Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

"ICE-WATCH- LIGHT UP THE NIGHT RUN" Anjuran ICE-WATCH Jom Join Ek!

Hi Korang,

Ada event best bagi marathon runner kan. Alah yang minat lari suke suki pun boleh join.

Larian malam yang penuh warna-warni di sekitar Shah Alam. Boleh bawak anak-anak dan seisi keluarga pun tau. Exercise sket apalah salahnye kan


ICE-WATCH dan The Marathon Company, hari ini mengumumkan bahawa ICE-WATCH telah menjadi penaja rasmi buat kali pertama bagi "ICE-WATCH- LIGHT UP THE NIGHT RUN". Jenama jam tangan Belgium ini mempunyai bekerjasama event larian malam di bandar Shah Alam ini yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 5 Disember 2015 yang bermula dan berakhir dari Plaza Shah Alam.Perlumbaan akan merangkumi 5km & 10km laluan di sekitar bandar Anggerik ini.


Sebagai penaja utama perlumbaan, ICE-WATCH akan memberi sokongan sebaik mungkin. Selain itu penganjur tempat, Plaza Shah Alam akan menyediakan lokasi F & B dan pilihan membeli-belah kepada peserta terlebih dahulu dan selepas perlumbaan dengan jam dilanjutkan hingga 12 tengah malam. Ultron akan menyediakan pakaian T-shirt untuk semua pelari. A one-of­ kind Finisher medals merupakan acara kemuncak bagi peserta-peserta yang menyertai perlumbaan ini bermain warna-warna terang ICE-WATCH. Antara penaja lain termasuk Redbull Habib, Rocktape, dan Revive Isotonic drinks. Majlis tersebut juga akan menampilkan media bekerjasama dengan Maskulin Magazine dan Running Magazine dengan meriah menjadi Digital Partner.


"Partnering with The Marathon Company is a strategic step forward for our brand awareness and instilling healthy and competitive competition among new and avid runners," kata Dato Sri Meer Habib, Pengarah Time Zone Sdn Bhd, Malaysia yang merupakan pengedar eksklusif tunggal jenama tersebut di sini. "As a Malaysian­ based business, we have always wanted to be a part of such an iconic race since there has been other day-time races held in Europe & Asia and we could not be more thrilled to join The Marathon Company as the title sponsor."



"ICE-WATCH has achieved prominence across the global timepiece market and we look forward to delivering an unforgettable race experience here in Shah A lam, which is a first for this wonderful town" kata oleh Hafiz Md Khas, Pengarah projek The Marathon Company.

Setiap pelari yang sudah berdaftar di sini


(bayaran boleh rujuk kepada pautan) akan menerima sehelai t-shirt..

Apa yang menarik setiap pendaftar no. 6 untuk acara larian ini bakal menerima hadiah sebuah jam tangan ICE WATCH yang bernilai RM379. Dan bagi top 5 setiap kategori lelaki dan perempuan untuk jarak 10KM bagi menerima jam tangan ICE WATCH bernilai RM699.



Serentak dengan pengumuman penaja larian "Ice Watch- Light Up The Night Run" pihak ICE WATCH juga telah melancarkan secara rasmi pembukaan Galeri Ice Watch di Plaza Shah Alam.



Beberapa selebriti baru dalam bidang seni Malaysia telah dijemput bagi sama-sama merasmikan pembukaan galeri ICE WATCH di Plaza Shah Alam.






Cantik jugak koleksi terbaru ICE-WATCH ni ek. Ermm nak angkat ke tak ek? cantiksss sesangatlah

So korang yang kaki-kaki marathon tuh sempat lagi nak join event ni kan. Lagipun kat Shah Alam je. Kira macam fun run gituh lah, lari sket selfie je lebih hehehhe aku lah tu yang biasa buat kan hahahaha


Sunday, January 20, 2013

Menjalin Cinta Di Hujung Minggu

Hi Korang,

Bila dah penat-penat kerja during weekdays kini tibalah masa berehat di hujung minggu kan.

Weekend la dapat buat apa je yang kita suka kan

Dapat bangun lambat, dapur pun berasap, shopping complex pun penuh, taman bunga penuh dengan motor, playground ramai anak-anak dan memacam lagi la.

Aku pun tak terkecuali gak


Time ni la dapat manja-manja lebih dengan Mr Big katanya (tangan di dada, mata ke atas) hehehhehe. Tak dela manja mane pun, selain masak penuhkan perut dia yang tak pernah susut tuh, jadi tukang urut tak bergaji, jadi social escort teman dia kemana aje. 

Itu je la manja-manja nye.

Lagipun itu dah kira tanggungjawab kan so haruslah di buat dengan manja-manja sekali.

So korang cam ne plak? Buat apa time weekend ni ek. Sama cam aku gak ke




Saturday, August 13, 2011

Its Sauna Time!

Hi Korang,

Hujung-hujung minggu ni korang buat apa ek? Shopping? tidoq? ishk Tak kan lah sepanjang hari duk kat dapur dan masak je kan. Sekali sekala kenalah restkan badan gak kan. Bukanlah rest satu hari but 2-3 jam mestilah ada our own time kan. 

Aku plak?


Haruslah ada aktiviti sendiri selain daripada duk lepak depan tv kan. Tup-tup terasa plak nak pi sauna lah. Maklumlah lemak rasanya makin banyak kan, so apa salahnya buang sket untuk raya ni. Boleh lah nampak kurus sket.. Huahuahuahuahauhau angan-angan bukan main hebat tapi katanya lah kan...

Itulah seronok rasanya kalau dapat bersauna. Walaupun bukan main panas duk dalam bendaalah tu kan. tapi bila dah selesai, rasa ringan je badan. Cam banyak je lemak2 cair kuar dari ruang2 perpeluhan. 

Oklah nak survey2 kat mane ada sauna dekat2 rumah aku ni.

Anyway

 happy weekend korang...