Showing posts with label bersyukurlah. Show all posts
Showing posts with label bersyukurlah. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Rezeki Harus Di Kongsi Bersama

Hi Korang,

Kita dalam dunia ni, kalau sket-sket nak berkira memang tak kemana lah kan. Apa salahnya berkongsi rezeki pada mereka yan memerlukan. 

Aku pun cam tu gak. Kalau ada rezeki lebih aku kongsilah dengan korang yang kaki lepak kat blog aku kan. Walaupun tak banyak but still aku nak beri gak. Nanti ada giveaway yang aku nak buat, korang join ye..


Cam dia ni gak la, aku rasa dia ni lebih memerlukan. So aku bagi apa yang dia perlukan iaitu makanan.


Hopefully aku dan dia sesama murah rezeki hendaknya. Dahlah kucing comel ni tengah bunting. Cian plak aku tengok kan.

Itu je..





Tuesday, December 13, 2011

Nyawa Di Hujung Pistol


Hi Korang,

Aku still dalam shock lagi akibat kejadian yang menimpa aku isnin lepas. Bukan nak propa but kalau tak kena gaya memang terbang melayang nyawa di buatnya.



So petang isnin tu, aku pi basuh kereta dekat area umah aku ni. Car wash tu memang favourite spot aku coz dia tepi jalan dan senang nak Nampak Mr Big balik keja time petang2 kan.  Tengah duk leka tengok diorg ni basuh kereta aku. Lebih dalam 50meter dari car wash tuh, tetiba aku terpandang ada satu biji kereta melanggar lebih kurang 5-6 biji kereta di hadapan nya. Bunyi hentaman memang terlalu kuat hingga kereta MyVi tu tertolak ke longkang besar tepi jalan dekat traffic light ni.

Kemudian aku Nampak 2 orang lelaki mengacukan pistol dekat driver dan passenger yang melanggar kereta tadi. Passenger tu nak lari but di tembak oleh salah sorang yang aku rasa polis detektif. Terus je si passenger tu terbaring. Memang aku totally nampak clear lah si polis tu pegang pistol kan. Dah macam citer Gerak Khas pun ye Cuma yang ni memang real punya.  Then si driver tu cuba nak lari ke arah tempat car wash aku ni but si polis tuh cepat2 mengarah suruh jangan bergerak dan terus pi gari ke dua2 penjahat tuh. Aku yang kat car wash nie terus tergamam sekejap even kakak yang sesama basuh keta dengan aku tuh dah lari terus ke belakang.

Bila dah kena tangkap baru lah ramai orang datang pi tengok tempat kejadian tuh. Memang jem teruk main road ni lah.  Kereta aku pun siap dan cepat2 aku blah dari situ.

Masa driving balik umah tup2 aku terfikir :-

  1. Kecian kereta2 yang kena langgar tuh, nak claim insurance kereta sape ek ? Dah sah2 kereta yang langgar tu mesti si penjahat tu curi kan.
  2. Nasib baik traffic light tu merah, agaknya kalau hijau confirm di polis tu masih belum dapat tangkap lagi si penjahat tu kan.
  3. Cuba kalau penjahat tu lari arah aku yang rasanya memang terlalu dekat sangat dengan tempat kejadian dan aku dijadikan tebusan. Cam ne ek.
  4. Kalau apa2 jadi kat aku, cam ne dengan family aku kan.

Anyway aku rasa bersyukur sangat coz tak de apa2 yang berlaku kan aku. Memang Allah tu sayangkan aku lagi. Mr Big balik terus citer dengan dia betapa takutnya aku time tuh.

Pengajaran daripada kes nie, kene lebih banyak berhati2 dengan apa yang berlaku di sekeliling kita