Hi Korang,
Aku terpanggil untuk baca
suratkhabar Utusan Online 4/2/2014 last 2 days kan.
Mengenai kisah kejayaan usahawan muda Muhammad Zukermi Edi. Ermm apa yang dia buat ek, hingga
dia berjaya menjadi jutawan
muda yang rata-rata ramai
yang tak sangka kan.
Citernya cam ni,
aku petik dari keratan akhbar tu ek
"Pada
umur 21 tahun, saya pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di
Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul
memeritkan.
Namun,
Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidup saya. Baki RM1 dalam poket
ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah
saat saya mula berniaga secara dropship menerusi akaun Facebook"
Rupanya bermula dengan RM1 tu, beliau ke CC untuk melayari
internet. Tup-tup ternampak plak iklan pasal dropship ni, so dia cuba lah. alah
bukan kena bayar pun service dropship ni. Setakat yang aku tau, memang FREE pun
registrationnya.
So dari situlah timbul minat
beliau untuk berniaga secara dropship ni. Bak kata orang bukan senang nak kaya dengan mudah so usaha itu memang amat penting.
Bayangkan dari mula berniaga secara dropship, kini beliau berjaya membina syarikat sendiri dengan
keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit.
Pada tahun 2013,
Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti
MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd.
miliknya.
Menjadikan pakar
pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya,
Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia
yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.
Ok aku petik
lagi, kata-kata jutawan muda ini
“Laluan
kejayaan kita pastinya sukar, tapi saya percaya dengan izin-Nya, ia boleh
dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai
alasan untuk tidak berjaya.
Selain
itu, saya akan tetap teruskan berkongsi kisah hidup saya menerusi akaun
Facebook untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang,"
So apa rahsia untuk kaya?
Bagi aku simple je, kalau korang
rajin, kuat kerja tanpa jemu serta ingat yang kat atas tuh. Mesti apa yang
korang usahakan akan berbaloi. Tak payah nak dengar cemuhan, kritikan negative orang
di sekeliling kita kan.
So kita jangan pandang rendah
dengan orang yang ingin maju dalam hidupnya. Mana tahu satu hari nanti, orang
tu datang membantu kita di saat kita perlukan bantuan. Who knows? Itulah rahsia
Allah.
Korang boleh baca artikel pernuh
kat link akhbar Utusan Online kat bawah ni ek
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sSwJXWkj
© Utusan Melayu (M) Bhd
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sSwJXWkj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Hopefully lebih ramai lagi orang
macam jutawan muda Zukermi Edi ni ek.