Showing posts with label ambil darah. Show all posts
Showing posts with label ambil darah. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Demam Kali Ini

Hi Korang,

2-3 minggu ni aku rasa entry kat blog aku ni cam berterabur je.

Sekejap update sekejap tidak, ada sekali tu satu 3-4 entry dan ada yang sampai 4 hari update.

Lepas daripada arwah nenek meninggal last week, Mr Big dah mula demam dulu tapi dia duk bantai makan ubat yang je kat farmasi ktorang. 

Ewah farmasi sendiri kononnya, tapi memang betul pun. Ada satu area kat dapur ni aku khaskan untuk Mr Big letak ubat-ubat dia. Yelah dia kan on daily prescription, memang senantiasa kena makan ubat yang sangat banyak. The best part tu aku lah yang untung coz tak yah nak pi klinik sangat kalau ada pening-pening sket ke, selsema ke, batuk ke coz semua ubat-ubat basic ni senantiasa ada :0 :0

Tup-tup sabtu tuh pulak badan aku mula seram sejuk. Ermm biasa jelah kot, so pilah event dihujung minggu ni kan, bukan 1 bukan 2 tapi 3 sekali aku pi, kira back to back event lah tapau semua sekali dalam satu hari. 

Masa first event tuh, aku still boleh concentrate lagi, maybe topiknya sangat baru bagi aku kan. Masuk ke event kedua food review, aku sekadar ambik gambar dan makan sket-sket je coz tekak ni dah mula tak de rasa apa-apa pun, cuma melantak minum air kelapa je sebab sedap bila masuk ke tekak tuh. Bila pi event yang last ni, terus rasa tak sabar nak balik coz badan dah mula mengigil, once abis je launching terus aku balik. Sampai rumah, makan ubat demam then terus tidur sampai esok paginya.


Pagi ahad tuh, bangun-bangun je terus ajak Mr Big pi klinik coz dah lain macam plak rasanya ni. Doktor cuma cakap demam biasa je tapi temperature panas tinggi. Dapat ubat sebeban dan mc sekeping untuk esoknya. So hari tuh tak kemana pun, just duduk rumah rehatkan badan.

Isnin tuh, Mr Big pi keje cam biasa. 

Ermm dalam hati dah fikir dapatlah berehat tanpa gangguan walaupun ada mahkluk hitam yang selalu ikut je aku kan, alah #DakUban lagi sapo laie. Dalam kul 10.30pagi MrBig call, dia dapat mc 2 hari suspected denggi sebab demam dia asyik datang come and go je. End up, dua-dua dah sakit ni. So sapa nak jaga ktorang berdua pulak kan, jawabnya jagalah each other.

Isnin malam tu, rasanya yang paling menyeksakan. Aku tidur meracau-racau sampai Mr Big kejutkan bangun suruh basuh muka dengan air sejuk sambil selawat. Bila dah rasa lega je then baru tidur balik sampai ke pagi. 

Sudahnya selasa pagi tuh, ktorang pi ke panel klinik MrBig untuk treatment lagi sekali. Rupanya dah makin tinggi temperature badan aku ni sampai 39.7 kan. Check-check dengan doktor dan trus pi amik darah kat Patlab sebelah. Balik pi beli bubur kat McD then balik umah makan, ermm 2-3 suap terus tak lalu makan. 

Klinik call dan nasib baik yang blood test result ktorang negative so tak delah denggi dalam badan cuma panas dalam yang teruk jelah. Ishkk syukur sangat, sambung makan ubat dan berehat je..

#DakUban temankan tido

Cuma ada beberapa perkara yang aku pelajari demam kali ni.

1. Walaupun demam camne teruk/kuat pun tanggungjawab kepada suami telah kena jalan. Masak, basuh baju, kemas umah bagai kan tapi Mr Big sangat memberi kelonggaran kepada semua ni. 

2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan badan kita. Demam cam ne sekali pun, ada bahagian badan kita yang tak demam so bahagian tu yang membantu kita bergerak kesana kemari, berfikir dan memacam lagi.

3. Kalau jangan dua-dua demam, boleh jem otak oo. Nak drive tak boleh, nak masak tak boleh dah dua-dua terbaring je atas katil kan. 

So itu jelah aku nak citer, ini memang satu pengalaman yang biasa bagi korang tapi tak biasa bagi aku kan. Jagalah kesihatan diri dan keluarga ye..