Showing posts with label anti aging product. Show all posts
Showing posts with label anti aging product. Show all posts

Tuesday, March 12, 2019

City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 PA++++

Hi korang... 


Bila cakap pasal kulit muka aduimak malu nak cakaplah. 

Orang tak berapa nak cantik secara alami ni memang cam ni, sentiasa berusaha untuk nak cantik setanding dengan perempuan luar kat sana kan so memang banyak cuba produk-produk kulit muka yang bersesuaian dengan kak lily ni. 

So please bear with me ye.. 

Memang betul pun bila masuk usia 40an ni, kak lily dah boleh nampak pigmen ataupun jeragat dah muka keluar kat pipi ni. Itulah masa umur 20an mana reti nak jaga muka kan so inilah hasilnya huahauhauhau nangis ahkak ko nit epi bucu katil mengenangkan nasib. 


So kak lily cuba produk keluaran dari Dr Murad ni iaitu City Skin Age Defence Broad Spectrum SPF 50 PA++++ dan Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 

Hah amik sekali dua ahkak ko ni mencuba ek 

kalau korang nak tau yang Dr Murad ni merupakan doktor yang mula-mula menceburi bidang kecantikan pada kesihatan kulit yang mendapat pelbagai pengikhtirafan di mata dunia 

City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 PA++++ 



Ianya merupakan 100% mineral ultra ringan yang revolusioner, PA ++++ dan SPF 50 dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepat tanda-tanda penuaan: 

· Blue Light dari peranti 
· Pencemaran 
· Radiasi Inframerah 
· UVA 
· UVB 

Melindungi kulit dari: 

· 96% pencemaran 
· 89% daripada Blue Light dari peranti 
· 52% daripada Sinaran Inframerah 

Formula ringan ini berfungsi dengan baik pada semua nada kulit dan menyerap dengan cepat ke kulit tidak sama seperti pelindung matahari mineral lain. Ia meninggalkan kemasan bercahaya, bercahaya yang berfungsi dengan baik di bawah solekan atau diguna begitu sahaja. Bahan-bahan selamat untuk kulit sensitif dan formulanya adalah bebas wangian. Produk ini juga selamat untuk kawasan mata. Warna pic lembut membantu warna kulit yang betul untuk segera meningkatkan cahaya dan nada walaupun Vitamin C membantu mencerahkan kulit, walaupun nada dan kerosakan matahari yang betul. 

· Hasil ujian untuk pemendapan bahan cemar terpilih dengan matriks polimer berbanding plasebo 
· Keputusan ujian in-vitro dengan produk akhir 


Cara Untuk Menggunakannya 

· Goncang dengan baik. Sapukan secara bebas meliputi kawasan leher dan dada. 
· Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan jumlah saiz berukuran nikel selepas aplikasi pelembab harian untuk perlindungan lengkap. 



ACTIVE INGREDIENTS:
Titanium Dioxide 2.7%, Zinc Oxide 10.0%

INACTIVE INGREDIENTS:
Water (Aqua), Cyclopentasiloxane, Dimethicone, Glycerin, C12-15 Alkyl Benzoate, Argania Spinosa Kernel Oil, Tocopheryl Acetate, Polyurethane-35, Polyglyceryl-3 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Xanthophyll, Retinyl Palmitate, Ascorbic Acid, Bisabolol, Hydrolyzed Jojoba Esters, Urea, Yeast Amino Acids, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Biosaccharide Gum-4, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Silica, Tapioca Starch, Sucrose, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Stearic Acid, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, PEG-8 Dimethicone, Octyldodecanol, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Triethoxysilylethyl Polydimethylsiloxyethyl Hexyl Dimethicone, Aluminum Hydroxide, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Triethoxycaprylylsilane, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Iron Oxides (CI 77491) 

HARGA : RM298 

Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 



Digunakan sebagai make-up based atau primer. Tugasnya melindungi. Penjagaan kulit melalui asas solekan bukan berwarna komedogenik yang menyerupai apa-apa warna kulit. 

Campuran peptida cendawan kulit merawat sebagai prima Soft-Focus Complex sehingga 12 jam pemakaian solekan tanpa cacat dengan jelas mengurangkan penampilan liang, garis halus dan tekstur yang tidak sekata. Ia juga bertindak sebagai perisai SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA / UVB tanpa coretan atau corak putih. 

Hasil pemakaian: 

· Kesempurnaan solekan selama 12 jam 
· Pengurangan segera 30% dalam penampilan liang-liang 

Kajian klinikal selama 3 hari: 

· 71% melihat lebih kurang garis halus dan kedutan 
· 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik 
· Perlindungan SPF 30 100% tidak dapat dilihat 

Jenis kulit manakah yang bagus untuknya? 

