Showing posts with label beauty junkie. Show all posts
Showing posts with label beauty junkie. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Sephora HOLIDAY COLLECTION Pertama Kalinya DI ZALORA

Hi Korang,

Istimewa untuk mereka yang kaki shopping di Sephora. 

Alah kedai jual make-up tuh, bebudak beauty blogger suker lepak kat sini lelama. Ada je menda yang diorang akan beli walhal just nak check it out je, what’s new in store kan


Ini Krismas, ZALORA, Asia Fashion Destinasi Online, telah bergabung dengan rantaian kecantikan global yang dimiliki oleh LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton Sephora untuk melancarkan Koleksi Holiday online secara eksklusif di ZALORA.com.my.

Bermula 27 November peminat kecantikan boleh mendapatkan edisi terhad hadiah set percutian (holiday gift set) yang menampilkan batah dan set makeup berserta dengan aksesori kecantikan yang lainnya. Penggemar kecantikan di seluruh Malaysia boleh menikmati kemudahan membeli-belah untuk produk kegemaran mereka dalam talian di ZALORA, mengelakkan hustle and bustle di musim perayaan ini.

Pembeli boleh mengharapkan beberapa semua masa kegemaran jenama kecantikan seperti Sephora Collection, MAKE UP FOR EVER, Too Faced, Soap & Glory, Tarte dan banyak lagi. Dengan lebih 700 produk kecantikan kultus didapati secara eksklusif dalam talian di ZALORA, pelanggan boleh membeli-belah sepanjang masa dan mendapatkan pembelian mereka dihantar ke rumah-rumah mereka dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja


Sempena dengan partnership tersebut, ZALORA membawa perkhidmatan membeli-belah dalam talian dengan pusat membeli-belah Malaysia di beberapa stesyen Komuter, Monorel, Putra LRT, Star LRT memberi komuter peluang untuk mendapatkan hadiah kecantikan di antara stesyen-stesyen terpilih. Ianya akan bermula dari Stesen LRT KLCC pada 6 Disember 2014.

Komuter di Stesen LRT terpilih termasuk KLCC, KL Sentral, Bangsar, Dang Wangi, Pasar Seni, Sri Rampai, Stesen Ampang, Bandar Tasik Selatan, Bandar Baru Sentul, Bandar Tun Razak, Bandaraya, Bukit Jalil, Cheras, Miharja, Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Hang Tuah dan Stesen LRT Universiti akan menerima hadiah kecantikan eksklusif Sephora dan berpeluang untuk memenangi sehingga RM 2,500 apabila mereka membeli-belah di ZALORA dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan pada platform kereta api yang menggunakan App ZALORA atau mana-mana pembaca kod QR.


Caranya:

• Kedai Sephora pada ZALORA dan menerima hadiah kecantikan eksklusif dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 120

• Memenangi sehingga RM2,500 ZALORA Hadiah Kad apabila komuter mengimbas dan menghabiskan pada ZALORA (semua kod QR kecuali Hadiah Misteri)

The ZALORA x Sephora kempen LRT akan berlangsung dari 27 November-26 Disember 2014.

Friday, November 21, 2014

Jom Ke Bazaar Le Marché de Noël, CARCOSA Seri Negara & Hadiah Menarik Menanti Korang

Hi Korang,

baca sampai abis untuk sertai giveaway tau!


Sekarang ni, kan dah dekat dengan bulan Disember kan


So Christmas is coming, yeah.. walaupun kita ni tak menyambut, tapi kemeriahan di Malaysia ni tetap terasa. Sana sini shopping complex sibuk dah gantung sana-sini deko untuk Krismas kan. Office aku ni lagi lah, keje dengan orang German ni ikutlah adat diorang. Tak lama lagi, adalah pokok yang siap berlampu-lampu dengan pintu office ni.


Bagi mereka yang menyambutnya ermm dah sibuk dah cari barang-barang untuk di hadiahkan pada yang tersayang, dah cara diorang cam tuh. Bertukar-tukar hadiah…

By the way, kalau tak tau apa lagi nak dihadiahkan pada yang tersayang, korang boleh ke Le Marché de Noël iaitu Bazaar Amal Perancis yang di adakan setiap tahun.


