Showing posts with label bayaran online. Show all posts
Showing posts with label bayaran online. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Pengalaman Pertama Shopping Online, Ternyata Mudah Dan Cepat

Hi Korang,

Hebat ke penangan shopping online nie?

Nowdays memang banyak website or blog yang menawarkan pembelian secara online ni. Tak kira lah tudung, baju, bag, kasut, accessories dan memacam lagi lah kan..

Aku memang tak percaya sesangat shopping online ni. Sebab dulu aku dah pernah kena tipu sekali. Walaupun harga barangan yang aku purchase tu tak lah semahal mana but duit kan. Terasa cam di buang begitu saja lah.


But last 2 week, entah macam mana aku boleh terjebak dalam shopping mopping nie kan. Aku memang suka product dari Tupperware ni. So adalah Tupperware fanpage kat facebook ni yang tawarkan koleksi yang limited edition. Dekat seminggu lebih jugak lah aku dok usha2 product ni nak beli ke tak kan. 

So jumaat lepas, process deal harga pun dah settle. Rupanya memang boleh dapat harga murah daripada dalam katalog. Tak sangka betul aku lah. Akak tukang jual tu pun baik je orangnya, sabar je layan kerenah aku yang takut sangat barang tak sampai kan. 


Pagi tadi, masuk ke pintu gate site aku dah kena tahan dengan bebudak guard. Rupanya ada parcel untuk aku. Check2 rupanya parcel dari akak rashidah tokey tupperware tuh. Bestnya memang cepatlah. Dia cakap dengan aku hari isnin sampai, tapi sabtu lepas dah ada kat guard house.

Anyway terima kasih Kak Rashidah a.k.a Tokey Tupperware kerana urusan jual beli berjalan lancar sekali tanpa sebarang masalah pun kan. hehehehhehe. Lepas ni rasanya aku mesti beli lagi lah bebarang Tupperware  ni dengan dia lah.

Korang plak, ada pengalaman tak mengenai shopping online nie? Jom kongsi2 tau...