Showing posts with label beauty product Natasya. Show all posts
Showing posts with label beauty product Natasya. Show all posts

Friday, May 13, 2016

A Day with NATASYA

Hi Korang,

Kalau korang biasa dengan produk kecantikan tempatan ni, mesti kenal dan tau mengenai produk kecantikan NATASYA kan. Yelah packagingnya yang menggunakan warna keemasan tuh memang senantiasa aku ingat.


Ramai yang ingat produk NATASYA ni hampir hilang di pasaran kerana tiada berita or cerita mengenainya kan but TIDAK ye korang, mereka still standing lagi dan semakin kukuh dengan perniagaan-perniagaan yang lelain.


Bila di beri kesempatan untuk mengenali orang-orang yang bertungkus lumus menjadi tunggak produk Natasya ni rasa sangat excited sangat, yelah kita normally kenal produk je but now kenal orang-orangnya plak kan. Kami hanya bertiga sahaja blogger yang hadir, aku, iena dan Ayue Idris. The rest are online media yang sudah ada nama, rasa kecik je time tuh.


Sesampai je di Hampshire Place kami bertiga dibawa bersiar-siar menaiki LIMO tau bukan kereta biasa wokeh. Bawaklah pusing-pusing satu KL ni, sambil tuh kami diberikan penerangan mengenai sejarah Natasya, perniagaan di bawah Natasya, tunggak utama Natasya dan pelbagai info menarik lagi daripada En Ramadhan iaitu PA kepada Dato Suhaimy pemilik Perwanza Properties ini tau.





Best tuh dalam LIMO selain daripada dapat enjoy view menarik, kalau korang nak karaoke pun boleh dan juga ada snacks dan titbit di sediakan sekali tau.. mana tak enjoy duk dalam LIMO ni ek



Balik ke Flora Café Hampshire Place untuk acara seterusnya..

Ada majlis sidang akhbar mengenai 

PENGUNDURAN PENGASAS & CEO PERWANZA PROPERTIES 


Serentak dengan majlis meraikan ulangtahun CEO baru Perwanza Properties, Puan Nur Suhaila Eliani binti Dato Suhaimy yang ke-30, detik ini dirasakan paling sesuai untuk menyerahkan mandat kepada‘birthday girl’ sebagai ‘hadiah’ hari jadi paling bermakna.

Keinginan untuk bersara daripada dunia perniagaan yang disuarakan oleh ayahanda selaku pemilik Perwanza Properties, Dato Suhaimy untuk bersara disambut baik malah dirasakan sudah sampai masanya, anakanda tercinta menguruskan empayar perniagaan yang sudah hampir belasan tahun diterajui.


Penyerahan tanggungjawab ini kepada Puan Suhaila diharap dapat mempertingkatkan kecekapan serta mutu pengurusan syarikat untuk meneruskan legasi empayar kecantikan jenama kosmetik Natasya termasuk beberapa anak syarikat yang lain. Adalah diharapkan dengan peralihan tanggungjawab ini mampu mengembalikan sekaligus mengekalkan populariti jenama Natasya di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Tahniah aku ucapkan kepada Puan Nur Suhaila Eliani binti Dato Suhaimy di atas perlantikan sebagai CEO Perwanza Properties. Bestnye muda-muda dah jadi CEO so all the best and good luck in your future undertaking.



Korang ni mesti tak berapa ingat mengenai produk Natasya kan, meh aku imbas sekali ek


Produk Natasya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Terdapat 2 jenis produk dalam rangkaian produk Natasya iaitu Natasya Herba dan Natasya Gold.

Ni aku citer serba sedikit mengenai beberapa produk terbaru keluaran Natasya Gold ni ek

Solution Treatment (15ml)


Natasya Gold Solution Treatment merupakan formulasi terkini bagi membentuk penyelesaian yang unik untuk pelbagai jenis masalah kulit. Gabungan beberapa bahan herba semulajadi yang terbaik serta penambahan Sel Stem Anggur membantu kulit bermasalah menjadi lebih sempurna dengan

• Menggalakkan pertumbuhan sel baru 
• Anti pengelupasan
• Agen pencerah kulit
•Menghilangkan parut, jerawat, jeragat, kecelaan dan mengecilkan pori-pori kulit
• Antioksidan semulajadi
• Anti radangan
• Sesuai untuk rawatan pada kulit bermasalah

Cara penggunaan:
Titiskan Solution Treatment ke atas tapak tangan, kemudian sapukan pada keseluruhan kulit wajah dan leher. Biarkan sehingga kering sebelum penggunaan krim.

Cleansing Milk


Cleansing Milk dirumus khas untuk menyingkirkan kekotoran dan menanggalkan alat solek tanpa mengeringkan kulit. Cleansing Milk membantu mendapatkan kulit yang lembut dan halus.

Cara penggunaan:
Sapukan Cleansing Milk keseluruh wajah dan biarkan sehingga beberapa saat. Bilas sehingga bersih dengan air suam.

Beauty Soap 999


Natasya Gold Beauty Soap 999 diformulasikan khas menggunakan hablur emas tulen, kolagen dan ekstrak timun yang bertindak sebagai antipenuaan dengan menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, mengatasi masalah kemerahan dan menghapuskan bintik-bintik hitam. Penggunaan Natasya Gold Beauty Soap 999 secara berterusan mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal, lembut, cerah, halus dan berseri.

NATASYA PRINCESS 

Selain daripada set sedia ada iaitu set Natasya Gold dan Herba, kini lahir set terbaru iaitu Natasya Princess yang terbahagi kepada set Pencerah dan Set Jerawat.


