Showing posts with label Yeo's Yeogurt. Show all posts
Showing posts with label Yeo's Yeogurt. Show all posts

Monday, March 16, 2015

Minum "YEO’S YEOGURT" Boleh Menang Peraduan YEO’S YEOGURT “DRINK & WIN”

Hi Korang,


Lama tak pi event Yeos ek, biasalah busy keja la


So hari tuh, sempat jugak aku ikut bebudak blogger je ke majlis pelancaran YEO'S YEOGURT di Aloft Hotel kat KL Sentral. 

Minuman YEO'S YEOGURT ni merupakan minuman tanpa perlu didinginkan yang mengandungi susu dan asid laktik. Yeo’s Yeogurt dirumus khas supaya warga Malaysia dapat menikmati minuman yang sedia diminum dan berkhasiat untuk sistem penghadaman yang sihat. Keunikan Yeo’s Yeogurt adalah minuman ini tidak perlu disejukkan dan akan kekal segar walaupun disimpan dalam suhu bilik.


Turut hadir pada pelancaran rasmi Yeo’s Yeogurt , Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s berkata, Yeo’s , sebagai jenama yang dipercayai sejak turun temurun dan sentiasa berinovasi dalam teknologi penghasilan minuman dan makanan, kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang mudah dan sihat selari dengan gaya hidup sihat rakyat Malaysia yang sibuk dan aktif,” katanya.


Yeo’s Yeogurt mempunyai enam pilihan yang lazat, antaranya ialah Asli, Anggur, Oren, Mangga, Epal Hijau, dan Laici. Selaras dengan pegangan slogan, “Yeo’s, Pilihan Semulajadi”, kesemua Yeo’s Yeogurt ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.


Pelancaran ini juga turut mengumumkan peraduan “Yeo’s Yeogurt” ‘Drink & Win’ yang berlangsung selama 10 minggu, yang bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang lumayan.


Selama 10 minggu berturut-turut, peraduan yang akan bermula dari 12 Mac hingga 22 Mei 2015, bakal menyaksikan 3 pemenang mingguan memenangi satu unit iPad Air Wifi 16G keluaran terbaru setiap seorang. Pada penghujung peraduan, pemenang utama akan membawa pulang sebuah Macbook Pro 13” bersama wang tunai sebanyak RM10,000. Pemenang tempat kedua pula akan menerima sebuah Macbook Air 11” diikuti pemenang tempat ketiga akan menerima iPhone 6 64G. 

Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan Yeo’s Yeogurt ‘Drink & Win’ ini, bolehlah mengikuti langkah-langkah seperti dibawah.


1. Beli mana-mana jenis Yeo’s Yeogurt dalam apa sahaja jenis saiz kotak.


2. Ikuti akaun wechat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada bahagian atas poster yang terdapat di cawangan-cawangan yang terpilih, atau ikuti akaun Yeo’s Wechat melalui Wechat ID: YeosMalaysia


3. Peserta hendaklah mengambil gambar resit dan masukkan jumlah kotak yang telah dibeli. Gambar resit haruslah disimpan bagi tujuan pengesahan. 

4. Setiap penyertaan yang berjaya, anda akan menerima pemberitahuan dari akaun rasmi Yeo’s Malaysia diikuti dengan lampiran imej.


5. Jawab soalan mudah yang berkaitan dengan imej berkenaan: “Yeo’s Yeogurt mengandungi khasiat? ” Pilih A : Susu atau B : Coklat


Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari www.yeos.com.my/drinknwin

Yeo’s Yeogurt kini terdapat dalam kotak 250ml juga 1 Liter, mudah didapati di semua kedai-kedai runcit utama, stesen minyak, pasar raya, dan juga pasar raya utama di seluruh negara.