Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Thursday, July 25, 2019

Tengok ‘LIVE’ ASTRO Muzikal Lawak Superstar Di Bukit Jalil

Hi Korang, 

Memang biasa kak lily akan tengok show-show ‘LIVE’ sebegini anjuran Astro, eh kita ada geng kat sana so dapatlah tengok kan hehehehehe 


So jumaat lepas tak de apa nak buat malam, teruslah ke Dewan Sri Putra Jalil ni bagi menyaksikan Muzikal Lawak Superstar anjuran Astro ni. So kenalah duduk seat media untuk buat coverage kan, sebab tuh tak nampak kat tv hehehhe poyo ek nak glamer je lah ahkak ko ni kan. 

Siapa follow rapat rancangan ni? 


'Muzikal Lawak Superstar' merupakan program realiti muzikal komedi terbaharu dari Astro Warna yang menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi /selebriti popular (tiga orang dalam setiap l

Masa kakak lily pi tengok tuh ianya merupakan minggu keempat, so memasing tengah berentap untuk mengekalkan tempat pada peringkat yang seterusnya. 


Dengan persembahan penuh bertenaga bagi menebus kekalahan minggu sebelumnya, Kumpulan TITANS yang dianggotai Ain Edruce, Issey dan Ammar berjaya memenangi hati juri dan pengundi di rumah apabila diangkat sebagai ‘Superstar of the Week’ buat kali kedua di minggu keempat ‘Muzikal Lawak Superstar’! Sebagai ganjaran, kumpulan ini akan diberikan 1 ‘Star’ – ini bermakna, jika persembahan mereka diberikan 3 ‘Star’ pada minggu hadapan, dengan serta-mertanya jumlah ‘Star’ mereka akan terkumpul menjadi 4 ‘Star’! 

Minggu keempat yang bertemakan ‘Negeri di Malaysia’ di Muzikal Lawak Superstar itu penuh dengan kemeriahan kerana bukan Kumpulan TITANS sahaja yang menerima 5 ‘Star’ pada malam tersebut, malah, Kumpulan HEART (Azmi Caliph Buskers, Danial Zaini, dan Ezad Lazim) dan Kumpulan JBORN (Joey, Vicha, dan Khir Rahman) juga mendapat markah tertinggi sekaligus meletakkan kedudukan ketiga-tiga kumpulan ini sebagai ‘Top 3’! 


Mungkinkah juri tetap Datuk Awie, Nora Danish, dan Altimet terkesan dengan komen netizen yang mengatakan mereka memberi markah yang tidak sesuai kepada para peserta? In fact, banyak juga kumpulan yang mendapat 4 ‘Star! Kumpulan BOTAK (Achey, Abam dan Black), TAMANZ (Zulin Aziz, Man Raja Lawak dan Tauke), WASAP (Wan Gegau, Syura dan Amir Raja Lawak), NEWBOH (Mamak, Ali Mercik dan Tomok) dan LIBRA (Elly Mazlein, Rahim Sepahtu dan Bell Ngasri) semua mendapat 4 ‘Star’! Kesian juri kita, pemurah sangat pun kena kecam, beri “markah konsisten” pun jadi bualan… 


Akan tetapi, disebabkan format pemarkahan Muzikal Lawak Superstar ini adalah 50% juri dan 50% undian, pemarkahan ‘Star’ tidak menentukan nasib anda. Walaupun mendapat ‘Star’ yang tinggi, namun jika undian tidak menyebelahi anda, peserta masih boleh tersungkur di ‘Bottom 3’. Kumpulan KRONI (Wani Kayrie, Achok Chilok dan Kamal Chilok), WASAP dan BOTAK dipanggil ke pentas oleh hos Nabil Ahmad dan Nabila Huda untuk pengumuman penyingkiran. Akhirnya, KRONI yang diberi 2 ‘Star’ pada malam itu tewas selepas menerima hanya 13.34% undian. 

