Showing posts with label anak yatim. Show all posts
Showing posts with label anak yatim. Show all posts

Wednesday, June 29, 2016

BREEZE Memeriahkan Aidilfitri Dengan Memberi Baju Raya Kepada Lima Rumah Anak Yatim Terpilih

Hi  Korang,

Hari tuh aku sempat je CSR campaign untuk Breeze di Mydin USJ Mall. Ermm sekali sekala buat kerja amal apa salahnya kan.


Menjelang tibanya Hari Raya, dan berbekalkan semangat berkongsi dan memberi pada bulan Ramadan ini, Breeze telah menganjurkan sesi membeli-belah istimewa sempena Hari Raya untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dari lima rumah anak yatim di Mydin Subang Jaya. 


Kesemua kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 17 tahun itu diberi layanan istimewa di mana mereka memilih baju Melayu dan baju kurung baharu mengikut pilihan masing-masing. Aktiviti ini diadakan sempena kempen Ramadan Breeze bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi membolehkan 367 kanak-kanak dari rumah anak yatim terpilih memiliki sepasang Baju Raya baharu.










Acara membeli-belah ini disertai 71 daripada 367 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim dan mereka telah dibawa ke pasar raya Mydin untuk membeli Baju Raya sempena ketibaan Aidilfitri. Kanak-kanak ini telah diiringi oleh para sukarelawan Unilever Malaysia bagi membantu mereka memilih pakaian Raya masing-masing. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat menghadiri majlis ini, Breeze telah membuat penghantaran Baju Raya ke setiap rumah-rumah anak yatim tersebut. 


“Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kita digalakkan untuk menilai semula kebaikan dalam diri kita disamping memperbanyakkan amalan berkongsi dan memberi mengikut erti kata yang sebenar. Menjelang tibanya lebaran, membeli-belah pakaian baharu adalah sebahagian daripada keseronokan menyambut Hari Raya. Oleh itu, kami mahu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini turut sama merasai kegembiraan membeli pakaian baharu selepas sebulan berpuasa. Kami berharap agar kanak-kanak ini dapat merasai kemeriahan Raya dan kami turut sama gembira apabila dapat melihat mereka tersenyum dan ketawa ketika membeli Baju Raya mereka,” kata Alyssa Low, Pengurus Kanan Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Dalam usaha membantu mengumpul sumbangan untuk kempen Ramadan ini, Breeze telah mendermakan RM1 bagi setiap pembelian cecair pencuci pakaian Breeze bermula pada 6 Jun 2016. Sumbangan berkenaan telah digunakan bagi membeli Baju Raya baharu untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim terpilih iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Shifa’, Rumah Bakti Dato’ Harun, Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur, dan Rumah Titian Kaseh.


Hajjah Sharifah binti Adlan, Pengasas Rumah Titian Kaseh berkata, “Setiap tahun, kanak-kanak ini sentiasa berharap untuk memiliki sepasang Baju Raya baharu. Saya dapat melihat dengan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila mereka menerima pakaian Raya masing-masing dan mereka sangat seronok apabila dibawa membeli-belah. Kami amat bersyukur kerana dipilih untuk menyertai kempen Ramadan Breeze ini. Sekarang, kanak-kanak ini boleh menyambut Hari Raya dengan memakai baju Melayu dan baju kurung moden yang serba baharu dan cantik.”


Nor Syahireen Abdullah daripada Rumah Titian Kaseh berkata, “Saya berasa sangat gembira dengan pelbagai pilihan pakaian Raya yang disediakan. Saya berasa sangat seronok kerana dapat memilih Baju Raya mengikut warna kegemaran saya dan mencubanya. Saya serta kawan-kawan berasa amat gembira dan berterima kasih kepada Breeze kerana sudi membawa kami membeli-belah Baju Raya.”