· Normal 
· Berminyak 
· Gabungan 
· Kering 

Dirumus tanpa: 

· Parabens 
· Sulfat 
· Phthalates 
· Gluten 
· Bahan yang berasal dari haiwan 

Penyelesaian untuk: 

· Garis halus dan kedut 
· Kesan dan tekstur kulit tidak sekata 
· Liang besar 
· Tona kulit tidak sekata 
* Keputusan in vitro selepas 1 minit pada model kulit.

Cara Untuk Menggunakannya 

· Urut secara merata ke muka, leher dan dada. 
· Boleh digunakan di bawah solekan atau dipakai begitu sahaja. 

Ingredient Spotlight:
Peptida cendawan

Perangi tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat untuk membantu memulihkan kekukuhan, keanjalan dan ketahanan kulit untuk kelihatan muda.

Soft-Focus Complex:
Lancar kulit dan keluarkan ketidaksempurnaan untuk nada dan tekstur yang lebih baik untuk membuat kanvas ideal untuk aplikasi solek.

Ekstrak barli, bunga matahari dan timun

Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.

ACTIVE INGREDIENTS:
Avobenzone (2.0%), Homosalate (4.0%), Octisalate (4.0%), Octocrylene (2.0%)

INACTIVE INGREDIENTS:
Isododecane, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Caprylyl Methicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Phenyl Trimethicone, Diethylhexyl 2,6-Naphthalate, Propylene Glycol Dicaprate, Hydrogenated Soybean Oil, Hydrogenated Soy Polyglycerides, C15-23 Alkane, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Cake, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Extract, Octyldodecanol, Octyldodecyl Oleate, PEG -8 Dimethicone, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Alcohol, Hordeum Vulgare (Barley) Extract, Butylene Glycol, Lentinus Edodes (Shiitake Mushroom) Extract, Mucor Miehei Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Silica, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Solidago Virgaurea (Goldenrod) Extract, Benzyl Benzoate, Citral, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonene, Linalool, Fragrance (Parfum)

HARGA : RM328 

Sangat-sangat teknikal tulisan kak lily ni ek sebab kita kena ambil tahu apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam sesuatu produk tuh kan. 


So far kedua-dua produk Dr Murad ni sangat bersesuaian dengan kak lily, dan cara penggunaan pun mudah dan senang untuk di bawa kemana-mana kerana saiznya yang sangat comel. 


Info lanjut tentang product Murad Malaysia:

Website : 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 

Instagram : 

Facebook : 





Thursday, June 16, 2016

REVIEW | L'oreal Paris Revitalift Filler (HA) Essence & Cushion Cream

Hi Korang,

Dah lama tulis pasal produk L’Oreal ni ek tapi telupa nak publish hehehhe


L'Oreal Paris telah memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit tambahan iaitu Revitalift Filler (HA).

Pada masa ini, hanya terdapat 2 produk di bawah rangkaian ini, iaitu Micro Volumizing Essence and Revolumizing Cushion Cream. Kulit muda bukanlah semua tentang kedut atau garis-garis halus, tetapi ianya juga tentang kegebuan kulit. Selepas 10 tahun penyelidikan biologi, hari ini makmal L'oreal telah mencipta produk tersebut yang dirumus khas untuk rawatan anti-penuaan. Mikro-saiz asid Hyaluronic adalah mampu untuk menembusi jauh ke dalam kulit dan menyerap dengan cepat.

Hebat kan..

Itulah aku ni pun baru je tau

Ok aku citer secara ringkas mengenai kedua-dua produk ni ek.


Revitalift Filler (HA) Micro-Volumizing Essence

Kandungan intipati mengandungi 100mg asid Hyaluronic yang tulen. Packagingnya unik kan, panjang dan bulat, senang nak bawak ke mana saje. Digunakan pagi dan malam sebelum krim pelembap muka

Cara nak guna :-



Just pam 1-3 titik dan sapukan keseluruh muka termasuklah leher ye. Penting tu tau. Ianya ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit muka


Revitalift Filler (HA) Revolumizing Cushion Cream

Merupakan pelembap muka yang mengandungi asid Hyaluronic pekat yang ditambah dengan Fibroxyl.


Krim yang mempunyai tekstur yang lembut dan licin. Kulit terasa terhidrat dan sangat lembut semasa di sapu. Ia tidak berasa berminyak, bagus sebagai asas solekan. Walau bagaimanapun, ia mengambil sedikit masa untuk menyerap dan bau wangian adalah agak kuat. 

Bagi aku :

Aku sempat menggunakannya selama seminggu pada waktu malam je dan aku dapati garisan kulit muka ada berkurangan sket, agaknya kalau aku pakai lagi lama mesti hilang terus fine lines tuh semua.