Seperti biasa, terdapat lagu denda yang wajib digunapakai untuk kumpulan yang berada dalam ‘Bottom 3’, kumpulan WASAP dan BOTAK untuk minggu hadapan iaitu ‘Tinak Tin Tana’ dari filem Hindustan popular, Mann! Tema lokasi pada minggu hadapan pula adalah ‘TEMPAT KERJA’. Bolehkah mereka melonjakkkan diri, keluar dari badi ‘Bottom 3’? Atau terus kecundang di pentas minggu ini? 


Kita saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)! 


Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Elly Mazlin, Bell Ngasri, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar Titans, Daniel Lawak Solo, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Atu Zero, Sharif Zero dan ramai lagi. 

Selfie sket dengan Issey Fazlisham ni masa PC malam tuh.

Bila kita tengok LIVE memang tak sama tengok depan tv. Dalam tv semuanya nampak indeh-indeh belaka tapi kalau tengok LIVE banyak jugak hiccupnya tau. Kita boleh nampak crew susun props bagai, acik cleaner lap-lap lantai, pengacara duk sibuk menghafal skrip kan macam-macam. 

So next week ni nak pi lagi ek?? 

Eh why not, seronoklah

Kalau nak tiket masuk, pi je kat pintu masuk ASTRO Bukit Jalil tuh lepas solat jumaat nanti ada orang tunggu kat situ untuk bagi tiket ek ek ek..





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, May 6, 2015

Melawat Studio GO SHOP Sambil Berangan Jadi Host

Hi Korang,


Bila bukak tv Astro channel 118 mesti tau GO Shop ni.


Sebenarnya GO Shop ni adalah satu platform untuk kita shopping secara online setiap hari setiap masa dan setiap jam, pendek kata 24/7 tau. Bukan setakat barangan keperluan rumah malah fashion, makeup, makan dan gadgets pun ada juga di jual. Semuanya ada dijual di sini yeah..

So weekend lepas aku berkesempatan ke studion rakaman Go Shop di Astro HQ sendiri di Bukit Jalil. Bukan aku sorang jelah ada ramai lagi bloggers semuanya ada jemputan Nuffnang kan. 

Ok makan-makan sarapan dulu sebelum masuk studio, dapat jugak catch-up perkembangan terkini dengan bloggers yang dah lama tak jumpa kan. Kecoh yang amat memasing bersembang kan.



Inilah studio rakaman Go Shop. 

Takdelah besar mana pun but full of production equipment. Wayar sana sini, camera beso-beso kan. Lepas je amik gambo di photobooth terus je duduk depan sekali, yelah kengkonon nak masuk tv bagai katanya.. hahahaha


Sedikit ucapan kata-kata aluan daripada Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Chief Executive Officer of Astro Go Shop Sdn Bhd. Banyak jugak info yang aku baru tahu mengenai Go Shop ni.


Kemudian keluarlah pengacara Go Shop iaitu Jimmy Shanley, RaiAnna, Syakirin Husnal dan Syamin untuk memperkenalkan kepada ktorang di antara beberapa produk yang menjadi top seller di Go Shop ni iaitu 

Yogurberry Yogurt Maker

Hurom Slow Juicer

Original Raw 10 Cushion Foundation

Steam Q Iron

Memang seronok tengok cara diorang present produk-produk ni, semuanya penuh dengan informasi mengenai produk tersebut. Tapi Jimmy present kelakar sangat sebab siap buat lawak sekali, terbahak-bahak satu studio ni kan. 

Tibalah masa untuk task ktorang pulak.

Rupa-rupanya masa register tadi, ktorang di berikan tag nama ikut warna. Warna-warna tersebut terbahagi kepada 4 kumpulan dimana ktorang akan kena jadi host untuk present dan buat demo terhadap keempat-empat produk tadi.




Kumpulan aku Magenta kena promote Original Raw 10 Cushion Foundation. Barangan kecantikkan rupanya di bawah bimbingan pengacara RaiAnna. Blogger Madi dan Azira yang kena present produk ni, ktorang just bagi support sajor. Hah menghafalkan point-point penting dan belajar cara produk tu digunakan. Walaupun aku tak masuk tapi aku pulak yang berdebar wei..