Lebih 50 gerai yang mengambil bahagian di dalam Bazaar ini yang menjual produk-produk buatan tangan seperti, baju kanak-kanak, wanita, aksesori unik, makanan tradisional Perancis, boleh minum-minum kopi sambil di dendangkan dengan alunan lagu-lagu tradisional Krismas Perancis. 

Ermm bestnya


Ini merupakan tahun keempat Bazaar Le Marché de Noël dan Parti Amal Krismas anjuran sekumpulan like-minded wanita Perancis yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur ini. Segala hasil amal kutipan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Pada tahun ini, acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM130,000 untuk Make-A-Wish Malaysia dan A- Heart for A-Heart Programme (oleh Gleneagles Kuala Lumpur). Tahun lalu, anak-anak menderita kanser tulang, kanser ovari, dan leukemia limfoblastik akut dan osteosarkoma dibantu dengan memenuhi kehendak mereka dan pembedahan jantung disokong untuk mereka yang bertuah ini.

Le Marché de Noël berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak dan keluarga mereka dengan menyumbang ke arah penjagaan perubatan mereka atau dengan menunaikan hasrat- hasrat Krismas mereka. Ahli-ahli jawatankuasa, Barbara Bersano-Bosc, Elodie Michel, Flavie Causse-Ozair, Nadege Lubrano, Sandra Cociella dan Zou Little, akan sedaya upaya membantu mereka-mereka insan yang teristimewa ini.

Korang yang excited nak pi, ermm ini aku kasi details ek


Le Marché de Noël 

Venue: 
Carcosa Seri Negara 

Date: 
4 December 2014 

Time: 
Christmas Bazaar: 10:00 am - 5:00 pm 
French Christmas Party: 7:30pm - late 

Ticket Price: 
Christmas Bazaar: RM20 per person pre-sale and at the door 
French Christmas Party: RM150 per person with advance purchase 

Where to buy tickets: 

1. Gadis Manis, Publika 
2. Lycee Francais de Kuala Lumpur 
3. French Association of Malaysia 
4. Selected international schools 


Ok ada berita baik untuk korang,

Team Bazaar Le Marché de Noël bermurah hati untuk hadiah kat pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni. 

Eleh sukar lah tuh.

Korang kena jawab 2 soalan dan 1 slogan kreatif mengenai bazaar ni tau.

Soalan 1 : 
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

Soalan 2 : 
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana_______________ (ikut kreativiti koranglah dan yang penting meletopss)

Just jawab di ruangan komen ni ek dengan details seperti:

Nama :
Email : 

So senang sket aku nak contact korang nanti.

Hadiahnya adalah :

Pemenang Pertama : 
1 Melvita hamper worth RM250
Pemenang Kedua : 
 1 Sothys Voucher worth RM50
Pemenang Ketiga : 
 1 Melvita Voucher worth RM20

Itu sahaja


Untuk details lebih lanjut mengenai Bazaar Le Marché de Noël, korang boleh log in ke 


ataupun 

Facebook page https://www.facebook.com/leMarchedeNoel.


Telefon : Barbara Bersano-Bosc 017-351-4871 or Flavie Causse 012-6823-411 

So cepatlah jawab ek..


Monday, September 22, 2014

Photoshoot untuk Loreal Product

Hi Korang,

Ini citer 2-3 minggu lepas


Aku dapat offer untuk jadi testimonial bagi produk Loreal yang terbaru, iaitu Revitalift V-Shaper. 

Memula kitaorang kena amik gambar sebelum dan selepas. hah ko bergambar sakan siap. 

makeup dulu jap

Lepas 2 minggu tuh, ktorang datang balik untuk shooting balik untuk tunjukkan hasil keberkesanannya. 

ambil gambar official dulu

cantik plak aku tengok gambar ni ek

Ambillah gambar lagi untuk photoshot, hehehehe siap ada shooting untuk video commercial. 

mereka-mereka, si model 30 an

dengan ayu, belum makeup lagi ni

dengan farah dan sueizza

Sangat-sangat seronok coz dapat tau cam ne model-model bekerja. Mana tau satu hari nanti aku boleh jadi residen model Loreal kan hehhehehe

berangan jelah tak sudah kan

Ermm nanti aku citer lagi pasal product revitalift v-shaper ni ek