Showing posts with label ais krim sedap. Show all posts
Showing posts with label ais krim sedap. Show all posts

Friday, October 23, 2015

Dah Rasa Pun MEADOW GOLD Ice Cream Ni Tau

Hi Korang,


Ingat lagi tak promosi ais krim daripada Meadow Gold ni kan? Hah yang tu lah, korang baca kat LINK ni ek.


Masa pi ke roadshow kat Plaza Mont Kiara hari tuh, dapat aku bawak balik 4 perisa ais krim Meadow Gold ni iaitu Bold Chocolate Decadence, Delectable Caramel Pecan, Heavenly Macadamia dan Lush Red Velvet. Slogan Meadow Gold adalah “Make Pleasure A Habit” bermakna jadikan kenikmatan ais krim sebagai suatu tabiat. Wow wow…


Jom kita cuba satu per satu ek


Meadow Gold Bold Chocolate Decadence

Gabungan aiskrim coklat susu dengan fudge coklat dan juga ketulan coklat.Rasanya sangat awesome dan mewah. Pekat dan enak serta tulen coklatnya.


Meadow Gold Delectable Caramel Pecan 

Keenakan kacang pecan dan karamel di dalam aiskrim vanila susu yang mewah. Bagi aku ianya ada tekstur yang tersendiri serta lembut dan manis, Delectable Caramel Pecan akan membuktikan ia sukar ditolak oleh mereka yang gemarkan sesuatu yang manis.


Meadow Gold Heavenly Macadamia 

Diperbuat daripada krim susu segar dan dicampur dengan kacang macadamia panggang, teksturnya yang lembut dan rangup pada masa yang sama, boleh rasa gigitan kacang tu kan


Meadow Gold Lush Red Velvet 

Aku consider ni as a dessert coz rasa red velvet tu macam makan kek pulak kan dan ada pulak marshmallow. Memang betullah ais krim ni hot selling kan


Saje aku tinggalkan ais krim ni kat office so boleh share sesame kengkawan office kan. Yang ni Delectable Caramel Pecan, so too sweet. Sedap


Nampak tak kemewahan coklatnya aummm jom makannn

Koleksi Mewah Meadow Gold terbaru ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Semenanjung Malaysia. Setiap tab premium 750ml dipasarkan pada harga RM21.90 (termasuk 6% GST).


Korang nak teringin sangat nak dapatkan ais krim Meadow Gold dengan harga promosi boleh check it out di jadual roadshow yang aku attach ni, still sempat lagi ni ek

21th- 25th October at The Empire Shopping Gallery (10am-10pm)

26-Oct Monday 8.30am-4.30pm Astro Bukit Jalil

27-Oct Tuesday 11.30am -6.30pm Media Prima Berhad, Sri Pentas

29-Oct Thursday 11.30am -6.30pm Wisma Ali Bawal

3-Nov Tuesday 10.00am-5.00pm UTAR Sg Long

4-Nov Wednesday 11.00am-6.00pm Jaya 33



Baik korang follow 

facebook MEADOW GOLD Malaysia dan sila layari www.meadowgold.my jugak untuk dapatkan info terkini mengenai promosi ek hehehhe

Tuesday, September 29, 2015

Makan Di The Ice- cream Project @ Jalan Dhoby, JB

Hi Korang,

Tempat makan best di Johor Bahru lagi...


Seronok plak bila citer pasal tempat makan ni ek, terus terbukak selera walaupun tak lapo kan.

Kali ni nak citer pasal kedai ais krim nitrogen yang quiet famous gak kat JB town ni. 




The Ice-Cream Project ni merupakan salah satu cafe indie yang terletak di Jalan Dhoby dalam JB town ni. Kecik molek ke kedai ni, dan kalau tak betul-betul memang tak perasan pun kedai ni kan hehehhe.




Order pun kat sini dan tempat buat ais krim pun kat kaunter ni gak, pendek kata segala urusan buat kat sini ek.

Perisa favourite aku hehehehhe 





of courselah coklat kan. Memang sedap benau. Yang lagi dua tu aku tak ingat plak. Harga lebih kurang macam air kat starbucks tu lah. Tak delah mahal sangat.



Bestnya kedai ni, di sediakan air kosong sekali secara percuma. So kira cam bilas tekak cam tu kan. Tapi lepas makan kena kemas dan buang sampah kat tempat yang di sediakan ye


Nak pi la tu kan? ni hah tompek ek

The Ice- Cream Project
31, Jalan Dhoby, 
Johor Bahru, Johor


Hours:
Monday  - Closed 
Tuesday - Thursday = 3:00 – 10:00 pm 
Friday - Sunday = 3:00 pm – 12:00 am 


Sedap oooo apa lagi jom singgah ek..