Tengoklah aksi dan gelagat ahli kumpulan lain ni kan








Memacam perangai ada, terpelanting limau lah, makeup mengeletar lah, buat yogurt silap cakaplah, biasalah orang kata bidan terjun kan. Semuanya first timer berhadapan camera, nervous lah memasing. Tapi memasing faham cara penggunaan produk tersebut, ktorang yang duduk ni of courselah lagi paham.

Nak tau kumpulan mana yang menang?


Of courselah kumpulan Magenta, kumpulan ktorang. Gaya persembahan Madi dan Azira sangat mantap dan mempersonakan judges dan secara automatiknya ktorang pun dapat jugak hadiah kan hehehhe

Aku rasa macam nak beli je Steam Q Iron tuh, bila dah tengok demo tuh kan. Sangat-sangat membantu aku dan surirumah yang lain dalam kecepatan nak menggosok baju. I must get it.

Kalau korang pun interested nak dapatkan barangan di Go Shop ni, hah apa lagi tonton jelah Astro Channel 118 sebab banyak promo-promo barangan yang terbaek dan esklusif daripada top selling produk Korea dan premium global brands tau.

Bila dah teringin sangat tuh bolehlah korang call 
1-800-82-0082 
atau 
singgah ke www.goshop.com.my


Memang senang sebab semuanya di hujung jari korang. Selain daripada jimatkan masa korang jugak boleh jimatkan duit minyak, toll untuk shopping kat luar. Lagipun Go Shop ni lain daripada yang lain sebab korang boleh tengok live demo tentang produk yang korang nak beli. Tengok je demo kat Channel 118, kalau berminat terus je angkat phone dan call kan

Pendek kata, ada phone, ada tablet, ada PC dan ada TV, semua boleh beli!!




Saturday, April 4, 2015

Meh Shopping Di ASTRO Go Shop

Hi Korang,

Berita baik untuk kai shopping online tau..

Meh baca ni..

Go Shop, satu-satunya perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform dalam talian serta mudah alih mengumumkan tawaran promosi untuk pertama kali sejak pelancarannya awal tahun ini. Bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, Promosi Istimewa April memberi peluang kepada para pelanggan untuk menikmati potongan harga daripada pembelian di rangkaian Go Shop.


Dengan Promosi Istimewa April (tertakluk pada Syarat dan Peraturan yang tertera di www.goshop.com.my), pelanggan Go Shop yang membeli-belah dari 1hb hingga 15hb April 2015 akan menerima potongan 10% dalam bentuk e-baucar untuk pembelian mereka yang akan datang. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dari 1hb hingga 31hb Mei sama ada melalui Saluran 118 Astro, Astro On The Go, laman sesawang dan mudah alih www.goshop.com.my Ini merupakan julung kali Go Shop mengadakan promosi jualan, sejak destinasi beli-belah pelbagai platform ini mula dibuka kepada orang ramai. 


Go Shop secara rasminya melancarkan perkhidmatan beli belah menerusi TV, Astro On The Go dan laman sesawang serta mudah alih pada 30hb Januari 2015. Walaupun baru beroperasi selama tiga bulan, Go Shop telahpun berjaya menarik lebih 75,000 pelanggan dan mencatatkan jualan lebih daripada 120,000 produk pada penghujung Januari lalu.


Selain promosi jualan pertama yang bermula Rabu ini, Go Shop juga merancang memperkenalkan 10 produk baru sepanjang bulan April. Dari kategori Kehidupan, tiga barangan baru yang akan ditawarkan adalah set Strom Color Frying Pan, Sunrise Wide Container dan Locksy Vacuum Food Container manakala kategori Digital dan Elektronik pula menawarkan Philips Shaver dan Philips Air Purifier. Lagi produk baru yang ditawarkan April ini adalah Lexpa Shake n Shape dan Intex Air Matress (Sukan dan Istirahat); Laneige Whitening Essence dan Richena Hair Dying (Kecantikan); serta Alpha Brick Blockpia (Kanak-Kanak dan Bayi).

