Hi Korang,
Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, tarian ni merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80-an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.
2-3 hari ni aku perasan ramai plak duk sibuk citer pasal HARLEM SHAKE ni.
Apo plak binatang tu ek ?
Cari punya cari rupanya tarian. Kira macam ‘Gangnam Style’ la ni.Ok meh layan sejarah tarian ni.
Apa itu HARLEM SHAKE ?
Tarian ni sudah bermula sejak 1981 tetapi popular semula pada tahun 2013.
Tarian ini nampak lebih mudah dan tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Korang hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan je dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Tarian ini dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.
Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake bagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.
Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Sini aku ade letakkan video tarian HARLEM SHAKE ni. Aku cilok dari Nuffnang punya youtube.
Mehlah tengok
Kelakar kan.
Lebih kelakar lagi, aku kenal plak para penjogetnya.. gelak-gelak aku tengok, siap replay balik 2-3 kali.
Anyway,
Keep CALM and Do the HARLEM SHAKE!