Showing posts with label ayam panggang. Show all posts
Showing posts with label ayam panggang. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

Promosi Istimewa Dan Hadiah2 Daripada Kenny Rogers Roasters

Hi Korang,

Meh aku citer sket mengenai sejarah dan latar belakang Kenny Rogers Roasters ni ek.


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahudan juga rakan2 sekalian. Mesti pembaca kat sini ramai adalah peminat setia makanan ayam panggang no. 1 di Malaysia mana lagi kalau bukan Kenny Rogers Roasters. Sebenarnya sejak tahun 1994 mereka telah buka cawangan di Malaysia iaitu di Jalan Telawi.


Itu bermakna mereka cukup matang dalam menyediakan hidangan makanan ayam panggang yang lazat dan sihat untuk rakyat Malaysia. Maha juga adalah peminat setia Kenny Rogers Roasters selalu kalau pergi mana2 shopping atau jalan2 mesti singgah makan kat sini. Kehebatan mereka juga terbukti apabila mereka telah banyak menerima penganugerahan sehingga peringkat antrabangsa.


Antara anugerah yang pernah di raih oleh KRR adalah Top 10 of Asia, 2 Consecutive Years of Social Media Excellence Awards 2015 & 2016 dan 2 Consecutive Years of Malaysia Franchise Award - Best Franchise Corporate Social Responsibility Award 2014 & 2015. Tu baru sikit yer banyak lagi nak cite tak muat lak kat sini. 


Bagi merealisasikan hak dan juga bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kerana mereka tidak melupakan mereka yang kekurangan. Program CSR yang banyak di jalankan seperti makan percuma kepada rumah anak yatim, bantuan kepada rumah2 orang2 tua dan juga rumah anak yatim, juga mengadakan program charity yang lain korang semua tahu. Di antara yang terbaru adalah Chicken Run yang akan berlangsung pada 22 Mei ini nanti. Ia juga adalah program larian amal dimana korang yang menyertainya akan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.


Selain itu juga KRR banyak dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia untuk berjaya dalam kehidupan. Sebagai orang biasa menjadi pengurus cawangan yang besar boleh di capai jika bersama dengan KRR. Mereka meraikan juga pekerja dan juga petugas yang telah bertungkus lumus dalam bekerja dan memberi komitmen dalam diri mereka. Setiap tahun memberi ganjaran kepada pekerja yang berdedikasi dan sentiasa setia. 


Dengan semua kejayaan dan juga ke meriahan sepanjang 22 tahun Kenny Rogers Roasters di Malaysia mereka sekali lagi nak meraikan semua peminat setia tahun ini. Memberi kepada korang ganjarang berganda bukan satu tapi dua. 



Setiap kali kunjungan ke semua cawangan KRR akan memberikan korang Iced Lemon Tea dan juga Soup secara percuma syarat kena beli mana2 Main Meal yang ada.


Cara mudah untuk korang nak dapatkannya hanya muat turun eVoucher ini yang Maha sediakan bawah ni dan bawa bersama semasa membuat pembelian. Atau korang boleh juga terus ke laman Facebook Kenny Rogers Roasters Malaysia dan like di sana. Lepas tu nanti boleh dapat item2 percuma ini. Jadi untungkan kepada peminat KRR di Malaysia dapat saja promosi hebat.


Aku pun tak lepas peluang juga nak bagi lagi kat korang pembaca setia blog CikLilyPutih ni dengan hadiah dari KRR Malaysia. Maha nak buat contset simple saja untuk korang menang kad KRR bernilai RM100. 

Jadi nak tahu macam mana kena pergi ker Facebook FanPage Ciklilyputihdotcom untuk maklumat lanjut nanti ok. Terus bersama Kenny Rogers Roasters kerana ia memang terbaik.


Friday, October 19, 2012

FUN-5-STIX Yang Simple Lagi Sihat @ Kenny Rogers

Hi Korang,


Ayam bakar? Ayam panggang? Ok gak lah, not bad. Cuba makan untuk elakkan  yang bergoreng punya. Jaga kesihatan beb, takut muda-muda ni dah ada penyakit kronik.



Sebab tulah ktorg  pi makan KRR’s Fun-5-Stix ni hari tu kan Kenny Rogers Roasters di Tropicana City Mall. Punyalah jauh macam kat Bangi ni tak de KKR, alah orang invite la so pergi lah dengan bawak perut yang kosong berkeriuk tuh.


KRR’s Fun-5-Stix ni merupakan gabungan bebola daging ayam, ketulan ayam dan sayur-sayuran yang berkhasiat hebat dan di lengkapi dengan sos Kenny BBQ salai yang glamer tuh


Untuk hidangan ala-carte, dish di datangkan dengan 5 batang skewers yang di cucuk dengan semua bahan-bahan tadi yang berharga RM12.50++. Nampak cam sket je, but cepat kenyang oo. Boleh share dengan orang lain.


Kalau tak cukup gak, korang boleh order yang Fun-5-Stix Full meal yang lengkap dengan 3 side dishes dan Kenny punya home-made muffin yang sedap tuh. Harga lebih kurang RM18.50++

Ok kan. Memang pun sedap..


Kalau order Fun-5-Stix ni tak lengkap rasanya kalau tak cuba sekali minuman frosty dan menyegarkan kat sini. The Minty Berry Frost sangat menyelerakan yang di datangkan dengan perisa creamy strawberry  dan coklat mint.