Natasya Princess Set Pencerah;

➡ Mengandungi White soap (60gm), Treatment toner (30ml), Krim siang & mlm (5gm)

Sabun White Soap (60 gm)
➡ Membersih & mencerahkan kulit kusam serta pudarkan jeragat

Treatment Toner (30 ml)
➡ Menyingkirkan sel kulit mati, mencerahkan & melembapkan kulit

Krim Malam (5 gm)
➡ Mengurangkan pembentukan jeragat, membina sel kulit baru & kurangkan kedutan

Krim Siang (5 gm)
➡ Mengurangkan minyak pd muka, memberikan perlindungan dr matahari terik dgn SPF 45

Sedikit info untuk pengetahuan korang ek

So bila orang cakap pasal produk NATASYA mesti korang akan ingat packaging yang gold tu kan..

PERWANZA PROPERTIES & TRADING SDN BHD


Bermula pada tahun 2003 produk penjagaan wajah Natasya diasaskan oleh Datin Hjh Muniroh binti Kasim di bawah syarikat Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd dipasarkan secara 'offline' dan kecil-kecilan di sekitar Utara tanah air. Setelah hampir 13 tahun menggungguli industri kecantikan, jenama ini bukan sahaja diyakini malah turut diterima di pasaran antarabangsa. Keyakinan pengguna hadir berasaskan keberkesanan dan tahap kualiti tinggi menerusi penghasilan produk yang terjamin kualiti dan berkesan serta selamat digunakan. Ini menjadikan syarikat ini sangat berpengalaman tidak kira dalam bidang perawatan kecantikan mahu pun operasi penjualan.

Syarikat Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd turut menubuhkan syarikat Bionano Herbs Pharma Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan untuk mengilang semua produk kosmetik Natasya. Setakat ini, produk penjagaan wajah berasaskan herba semulajadi iaitu set lengkap Herba; Sabun Herba, Toner, Krim Repairing & Lightening dan Krim Pelindung SPF25. Manakala, set Natasya Gold; Sabun Kolagen, Facial Toner, Krim Pelembap dan Krim Pelindung SPF30 pula menggunakan kaedah teknologi Nano iaitu proses pengewapan berulang-ulang kali sehingga menghasilkan produk yang betul-betul halus dalam saiz nanometer. Ini memudahkan produk tersebut meresap ke dalam kulit dengan cepat sekaligus menjaga kulit muka dari dalam.

Kini pengurusan syarikat ini diambil alih oleh anak perempuan tunggal, Puan Nur Suhaila binti Dato' Hj Suhaimy dan aktif memasarkan jenama ini secara online bermula tahun 2016.

IBU PEJABAT:

PERWANZA PROPERTIES &TRADING SDN. BHD. (827202-V) 
Blok H, Unit M 15 & 17,
Plaza Suria Jalan PJU 10/4B, PJU10, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: (6) 03 6141 3094
Faks: (6) 03 6141 4678

SUPER BOAT & LIMO SERVICES


Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pengangkutan perkhidmatan sewa Limo dan Yacht bersama pemandu. Pihak syarikat sentiasa komited untuk memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan dengan visi dan misi menjadi syarikat pengangkutan yang terunggul di Semenanjung Malaysia denganjaminan perjalanan yang selamat, selesa dan menyeronokkan dengan harga yang sangat berpatutan.

Anda Boleh Gunakan Untuk :-

-City Tour
- Sewa Khas (Syarikat/Peribadi)
- Rombongan Kahwin
- Pengambilan/Penghantaran Ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ILCCT
- Percutian Keluarga
- Rombongan Pemiagaan
- Lawatan Belajar
- Balik Kampung
- Kereta Pengantin Dan
Ke Mana-Mana Destinasi Di Seluruh Semenanjung (Outstation/Country Tour)

Untuk tempahan, boleh berhubung dengan Encik Mohamad Ramdhan bin Mohamad Radzi di talian +60 12-255 5376.

NATASYA RESORT CAMERON HIGHLAND

Dalam mempelbagaikan dan mengembangkan lagi pemiagaan sedia ada, Perwanza telah melibatkan diri dalam bidang hospitaliti dengan menubuhkan Natasya Resort yang terletak di Cameron Highlands. Ianya merupakanjenama resort tempatan, dinaungi oleh Dato' Hj Suhaimy bin Hj Othman milik 100 peratus bumiputera dan telah bertapak sejak tahun 2009. Semua kejayaan ini bukanlah datang secara bergolek dan mudah, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa diharungi namun semua ini dapat diatasi dengan berbekalkan keyakinan diri, kecekalan dan usaha berterusan daripada semua peringkat warga Natasya.

Untuk makluman, setiap penginapan mempunyai keistimewaan tersendiri yang dilengkapi dengan kemudahan dan pelbagai fasiliti moden terkini yang cukup dan lengkap. Resort ini mengamalkan konsep mesra, cekap, bersih dan halal. Antara misi utamanya adalah menjadikan Natasya Resort Cameron Highland satu jenama yang dikenali dalam industri perhotelan di Malaysia serta memastikan kepuasan pelanggan melalui pengurusan perkhidmatan yang cemerlang. Ini menjadikan Natasya Resort Cameron Highlands sentiasa diingati berkat perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan pengunjung tidak dapat dilupakan.

Layari www.natasyaresort.com untuk keterangan lebih lanjut ATAU berhubung dengan;

Sales/ Reservation Office

Natasya Resort (Cameron Highland) Sdn. Bhd. (1000191-X) 
Lot 6, Entertainment Complex,
KeaFarm,
39100 Cameron Highlands, 
Pahang Darul Makmur.
Tel: +605-496 1030
Fax: +605-496 1028

Ok ok nanti ktorang ada trip ke Natasya Resort plak so stay tune tau untuk update seterusnya...