Breeze turut melancarkan sebuah video sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam kempen Ramadan ini. Video yang menyentuh perasaan itu mengisahkan tentang kepentingan mendidik dan menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan amalan yang baik ketika bulan Ramadan. Video ini dapat ditonton sejak awal Ramadan di laman Facebook Breeze Malaysia dan laman web mikro: www.ulmhomecare.com.my


Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan mengenai kempen ini, sila layari www.ulmhomecare.com.my atau kunjungi laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia

Saturday, June 29, 2013

Projek 'Re-Thinking Actions' Di World Marketing Summit 2013

Hi Korang,

This is Corporate Social Responsibility (CSR) entry


Dalam busy-busy aku ke event makan-makan ni, sempat gak aku ke Projek 'Re-Thinking Actions' World Marketing Summit 2013 di Pusat Sains Negara last week. Projek 'Re-Thinking Actions' merupakan inisiatif 8 buah syarikat untuk menangani salah satu daripada 8 Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) iaitu menjamin kelestarian alam sekitar (MDG7) Bangsa-Bangsa Bersatu.



Seramai 85 orang anak yatim berusia di antara 13 hingga 17 taHun dari seGenap pelusuk Malaysia termasuk 23 oranG dari Miri Sarawak di angkat menjadi hakim bagi program ini.


Berucap di majlis pelancaran projek ini, Dr Marceline Lemarie, Pengerusi WMS2013 berkata 'Terdapat rasional di sebalik pemilihan 85 orang anak yatim sebagai hakim kerana di semua pasaran, mereka ini adalah pihak paling 'neutral jenama' dan lazimnya tidak berlalu terdedah atau terlibat dengan aktiviti promosi pelbagai jenama. Selaku konsumer masa depan, kami berharap agar anak-anak yatim ini memahami konsep jenama baik dan perbadanan baik'.

Masa diorang masuk dewan tuh, rasa hiba seketika tengok anak-anak yatim ni, yelah mengenangkan nasib diorg ni kan but still nampak diorg ni cam tabah je. huhuuu



Projek 'Re-Thinking Actions' bertujuan  untuk menggalakkan konsumer masa depan Malaysia untuk menyertai pembangunan inisiatif-inisiatif CSR pelbagai perniagaan sambil mendidik mereka mengenai kepentingan memikirkan semula tindakan mereka yang memberi impak kepada alams sekitar.




Bila penyanyi Zainal Abidin yang femes dengan lagu 'Hijau' tu mula bercerita mengenai kehidupannya masa kecil, anak-anak ni begitu kyushuk mendengarnya. Dengan aku sekali jadi seronok tau.


Projek 'Re-Thinking Actions' ini mendapat liputan meluas serta sumbangan besar dari Pusat Sains Negara, Petronas, Staedtler, F&N, Volkwagen Malaysia, Manoah Consulting, Alcom, BMI, Columbia Asia, Jim Liaw Photography, AOS Conventions & Events, Dream Asia dan Asian Football Confederation.


Untuk maklumat lanjut mengenai Summit atau pendaftaran dan peluang penajaan, sila layari http://wmsmalaysia.org/






Thursday, September 13, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Sinar Cahayaku Garnier Bersama Selebriti Malaysia

Hi Korang,

Last week, aku ada hebah-hebahkan menda ni kat FB siapa yang nak pergi ke majlis ni. Ermm hampeh tak ramai pun nak join coz ramai yang cakap makan-makan je tak naklah pi.  Aku ok je lah. Tapi bila tengok gambar aku dengan Lisa Surihari tu, memasing sibuk bising2 cakap kenapa tak ajak? Ishk aku debik kang baru tau ishkk..


Sudah, meh baca je citer aku yang best ni tau.



Jumaat lepas bertempat di PJ Hilton Hotel, pihak Garnier telah mengadakan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku dengan sambutan raya yang cukup meriah dan menyentuh hati. Acara yang di hadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman Facebook Garnier serta beberapa orang selebriti termasuklah duta Garnier, Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.


Sinar Cahayaku di mulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. 3 buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai dan Rumah Amal Siraman Kasih.


‘Kepercayaan Garnier dalam menjaga orang disekeliling serta persekitaran anda turut di realisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai ‘kakak’ untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih’ kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia.


Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.


Heliza Helmi pula berkongsi bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan.


Irma Hasmie, sangat mengemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya di jemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.





Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier telah pun menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel di akhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.






Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Para selebriti juga menyampaikan hadiah raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.

Hah, begitulah citernya. Simple dan straight forward. Nak bagi korang paham apa di sebalik program Sinar Cahayaku dari Garnier ni.

So kalau ada lagi event sebegini, korang nak ikut tak? Haruslah nak kan. Jangan jadi bodoh sombong ye. Akhkahkhk