Pelanggan Go Shop boleh memilih daripada 80 produk yang ditawarkan, dengan tambahan 10 produk lagi yang terdapat eksklusif di platform dalam talian dan mudah alih. Dari barangan elektrik, perkakasan rumah, peralatan dapur sehinggalah aksesori fesyen dan produk kosmetik – semuanya membawakan gaya, reka bentuk dan teknologi terkini. Produk baharu daripada jenama premium tempatan dan antarabangsa, diperkenalkan dari semasa ke semasa.


Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam Go Shop di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.

Masa penghantaran adalah antara dua hingga enam hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.goshop.com.my

Monday, December 1, 2014

Drama ‘SELUDUP’ Bermula Disember 2014 di Astro PRIMA & MAYA HD

Hi Korang,


Ingat tak dulu, aku pernah attend press conference drama Seludup di KL Live dulu kan. La tak ingat? Meh klik link entry press conference ini. 


So last week aku sempat hadiri media preview drama ‘SELUDUP’ di TGV 1 Utama ni. 

Ditunjangi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip, drama ‘SELUDUP’ yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz. 

“Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.


Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.



Tayangan perdana pada hari itu dihadiri oleh para pelakon yang kesemuanya diriaskan di dalam persalinan Sacoor Brothers, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. ‘Seludup’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd.

Sinopsis drama ‘SELUDUP’ ni ek 

Ia berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup dan juga untuk latest update boleh ke Instagram @seludup

Aku dah tengok first 2 episod pun, not bad full of action. Jalan cerita senang nak paham, siap ada babak kelakar lagi. Korang memang mesti kena tonton lah.






Monday, October 27, 2014

Pencarian Penyampai Top Malaysia ERA fm

Hi Korang,

Ramai dah tau pasal ujibakat yang tengah duk meletops kat Era.FM kan, ini aku citer sket details mengenai ujibakat ni ek.


Ujibakat pencarian Penyampai Top Malaysia, ERA fm sudahpun berakhir, namun perjalanan bagi 9 orang calon yang terpilih ke peringkat terakhir baru sahaja bermula! Sesi temuduga yang berlangsung pada hari Sabtu 18 Oktober lalu menyaksikan 50 orang calon yang terpilih daripada lebih 1000 penyertaan hadir mencuba nasib dan menampilkan bakat masing-masing untuk tampil sebagai Penyampai Top Malaysia.


Peserta di uji dari pelbagai sudut termasuk perwatakan, penampilan, dan gaya penyampaian yang menarik. Daripada yang hadir, 25 orang telah disenarai pendek oleh panel juri yang terdiri daripada Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm , Shac , Eksekutif Muzik dan Adly selaku Penerbit Eksekutif Hlive.

25 orang calon yang terpilih pada temuduga hari Sabtu pula, dikehendaki melalui satu lagi sesi ujibakat pada Isnin 20 Oktober dimana para calon akan diuji dengan lebih mendalam dalam kebolehan dan keupayaan mereka untuk berbahasa dan menyampaikan maklumat secara kreatif, padat dan spontan. Tamat sahaja sesi berkenaan, 9 orang calon yang berjaya mempamirkan bakat dan ketrampilan masing telah pun terpilih untuk menjadi antara Top 9 yang bakal menduduki pusingan akhir Penyampai Top Malaysia. 


Kata Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm, 

“Setiap peserta nampak sungguh bersemangat dan ghairah dalam menunjukkan bakat dan keunikan yang ada dalam diri mereka. Kami di ERA sangat teruja dengan minat yang ada pada peserta-peserta yang terpilih untuk peringat seterusnya. Kepada mereka yang hadir mahupun yang telah mencuba nasib untuk pencarian ini, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan terutamanya kepada mereka yang telah terpilih ke Top 9”

Tambah Nazri,

“Ketika ini, beberapa tugasan telah diberikan kepada mereka, contoh-contoh tugasan seperti mereka dikehendaki membuat kajian mengenai industri hiburan tanahair, menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada artis-artis jemputan, membuat lintas langsung bersama Skuad ERA, melibatkan diri dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pagoh, memahami secara lanjut rangka promosi yang dijalankan di stesen ERA dan perlu mengikuti wartawan-wartawan Hlive ke lokasi.” 


