Showing posts with label azam 2011. Show all posts
Showing posts with label azam 2011. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

01 01 11 - Santai

Hi Korang,

Entry pertama di tahun baru 2011. Selamat tahun baru..


Dah masuk tahun baru kan, tahun 2011. Sekejap je dah satu hari. Dan satu hari nie jugaklah aku tak jejak tanah. Satu hari suntuk lepak kat umah. Hari nie betul2 aku penuhkan dengan aktiviti tengok tv, masak dan makan.

Mee Goreng + Telur Mata + Nescafe Panas = Lazat!

So bangun je pepagi, lepak chill tengok FB dulu, kemudian baru masak mee goreng untuk breakfast. Nama je breakfast tapi ktorg bedal dekat pukul 12 tghari cam tu. Itu dah kira brunch dah kan. Sambil makan sambil tengok tv. Kemudian bantai tengok tv sampai petang.

Baked Macaroni and Cheese - Ini yang belum bakar, yang dah bakar dan abis dibedal.

Tup-tup my MIL call nak datang umah. Apalagi terus mengemas apa yang patut kan. Salin air ikan puyu, salin air pokok, cuci lantai balkoni depan, basuh 2 jamban dan masaklah. Ada permintaan nak makan baked makaroni & cheese. Aduh aku ini ingat2 lupa. Trus refresh balik resipi. Nasib baik ada simpan lagi. Nasib baik barang2 nak masak ada. Apa lagi terus lepak kat dapur. Yang best tu sambil masak sambil layan consert lagi kat Astro Fiesta.

Credit : Sigomok coz pakai Samsung Galaxy Tab dia yang baru beli tuh.

Diorg sampai petang sebab sibuk layan 3 idiots dulu kat Astro Fiesta. Citer tu memang kelakarlah sebenarnya aku sendiri pun 2 kali tengok. So sambil makan sambil borak2 sambil tengok tv. Sempat jugak diorg main Nerf Gun mrBig lah. So komen2 mesti ada pasal masakan aku but ok jugak. At least aku boleh improve lagi kan.

Now tinggal aku sorang je kan umah nie. Diorg dah balik sebab si gomok nak pi melalak. Mr Big plak dah pi main RC car dia kat highway LEKAS tu kan. Lega rasanya everything seems ok untuk hari ni. Yelah orang kata kenyang perut suka hati kan. Aku tengah suka hati lah nie..

So nite2 guys.. Esok aku nak kena bangun awal untuk pujuk korang vote aku lah.. so stay tune..

Friday, December 24, 2010

Azam tahun 2011

Hi Korang,

Aku nak join contest lagi. Ala time cuti2 nie tak de benda nak buat. So join lah contest dari MatJoe nie. Mamat nie aku kenal masa 1st time Nuffnang jemput aku pi Astro Bloggers Nite.



Ala contest dia senang je. Aku kena tulis apa azam aku untuk tahun depan. Tak kira lah merapu ke, betul2 ke, angan2 ke kan. So aku berangan berazam untuk

Nak main Buggy Bugee Jumping & WaterRafting


Idea nie datang masa aku seronok nau berswimming hari tu kan. Tengok gambo tu sambil duk rehat2 terapung2 kan terfikir. Disebabkan aku nie sukakan adventure, why not aku cuba sports nie plak kan. Yelah paintball dah, ATV dah, horse riding dah, berkayak dah, parasailing dah cuma 2 benda nie je belum kan.

So kalau nak buat buggy jumping nie aku nak try kat KL Tower je, dekat pun dekat harga pun not bad jugak kan. Kalau waterrafting kat Ipoh. Tak de lah mahal mana pun. But sekarang nie dah start simpan duit sket2 dah tau.

(Ilustrasi gambo nie tak berapa cantik sebab aku x pandai sangat buat editing nie, cilok 2 gambo tu from google)



‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)'



So itu je kena tulis, senang bangat lah.

1) Tuliskan 1 enrty bertajuk ‘Azam tahun 2011’ boleh ceritakan apa yg hendak dicapai pada tahun 2011. Nak serious boleh, nak merapu pun boleh. Letakkan 1 gambar yg berkaitan dengan entry yang anda tulis.
DONE
2) Masukkan permalink entry ini di blog anda DONE
3) Masukkan ayat ‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)' penghujung entry - DONE
4) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini - DONE