Showing posts with label abuse sdn bhd. Show all posts
Showing posts with label abuse sdn bhd. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Seluruh Dunia

Hi Korang,


Hari ni 8 Mac merupakan hari wanita Antarabangsa yang ke-100. So kita sebagai wanita harus menghargai wanita-wanita yang lain yang berada disekeliling kita seperti nenek, emak, saudara, kakak, adik, kawan2 mahupun diri sendiri.


Bukan untuk wanita sahaja tetapi semua lapisan golongan lelaki juga harus menghargai segala apa yang dilakukan oleh wanita2 ini kepada mereka selama ini dengan sokongan yang tidak henti-henti dan tidak berbelah bagi.

Cuma amoi kat opis aku  ni je yang wish Happy Women Day tadi.. huhuhu terharu tau..

Aku dah pun celebrate first 90 minutes untuk Hari Wanita Antarabangsa yang ke 100 ni dengan menonton teater 'ABUSE' di Actor Studio Lot 10 hari tuh.


Nak tau apa yang boleh korang buat untuk Hari Wanita Antarabangsa ni, korang boleh login in to Manifesto.My kerana pelbagai aktiviti yang diorg ni anjurkan untuk menyambut Hari Wanita ini.
 
So, Selamat Hari Wanita untuk korang semua tau.
 
 

Thursday, February 24, 2011

Bagi Peminat Love Nora, Tolong Jangan Jeles

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal citer Love Nora xoxo hari tuh. Wah bukan main lagi korang komen kan. Jatuh cinta lah sweetlah kan, mamat tu caring lah kan. Amboi amboi.... 

Will Quah one of actor for Abuse Sdn Bhd

Comey je dia perform

So sapa yang tak kenal lagi pelakon yang melakonkan watak husband kepada Nora tu, ialah Will Quah. Dia ni orang Malaysia, orang PJ lagi. Current belajar kot or keje kat Australia. Semalam sempat jugak aku jumpa dia di Actor Studio Lot 10 untuk show 'Abuse Sdn Bhd' for Women 100 Campaign.


Tak dapat nak borak sangat coz ramai betul nak amik gambo dengan dia. In person, dia memang comey wei. Boleh terjatuh cinta plak lah. Korang jangan jeles plak, dengan muka memasing yang comot2 + berminyak2 tu kan sedap je amik gambo okeh.

Nanti aku citer lagi pasal teater Abuse Sdn Bhd and Will Quah ni, memang menarik dan tangkap leleh lah sapa yang pi tengok dengan aku semalam. Betul kan, K Ina KL?

Hehehehehhehe.... lalalala... still teringat2 kat Will ni lagi lah....