Top 9 finalis yang terpilih bakal menjalani program latihan intensif di ERA fm di mana para calon akan diberikan beberapa tugasan bagi mengemukakan idea-idea kreatif dan diberi peluang untuk keudara secara langsung bagi menguji kebolehan dan beupayaan mereka untuk mara ke peringat kemuncak bergelar Penyampai Top Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)

Tuesday, August 19, 2014

Pemenang UjiBakat Online Drama ‘SELUDUP’ Akan Berganding Dengan Nama-Nama Besar Industri Hiburan

Hi Korang,

Ingat tak lagi tentang ujibakat online drama Seludup yang baru-baru aku ada citer tuh?

Hah yang tu lah. Tak ingat meh klik kat website Seludup ni.


Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telahpun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat hari ini. Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Pemenang-pemenang #masukdramaseludup. Dari kiri- Mohd Andika bin Abdul Halim, 25 dan Nur Afieqah binti Zulkarnain, 20

Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.

Nur Afieqah binti Zulkarnain, pemenang peraduan #masukdramaseludup

“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.

Mohd Andika bin Abdul Halim, pemenang peraduan #masukdramaseludup

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Ermm best kan, diorang berdua ni.

Itulah masa aku suruh korang join ujibakat tuh, korang buat dek je.

Kan dah rugi, melepas peluang berlakon dengan Tiz Zaqyah kann. Aku memang tak nak masuk sebab kalau aku masuk mesti aku terpilih punye. Ishhk perasan tak sudah kan Cik Lily Putih kite ni.

Jangan dikenang lagi ye.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

Sunday, June 29, 2014

Press Conference Drama ‘SELUDUP’ dan UJIBAKAT Terbuka Kepada Anda

Hi Korang,

Last week sempat aku hadiri majlis sidang media drama aksi terbaru ‘SELUDUP’ terbitan Mastermind Group Sdn Bhd dan Astro Malaysia. 


Drama penuh aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyem, Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

Ok serba sedikit synopsis drama SELUDUP ni ek

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Di antara para pelakon utama bagi drama ini adalah Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Namron, Raja Ilya. Semuanya aku minat dan first time jumpa tau, ermm teruja sungguh dibuatnya.


Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar. Group photo bloggers bersama para pelakon dan Jehan Miskin gak tau. 


Dalam sidang media berkenaan, Jehan Miskin memberitahu media bahawa beliau tertarik untuk menyiapkan Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini kerana berminat untuk menyampaikan mesej tentang masalah sosial dan jenayah akibat dari aktiviti haram penyeludupan rokok dan alkohol yang berlaku di negara kita. 

Di samping masalah sosial tersebut, olahan cerita SELUDUP ini dimasukkan elemen cinta yang akan menguatkan lagi jalan cerita 13 episod ini.

Ok itu pasal press conference, now pasal UJIBAKAT plak ye


Korang yang rasa-rasa berminat nak menjadi pelakon dalam Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini? Kalau YA, jom cuba Ujibakat Online Seludup di Website INI. Korang boleh ikuti arahan yang di berikan dan mana tahu korang mungkin orang yang bertuah memenangi hadiah sejumlah RM15,000. Wowww!!!

Cara untuk join UJIBAKAT

Korang cuma perlu daftar nama anda, ikut skrip yang diberikan, dan kemudianUPLOAD video Ujibakat Online Seludup di ruang yang disediakan. Cepat!!! Korang mungkin ada peluang jadi bintang dalam SELUDUP 


Senang kan, korang practice je seberapa banyak yang korang suka. Bila dah ready baru upload. So tak delah gagap-gagap nampak dalam video. Apa yang penting, confidence mesti ada. Barulah orang akan tertarik.

Jadi apa tunggu lagi, ini peluang terbuka untuk anda semua. Peraduan Ujibakat Online Seludup ini bermula dari 25 Jun 2014 sehingga 3 Ogos 2014. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2014. 

meh seludup Tiz Zaqyah ek

Untuk informasi lanjut tentang Siri TV Aksi dan Cinta ini anda boleh layari :

Video Sidang Media - http://youtu.be/NOd-D66pmNU
Uji Bakat - Bit.ly/Seludup