Showing posts with label altet Malaysia ke Sukan SEA. Show all posts
Showing posts with label altet Malaysia ke Sukan SEA. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

MILO Dan Kontinjen Malaysia Ke Sukan SEA Ke-27 Di Myanmar

Hi Korang,

Hari tu aku kan ada citer pasal nak pledge untuk support Kontinjen Atlet Malaysia ke Sukan SEA nanti kan. So korang tau berapa yang MILO dapat collect?


Ye ko 2.7 Juta Unit Tenaga melalui inisiatif Tenaga Julangan Api.

Yeah!! baca dulu citer hari tuh kat ENTRY INI ek.

Aku sempat ke Palm Garden Hotel kat Putrajaya untuk menyaksikan penyerahan torch api tuh. Acara penuh bermakna ini telah disaksikan oleh seluruh ahlia kontinjen Malaysia yang telah berkumpul dan bersiap sedia untuk menghadapi perjalanan dan berjuang di kejohanan Sukan SEA nanti.

Di bawah inisiatif ini, MILO turut menghantar Trak Tenaga yang dikenali ramai keseluruh negera untuk menyatukan semua rakyat Malaysiadi dalam usaha pihak MILO untuk mempamerkan sokongan padu mereka kepada Kontinjen Malaysia melalui larian obor berganti-ganti di lokasi terpilih di seluruh Malaysia serta MILO turut mengumpul akur janji melalaui Larian Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinag yang telah di annjurkan baru-baru ini.


"Perjalanan yang akan dilalui oleh atlet kita bukannya mudah dan adalah amat penting bagi atlet kita untuk mendapatkan sokongan dan dorongan daripada seluruh negara untuk menyemarakkan dan menjana semangat mereka bagi menempuh perjalanan yang mencabar ini, lantas memberikan mereka tenaga untuk melangkah lebih jauh di kejohanan Sukan SEA ke-27 ini", kata Ho Hau Chieh, Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Tenusu, Nestle Malaysia.

Untuk meneruskan usaha yang kana menjana dan mempamerkan sokongan kita, semua rakyat Malaysia boleh meneruskan penyataan akur janji mereka dengan menyalakan 'julangan api' dan menyampaikan ucapan selamat kepada atlet-atlet kita melalui laman web MILO sepanjangan berlangsungnya kejohanan ini sehingga 22hb Disember 2013. 




Selain itu, para peminat juga di alu-alukan untuk menyatakan sokongan mereka melalui Twitter, Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag rasmi #MILOforMALAYSIA

For more info, klik di www.milo.com.my/seagames