Showing posts with label black box. Show all posts
Showing posts with label black box. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Sedap Gak Coca-Cola ZERO ni Ek

Hi Korang,


Lately ni aku dah jarang minum bergas ni, alah saje ni. Kengkonon nak kurangkan pengambilan gula seharian. Bukan tak ambil gula langsung but kurenggg sket ek.

Hehehhehe


So baru-baru ni ada event launching Coca-Cola ZERO ni kat Black Box PUBLIKA, ermm dalam hati tak nak minumlah coz gula kan. Bila dah dengar details mengenai kandungan bahan-bahan dalam Coca-Cola ZERO ni terus aku jadi suka plak.


Minuman baru yang kelihatan seperti Coca-Cola, rasa seperti Coca-Cola dan mampu menghilangkan dahaga juga sehebat Coca-Cola, kini dengan rasminya diperkenalkan di Malaysia. Ia tidak lain dan tidak bukan Coca-Cola zero, yang mempunyai rasa unik Coca-Cola tetapi dengan ciri istimewanya iaitu tanpa gula dan kalori.


“Rasa yang enak merupakan keutamaan kami dan kini dengan pelancaran Coca-Cola zero yang baru di negara ini, pelanggan kami dapat menikmati rasa yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tidak mengandungi gula dan bebas kalori. Sukar untuk dipercayai? Cubalah sendiri.” kata Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi Malaysia-Singapore-Brunei, Gill McLaren.


“Coca-Cola zero yang begitu mirip rasanya dengan Coca-Cola asli pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicipta,” kata McLaren dalam ucapannya di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu kota, hari ini.



Menurut beliau, tinjauan pasaran di Malaysia mendapati bahawa pelanggan Coca-Cola pada mulanya khuatir tentang kandungan Coca-Cola zero yang bebas gula. Namun setelah merasainya sendiri, mereka amat kagum dengan keenakkan rasanya yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tanpa gula.


Diperkenalkan secara global sejak tahun 2005, Coca-Cola zero kini menerajui pasaran di Malaysia dan akan menghiasi rak-rak di seluruh Negara ini dengan bekas tinnya yang berwarna hitam, seiringan dengan Coca-Cola asli.


Coca-Cola zero dikeluarkan di kilang Coca-Cola di Malaysia dan Singapura yang mempunyai sijil Halal.

Tu dia...


Apa lagi, minum bercawan-cawanlah aku masa event hari tuh. Sedap plak wei, tak de langsung rasa pelik kan. Sedap seperti biasa…


Tuesday, April 30, 2013

Hey LAZADA Malaysia, Happy Birthday!


Hi Korang,

Siapa yang kaki shopping online mesti tau Lazada nie kan.


Lazada merupakan online shopping mall yang terkenal di dunia cyber di Malaysia ni. Daripada tablets, cameras, home appliances, produk kecantikan dan kesihatan, barangan sukan, buku-buku hingga ke barangan keperluan bayi semuanya ada di jual di sini.

Memang pun kalau buka website ni, agak terpesona dibuatnya. Mana tak, harganya lebih murah dari pasaran luar. Kita boleh jimat up to 50% dari harga sebenar. Tambahan plak, penghantaran PERCUMA lagi lah bertambah jimat kan.


Aku dapat invite ke 1st Anniversary Party LAZADA ni di Black Box, Publika. Nasib baik terjumpa Deq Noor dan Bro Framestone, kira ada gak member kan.  Duduk ktorg semeja dengan mainstream media yang lain.


Acara di mulakan dengan video presentation, cara-cara team LAZADA berkerja secara live. Dapatlah tengok cam ner diorang handle segala order yang masuk. Nampak begitu efisen sekali.

Ada sedikit speech dari senior management LAZADA


“Based on these three key elements – offering a great range ofproducts, providing an excellent shopping experience and ensuring exceptional customer service, Lazada will inevitably attract more savvy online shoppers” komen Max Bittner, CEO of Lazada Southeast Asia.


Central to its success has been the Lazada Promise campaign, which includes a commitment  to deliver goods to buyers within 48 hours to 78 hours, a best price guarantee when comparing to other key retailers, and 1 14-day hassle-free return policy.


Sempena dengan ulangtahun yang pertama ni, LAZADA akan melancarkan satu aps  iaitu Lazada Smartphone App dan lain-lain e-Commerce aps lagi bagi meningkatkan hasil jualan mereka.

Lepas ni, lagi ramai yang duk bershopping ye tak?

Ok back to party..


Selain daripada makan-makan, ada gak surprise lucky draw. Tapi cam biasa aku kurang bernasib baik lah, its ok. Itu kan nasib so tak kisah sangat lah.


Anyway thank you LAZADA for this special invite and awesome gift yang diberikan. Pakai kotak delivery LAZADA je, tak yah nak dalam paperbag kan. Memacam ada dalam kotak tu tau.

All the best to LAZADA Malaysia...

Ok, meh sambung shopping balik tau..