Showing posts with label bercuti di Melaka. Show all posts
Showing posts with label bercuti di Melaka. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Semalam Bercuti di NOVOTEL Hotel, Melaka

Hi Korang,

Sempena cuti sekolah yang start hujung minggu ni, meh aku citer sket pasal holiday ktorang di Melaka hari tuh rasanya tahun hujung tahun lepas kot hehehhehe

Kang ktorang travel dari JB, lalu Muor bagai so sampai dah malam, malas nak balik umah mak sebab jalan ke Selandar tu dah gelap. Amik keputusan tidur semalam di Melaka lah. Masa on the way tuh, terus google then buat booking di Novotel Melaka ni. 

Guna WAZE je dan sampai pun lepas Maghrib


Wah hotel baru rupanya, cantik wei. Lobby simple dan modern memang style tapi tak amik gambo pun hehhee.

Meh check it out bilik.


Ini bilik di Executive Floor.

king bed, nampak Mr Big duk tengok swimming pool je kan

nampak dari katil boleh nampak bilik air

ok ok minum kopi dulu ek

mini bar, minum je apa yang mau tapi bayar nanti ek

kena amik ni kan, buat collection

bathrope, boleh feeling2 omputih kan


ada sofa kat sebelah tepi, bolehlah anak-anak kecik tidur sini kan

Beso, cantik dan simple. Semua amenities ada dan yang penting WiFi lajuuuuuuuuuu oooo

Yang kelakar tuh, bilik airnya dinding glass wei.

nampak see thru kan, rupanya button dia kat dinding belakang tuh

Arrggh sudah dari katil boleh see thru bilik air, malunya nak mandi ni. Kalau honeymoon mesti seronoklah kan, ini nak rehat semalam je pun hehehhehehe.. Cam no ni kan, terus rasa nak pi tukar bilik. Godek semua button kat dalam bilik air tu ermm barulah jumpa ada curtain yang boleh naik turun tu kan. 

Malam tuh, ktorang jalan kaki je Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan. Kemudian singgah plak makan chicken rice ball di Melaka Raya, tempat tu sebelah hotel je. Lepas lepak di Starbucks pekena kopi secawan naik bilik hotel, layan movie sampai pagi.

Esoknya makan buffet breakfast kat coffee house je.


Menunya memang banyak, tapi disebabkan ramai orang so tak sempat nak amik gambar. Letak-letak semua licin, macam piranha diaorang ni ek. 


Even nak lepak mandi kat swimming pool pun penuh, ramai betul lah orang kan huahuahauhaua..

In term of harga, bilik ktorang ni harganya RM270 semalam sebab booking last minit. Yelah lagi 2 jam nak masuk hotel baru booking kan hehehehe. Agaknya kalau booking lama mesti murah daripada ni kan, kalau family anak 2orang boleh sangat muat bilik ni sebab katil king dan ada sofa plak sebelah katil tu kan.

Ini hah alamatnya:

Novotel Melaka
Jalan Melaka Raya 2
75000 MELAKA - MALAYSIA
Tel (+60)62898222
Fax (+60)62898289


GPS. N 2° 11' 16.44'' E 102° 15' 13.72''

Hah sempat lagi nak booking sebelum cuti sekolah ni start kan

Friday, February 5, 2016

Teater DISSENDIUM Kini di Melaka

Hi Korang,

Meh layan gegambar yang unik lagi magis ni ek



Apmacam?

Tak caya kan.

Meh tengok lagi ni





Sedikit perkongsian gambar acara para ahli magis membuat pertunjukan di Berjaya Times Square baru-baru ini (kredit pic Nannie Isa)

Pehhhhh...

Ini memang betul-betul real....

Aksi para ahli magis ini benar-benar memukau mereka yang hadir ke pertunjukkan i-team Dissendium!!

Untuk video yang lebih jelas tentang magik yang bakal dipersembahkan...


Hah kagum tak?

Itulah kan

Kagum itu sahaja yang mampu aku katakan melihat kepada persembahan "magic show"dari ahli magis yang berbakat besar dalam mempersembahkan di Teater Dissendium Melaka. Menggabungkan ahli magis terbaik daripada Jerman, Thailand dan juga Malaysia ternyata gabungan mereka menjadikan persembahan lebih luar biasa. 