Ada whipped cream plak kat atas tu lagilah syiok oo.  Alah bukanlah mahal mana pun sekadar RM11.90++ je secawan. Berbaloi harga dan rasanya aku rasa.

Sempana dengan pelancaran Fun-5-Stix ni, korang boleh join contest KRR’s ‘Fanta-Stix’ ‘Arti-Stix’ Challenge.

Senang je, meh sini aku citer sket.

  1. Ambil 5 batang skewers yang korang dah abis makan tadi dan create satu artwork dari idea korang sendiri. Alah je apa-apa bookmarks ke, kompas ke, arrow ke kan ikut suka korang
  2. Ambil gambar hasil kerja seni korang tuh
  3. Uploadkan di KRR’s Facebook page.

Itu je, tak yah nak suruh orang LIKE pun coz ada judges yang akan pilih hasil kreativiti korang tuh. Hadiahnya terbaek oo boleh menang KRR meal vouchers bernilai RM900 semua sekali. 3 pemenang akan dipilih secara mingguan dari 24hb September hingga 4hb November 2012.




Tengok ni bersungguh-sungguh aku dengan Mr Big nak siapkan masterpiece ktorg  dalam masa 10 minit je.

Kreatif sungguh diorg nie

Ade ke buat bookmarks, pemalas punye aku la kan

Mr Big buat kompas je, senanG

Inilah hasilnya, memacam benda yang keluar dalam masa 10 minit tau. Kelakar sangat time tuh gaduh-gaduh rebut gunting, pen, gam semualah.


Ok terima kasih to Kenny Rogers Roaster yang sudi jemput ktorg berdua mencuba Fun-5-Stix ni. Memang amat sesuai untuk mereka yang nak diet dan mementingkan kesihatan

Nak tau lagi pasal contest ni boleh hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my . Like KRR kat Facebook at www.facebook.com/KRR.My tau.


Tuesday, August 28, 2012

Samsung OmniPro, Rahsia Wanita Berkerjaya Hari ini

Hi Korang,

Minta maaf sebab terlambat post entry ni, bole tak perasan plak kan... uhuhuhuhu..

Bila cakap rahsia wanita, ramai lelaki yang sibuk-sibuk nak tau kan? Betul tak? Memang ye pun.

Dengan Tammy yang comel

Alah tak de secret mana lah, cuma mengenai ada satu alat yang mampu membantu wanita berkerjaya ini mengenyangkan perut family membernya terutama sekali si suami yang kaki makan dengan cepat, mudah dan lebih sihat.

Jeng jeng jeng, ini dia


Samsung OmniPro CP1395EST Microwave Oven

Produk terbaru keluaran Samsung ini amat sesuai di gunakan bagi sesiapa juga yang mementingkan penjimatan masa dan tenaga ketika di dapur. Tak semestinya untuk wanita, lelaki pun boleh. Ia merupakan satu cara innovatif dalam dunia masakan.


Ianya merupakan satu-satunya microwave oven yang menggunakan OmniSense technology, iaitu microwave oven yang pertama di dunia menggunakan ‘weight sensor’ untuk mengesankan berat dan kadar kelembapan sesuatu makanan itu. Secara automatiknya ianya akan mengira dan mengesan cara memasak yang sesuai supaya makanan tersebut tidak terlebih atau terkurang masak.



Multi-function capability iaitu ianya boleh memasak, memanggang, membakar, grill dan mengukus segala jenis masakan yang diingini.




Di antara kemudahan yang boleh di dapati dengan Samssung OmniPro ini, rekabentuknya yang 36 litre internal capacity selain daripada nipis dan menarik. Text LCD Display yang bagi aku cukup besar untuk membuat pilihan masakan yang di gemari dan drop-down door feature yang aku rasa senang lagi untuk kita memasak kan.






Sambil-sambil bercerita mengenai Samsung OmniPro CP1395EST Microwave Oven, ktorg sempat juga belajar cara buat chocolate cookies. Pada mulanya ingatkan susah sangat tapi rupanya tak sampai 15 minit pun ktorg dah boleh makan cookies tu tau. Cepat kan, aku sendiri pun tak sangka dibuatnya.


Lepas tu plak, kalau nak bersihkan microwave oven ni senang je. Dah tak payah angkat piring dalam tu kan. Kita gunakan Steam Clean Technology tau which is ada satu container tu, kita letak air mengikut sukatan kemudian kita tekan je button Steam Clear. 


Alat ini mengeluarkan wap dan membersihkan microwave oven yang bahagian dalamnya merupakan ceramic interior bagi memudahkan lagi segala jenis kotoran degil dan juga bakteria dibersihkan. Once finish je, barulah kita boleh lap dengan kain. Sangat mudah.


Di antara aksesori yang digunakan ketika memasak menggunakan Microwave Oven ini. Pelbagai jenis rupabentuk dan juga fungsi yang tersendiri.







Ini di antara beberapa ujian or testing yang telah dijalankan ke atas microwave ni. Comparison di antara microwave brand lain ye.



Tengoklah diorg siap bekalkan aku makanan sebelum balik, makan time berbuka nanti katanya.


Anyway terima kasih tu Team Samsung kerana sudi menjemput aku ke event masak-masak ni. Hopefully kalau ade event cam ni lagi, jemputlah aku ye.

Bila time buka tuh, cepat-cepat terjah kebab dan chocolate cookies yang diorg bekalkan tadi. Ternyata memang sedap rasanya. 

Kalaulah aku ni banyak duit rasanya memang cepat-cepat pi beli kan.