Showing posts with label beauty cream. Show all posts
Showing posts with label beauty cream. Show all posts

Wednesday, February 6, 2019

Neil Armayan Revesol Cream Untuk Kekal Muda Selalu

Hi Korang, 

Masalah kak lily adalah kesesuaian nak mencari krim muka untuk orang kulit berminyak ni kan. Eh betullah kena cari yang water based je kang kalau sapu yang cream based harus bertambah lagi minyak kat muka tuh hah 

Itu masalah pertama, masalah kedua anti aging plak!! 

Aduimak bila masuk 40an ni, anti aging ni memang nightmare betul. Kang kalau sapu salah krim muka boleh keluar cepat garisan muka dan kedutan kan, di tambah lagi dengan sinar UV plak kan lagi nak nangis ooo. 

Ini memang serious tau 

Makin tua kulit muka makin hilanglah keanjalan kulit tuh kan. 


So kak lily mencuba satu produk dari Korea ni iaitu Neil Armayan Revesol. Eh biasalah kengkawan-kengkawan bagitau so kita cubalah kan mana tau elok tak yah nak nak berbotox ke cucuk vitamin C bagai kan. Seboleh-bolehnya kak lily memang mengelak menda alah sebegini. 

Neil Armayan Revesol dirumuskan secara klinikal sebagai krim pembalikan usia pelbagai faktor yang amat berkuasa. Maknanya wanita di usia awal 40 an sesuai digunakan untuk kelihatan muda. Pertama sekali, ia diberi sentuhan PhytocellTec™ Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga memperbaiki sel induk semula jadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit korang. 

Neil Armayan Revesol merupakan alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembab dan perlindungan UV. Kebaikan tambahan termasuk ciri antikulat, anti keradangan dan pengurangan jerawat. Pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklum balas daripada wanita seluruh dunia. 

9 Kebaikkan Krim Pembalikan Usia Pelbagai Faktor Dengan Penghidratan Revesol


1. Melewatkan penuaan sel 

2. Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit 

3. Meningkatkan Vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit 

4. Ciri Pelembap Yang Luar Biasa 

5. Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus 

6. Mengurangkan keradangan dan pembentukan jerawat 

7. Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang pertumbuhan sel baru 

8. Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari 

9. Ciri- ciri antikulat. 


Bahan- bahan:

Ethylhexyl Palmitate, Silica Dimethyl Silylate, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Saccharomyces Lysate, Corn Starch Modified, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Malus Domestica Stem Cell, Salicylic Acid, Acacia Senegal Gum, Acetyl Hexapeptide-8, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil. 

Cara penggunaan:

Kak lily amalkan selama 2 minggu lebih dah ni pada waktu malam je. Sepatutnya untuk dapatkan impak dengan lekas kena sapu setiap pagi dan malam tapi asyik terlambat je so terskip lah kekadang tuh hehehhehe teruk betullah time management ahkak ko ni kan 

Once dah sapu di muka, ianya cepat menyerap masuk ke dalam kulit muka so takdelah bertempek je nampak minyak kan. Selesa rasa macam tak sapu krim pun. 

Hasilnya 

Ermm tengoklah sendiri 

Rahsia keanjalan mukaku hauhauhauahua poyo ayat ek hahahaha 


Memang nampak ada perubahan, banyak oil seed kat bawah mata tuh berkurangan dah, sekarang dalam proses nak kurangkan pigmentasi ni hah. Muka orang high maintenance memang cam ni, makan masa sket nak kurangkan masalah kan tapi tak per janji ada perubahan kan, itu yang kita nak. 

Neil Armayan Revesol di pasarkan di Korea, Malaysia, Thailand Dan Vietnam dan pada harga RM319, berbaloi kan harga dan kesannya ek 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram :