Hi Korang,
Rasanya kecoh minggu ni di FB pasal mereka berdua ni.
Yang tak tau meh baca ni ek
ZALORA teruskan membalas maklum kepada pasangan suami isteri berikutan pengakuan suami tersebut kepada ZALORA supaya melarang isterinya dari membeli-belah dalam laman web ZALORA.com.my pada hari Isnin yang lepas.
Lima anggota pasukan dari Destinasi Talian Fesyen Asia telah melawat pasangan tersebut , Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris , awal hari ini. Pasangan tersebut telah dikejutkan dengan hadiah khas dari ZALORA di kediaman mereka.
"Kami tidak menyangka kejutan ini . Kami hanya bermain-main," kata si suami, Radzi. Beliau tidak menyangka akan mendapatkan responsi yang baik melalui perkhidmatan pelanggan daripada ZALORA. Nuzaimah, isterinya, pula berkata bahawa dia amat kagum kerana mendapat balasan yang interaktif daripada pihak perkhidmatan pelanggan ZALORA.
"Kami amat berbesar hati untuk melayan pelanggan-pelanggan seperti Radzi dan Nuzaimah di halaman Facebook kami. Maklumlah, membeli-belah dalam talian kekal popular dan terus berkembang di kalangan masyarakat Malaysia. Kami percaya bahawa kenyataan suami dan isteri dalam laman media sosial itu adalah satu refleksi dari masyarakat kita yang sedia dan sanggup memeluk gaya hidup yang lebih digital," kata Pengarah Urusan ZALORA Malaysia , Giulio Xiloyannis .
Katanya, ZALORA ingin memberikan sokongan penuh kami kepada pasangan ini yang bakal menjadi ibu dan bapa. Pihak ZALORA berasa amat gembira untuk menghadiahkan Radzi dan Nuzaimah dengan hadiah-hadiah yang dipilih khas untuk mereka. "Kami ingin memberi Nuzaimah pengalaman kehamilan yang tidak akan dilupai dengan pakaian dari jenama ZALORA dan ZALIA," tambah Xiloyannis.
Nuzaimah telah menerima bekalan pakaian dan kasut selama setahun dari ZALORA serta baucar bernilai RM400. Baucar ini dapat digunakan untuk memulakan aktiviti membeli-belah dalam talian yang pertama mereka di ZALORA.com.my. ZALORA berharap untuk kekal menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.
Untung ek. Itu namanya rezeki terpijak.
Dengar-dengar plak si suami ni duk kenen-kene kat IKEA plak request shoe rack untuk si isterinya..
Nampak tak permainannya di situ..