Kepada mereka yang duk tercari-cari krim anti penuaan ni, boleh mencuba produk terbaru daripada L’Oreal Paris ni kan, sesuai bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas ek.

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website : 

Facebook : 




Thursday, November 15, 2012

AVERINE ‘Age Defy’ Collection Menangani Masalah Penuaan


Hi Korang,

Orang pompuan memang tak abis-abis cautiously dengan penjagaan kulit muka. Maknanya lagi berusia lagi lah kena menjaga kesihatan kulit kita ni. Skincare memang tak jadi masalah kot coz melambak di pasaran.


But how about make-up? Pernah jumpa ke yang protect kulit muka kita?


So AVERINE telah memperkenalkan satu rangkaian mekap yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit anti-penuaan dengan warna yang menarik. Di kenali sebagai koleksi Age Defy, yang berupaya melawan penuaan kulit dengan rangkaian lengkap mekap, merangkumi mekap asas hinggalah kepada warna untuk mata dan bibir.


Sesampai je lepas register, ktorg boleh bermake-up dengan produk AVERINE ni. Ada 5 orang make-up artist dah sedia menunggu untuk menyolekkan guest yang datang kan. 


Aku pun tak ketinggalan gak, sempatlah touch –up sedas dua kan. Lepas tu terus jadi cantik noks!


Dalam ucapannya sewaktu pelancaran Age Defy, Roderick Chieng, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Esthetics International Group Bhd, menyatakan bahawa koleksi mekap serba baharu ini diinspirasi oleh wanita hari ini yang dikagumi kerana berwawasan, berkeyakinan dan miliki kekuatan untuk menempuh pelbagai cabaran dalam membina karier dan mengimbangi kehidupan keluarga, namun tidak lupa mengambil berat tentang diri sendiri.

“Dalam erti kata lain, semangat juang wanita moden telah memberi inspirasi kepada AVERINE untuk membangunkan koleksi mekap revolusi, Age Defy, sebagai ‘perisai’ untuk melindungi daripada tanda-tanda penuaan pada kulit,” kata Chieng.


Koleksi warna-warna berseri Age Defy dicipta untuk menyerlahkan ciri terbaik seseorang di samping memelihara dan melindungi kulit.  Koleksi ini termasuklah mekap asas yang melicinkan, bedak debu & kompak, gincu yang mempunyai serum, pengilat bibir, penggaris mata, maskara melebatkan dan seleksi pembayang mata yang cantik.

Yang paling penting sekali, rangkaian ini selamat dan bahan-bahan serta formulasi termajunya membantu kulit menentang kesan penuaan kulit untuk tempoh lebih lama. 

Nude Collection

Smokey Product

Tidak seperti mekap lain dalam pasaran, AVERINE menggunakan bahan semulajadi dan memelihara kulit seperti sari tumbuh-tumbuhan, vitamin dan mineral.

Hasil produknya: 

  • 100% tidak komedogenik (tidak menyumbat pori-pori)
  • hipoalergenik (selamat untuk kulit sensitif);
  • bebas daripada minyak mineral (tidak menyebabkan milia dan akne akibat kosmetik);
  • 100% bebas wangian (tidak merengsakan kulit);
  • bebas lanolin (tidak merengsakan kulit);
  • tanpa alkohol (tidak menyebabkan kulit kering dan wajah kusam);

Dengan ciri-ciri penjagaan kulitnya, kosmetik Averine sesuai untuk semua jenis kulit, terutama sekali kulit sensitif atau yang mudah mendapat akne.


Acara pelancaran Age Defy diserikan lagi dengan kehadiran Anita Aziz berusia 39 tahun, model fesyen veteran tanahair dan selaku duta jenama AVERINE Age Defy Makeup. Anita juga ditemani oleh dua orang wanita cantik menawan, yang diberi penghormatan oleh jenama mekap penjagaan kulit ini sebagai AVERINE Age Warriors


Mereka adalah model fesyen dan seorang yang berjaya menempuh barah servikal, Genevieve Sambhi berusia 38 tahun; dan Jo Moo, model dan juga seorang ibu, berusia 29 tahun.

Erm macam menarik kan? Haruslah girl. Siapalah nak tua sebelum waktunya kan.

Koleksi mekap AVERINE Age Defy boleh didapati di semua AsterSpring Signature, AsterSpring dan pengedar sah AVERINE di seluruh negara mulai 1 November 2012.


Thanks Averine coz menjemput aku ke beauty event ni, haruslah mencuba produk yang dibekalkan dalam goodies bag ni ek

Yeah…