Showing posts with label alat music didjeridoo. Show all posts
Showing posts with label alat music didjeridoo. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Cik Lily Putih Si Pemain Didjeridoo

Hi Korang,
Pernah tak dengar atau tengok benda nie?
Hah inilah yang aku tengah pegang ni lah. Cuba teka apa menda alah nie? Eh, bukan untuk pukul Mr Big lah.Actually menda nie alat music tau tradisional lagi tapi bukan Malaysia mari okeh.

Sebenarnya ni citernya. The Didgeridoo (juga dikenali sebagai didjeridu atau didge) merupakan satu alat music yang berasal dari kaum orang asli dari utara Australia yang telah diperkenalkan sejak 1,500 tahu dahulu dan masih di gunakan lagi sehingga ke hari ini di merata dunia.
Ianya berbentuk silinder dan kelihatan seperti trompet kayu atau ‘paip drone’ so dah sah-sah diperbuat dari kayu lah kan, berukuran panjang di antara 1 hingga 2 meter tak boleh kurang daripada itu kerana semakin panjang alat ini semakin merdu nada yang di keluarkan.


Cara memainkan korang ingat boleh tiup sesuka hati ke? Ada teknik untuk meniup alat music ini iaitu teknik ‘circular breathing’ merupakan cara kita meniup menggunakan aliran nafas yang tidak putus-putus so sebab tu sebelum nak tiup kena ambil nafas yang panjang kan.
Payah jugak nak explain kat korang kan, nanti tak paham plak coz aku sendiri baru je first time tengok alat music. Tengok je gambo cam ne diorg tiup tu kan.
Seronok jugak dapat tahu culture orang di negara lain kan. At least tak de lah aku jadi katak bawah tempurung kan.
Thank you to Selangorlicious dan Tourism Selangor kerana memperkenalkan kepada aku.Umtuk lebih details korang boleh ke website nie Didjeridooghetto Malaysia Club
Tup-tup terasa nak belajar main alat music plak lah cam ayah aku maklumlah dia tu ahli music terhebat satu ketika dulu.

Happy Sunday!!