time bulan puasa rasanya lebih dari 20 hotel aku dapat pi makan kan. Sampai Mr Big cakap bila masanya kita nak makan kat rumah ni, kalau asyik buka kat hotel je letih dibuatnya. Review makanan di restoran pun cara gak, banyak dapat aku test mana tak perut kembung. Nasib baik ada PB kan, penyelesaian kepada masalah kegemukkan aku ni hehehhehe

Dah penat aku membebel dalam entry ni, kalau nak sambung citer lagi rasanya 3 hari 3 malam pun tak akan abis punya.


Apapun TQ so much to Allah for all these rezeki. Betul lah orang kata, kalau nak rezeki lebih jangan berkira sangat. Ada sesetengah blogger cakap, kalau tak bayar tak nak cover event tapi bukan aku lah sebab aku berblogging ni sebab suka dan nak tambahkan ilmu dan nak luaskan pengalaman so bagi aku kalau ada payment tu dah kira cam bonus gituh lah kan.

Hopefully tahun 2013 ni akan lebih bertambah rezeki aku dalam dunia blogging ni ek.

Insyallah!


Friday, April 1, 2011

Sepanjang March 2011 - Sangat Seronok

Hi Korang,

Hari ni dah Jumaat pun. Seronoknya dapat jugak berehat weekend nie kat umah kan. Itu yang sampai terlupa nak citer pasal aktiviti aku bulan March ni.


Ya Allah, memang hectic betul. Memacam benda jadi. Bebanan kerja yang semakin mengancam2 kan. Aktiviti bersosial pun makin hebat. Uishk tak terkata lah. Korang check it out ni.

Event
Ermm this month best. Aku dapat media invitation untuk launch of mainan bebudak kat Fullhouse. Comel oo mainan tuh, even mr Big pun layan jugak lah. Then aku juga aku pegi Lancome beauty workshop. Ini lagi best, belajar cara mencantikkan diri.

Premiere Screening
Ini lagi lah. Bulan ni je aku dapat 5 invitation untuk tengok wayang ni. Cuma 3 wayang je aku dapat tengok which is I am Number 4, Mars Need Mom dan Battle Invasion. Lagi 2, iaitu Sucker Punch & HOP melepas nak tengok coz balik keje lambat sangat. Nasib baik cepat2 cakap dengan Thara yang aku tak sempat. Kalau tak, abis aku kene blacklist kan. Hehehehe

Outing
Ermm bulan ni meriah sket, family blah omak den buat trip pi Langkawi 3 hari 2 malam. Ala macam rombongan cik kiah tuh. Abis penuh satu bas kan. Kemudian plak, melalak kan diri dengan family mr Big then layan plak tengok wayang sekeluarga kat Mid Valley hari tuh.

Skills
Ermm hampeh betul. Langsung tak de masa nak cuba resipi baru. Masak apa yang pandai je, maklumlah busy bebenor lah katakan. Kedai mamak bawah pun tak singgah bulan ni. Most of time malam ktorg makan kat umah je. Makan yang ringan2 dan sesuai dengan tekak.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.

 
Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan March ni.