Teater Dissendium terletaknya di Melaka bersebelahan dengan Restoran Nyonya Cuisine mampu memuatkan sehingga 350 pengunjung. Selain daripada keluasan dewan teaternya yang agak luas, ruang parking juga agak besar boleh memuatkan banyak kenderaan. Jadi tidak perlu risau untuk pengunjung mendapatkan tempat meletak kereta.

Beberapa aksi menarik dari ahli magis Teater Dissendium boleh dilihat di bawah :)






Hebat bukan!


Maklumat tentang Teater Dissendium:

Alamat: No.178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka
Talian Am: 06-5125 055/088
Tempahan Hotline: 017-260 2088

Friday, November 27, 2015

Mee Bodo Tengkera Melaka

Hi Korang,

Aku ni nama je orang Melaka tapi Melaka celup je pun.

Even nak pi Melaka town daripada umah mak aku kena guna WAZE wokeh, yelah majoriti jalan kat Melaka ni one-way kan, salah masuk boleh bawak korang ke Muor terus ek hehehehhe…

Memang lama teringin nak pekena Mee Bodo ni, mak datuk ramai benau orang tanye aku tapi aku tak leh nak jawab bengang sehh. Buat malu orang Melaka sungguh ko la kan Cik Lily oit !


So masa ada tender briefing kat Batu Berendam few weeks back, sempat aku singgah ke warung Mee Goreng Hassan atau pun lebih di kenali dengan nama Mee Bodo or Mee Lambung. Sengal je kan nama mee ni, sampai anak sedara aku cakap tak nak pi makan kat situ sebab nanti jadi bodoh lepas makan mee goreng tuh. 

nampak parking depan kedai je kalau ada kosong kan

Dari Batu Berendam tuh, aku guna WAZE je. Just taip Mee Bodo Tengkera terus keluar kat screen ek, tekan GO so follow sajor lah. Memang dalam town warung ni cuma nak pi tuh jalan jauh sket coz banyak benau jalan one way.

ramai plak dah time kul 9 pagi ni ek,, wei tak keje ke hah

nampak pakcik tu tengah goreng mee lambung ek

Mak oi, ramai orang lah pulak warung ni. Dapat ke aku meja ni ek. Alah sebab aku sorang boleh je tumpang meja dengan orang lain pun, aku bukan kisah pun janji dapat makan. Eh ada meja kosong plak, duduk dulu usha line tengok cam ne style diorang order dalam 2-3 minit lepas tu baru paham.

Orderlah jelah kat waiter lalu lalang tu, mintak teh tarik dan mee bodo je.

Telur goreng kena beratur pulak sebab diorang goreng on the spot kira makan panas-panas gituh kan. Arr kuasa aku makan mee sudah.


Tengoklah mee ni, memang betullah di gelar mee bodo. Kosong sekosongnya cuma ada sambal dan timun je. Nampak cam pedas tapi tak delah pedas mana pun. Lagipun kicap dan cuka di sediakan kat meja so taruk jelah ikut kesedapan tekak korang.

letak kicap sket baru sedapp

nampak? bukti makan 2 pinggan. pelahap sungguhlah pompuan gemuk ni kan

Makan sepinggan tak cukup so aku order sepinggan lagi, lagipun belum sarapan time tuh so tambah sajorlah. Tak yah nak malu-malu pun lagipun bukan ada orang yang kenal aku kat situ kan. Aduiyai memang meletup perut ooo akibat kekenyangan kan

eh brader yang tukang kira nak interframe jugak dalam blog aku ni kan. ok nak aku glamer kan ko ek

Murah giler wei harga semua sekali, unsangkarable sungguh. Aku punyalah bawak duit kemain banyak lagi selit kat poket kan heheheh tak luak pun.

Korang yang tetiba teringin nak makan Mee Bodo ni bolehlah ke:

Kedai Mee Goreng Hassan
Jalan Tengkera (near Methodist Girl School)
GPS Coordinates: N2 12.183 E102 14.097
Business hours: 8am till finish (Closed on Friday)

Memang kedai tepi jalan besar tapi ada parking sebelah jalan, ada 2 lot beso lagi. Kalau malas sangat nak park boleh park tepi jalan sekejap kan tapi jangan sampai MBMB saman sudah lah ye..

Dah selamat makan korang.....