Showing posts with label World Cup Russia. Show all posts
Showing posts with label World Cup Russia. Show all posts

Thursday, June 14, 2018

Coca-Cola Membawa Keseronokan FIFA World Cup Russia™ 2018 Melangkaui Siaran Di Kaca Televisyen

Hi Korang,

Tatkala rakyat Malaysia berdebar menanti saat untuk menonton FIFA World Cup Russia™ 2018, Coca-Cola – penaja utama acara tersebut – bersedia dengan pelbagai aktiviti dan barangan untuk membawa keceriaan yang melangkaui siaran di kaca televisyen, termasuk pembungkusan edisi terhad yang menampilkan warna-warna kumpulan negara yang terkenal termasuklah negara tuan rumah. 


Koleksi lapan reka bentuk yang menampilkan negara-negara seperti Rusia, Brazil, Argentina, Sepanyol. France, Germany, Portugal dan Jepun boleh didapati mulai sekarang sementara stok masih ada. 

Para peminat bola sepak yang membeli minuman Coca-Cola segar untuk dinikmati ketika menonton perlawanan itu nanti juga berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan rasmi FIFA World Cup Russia™ 2018 daripada para peruncit, juga menikmati banyak tawaran khas sepanjang musim ini serta berpeluang untuk memenangi trip ke Rusia untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung! 


Trak dan para kumpulan sekeliling Coca-Cola akan menjelajah ke 87 buah lokasi di Malaysia dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, tayangan serta aktiviti lain sepanjang penjelajahan tersebut. Kumpulan tersebut akan melawat ke beberapa outlet peruncit, restoran McDonald’s, pawagam GSC serta kedai-kedai mamak yang sering menjadi tumpuan utama menonton perlawanan bola. 

Di peringkat global pula, Coca-Cola ada menyiarkan satu set iklan televisyen yang akan ditayangkan sekitar lebih 200 buah negara dan bekerjasama dengan penyanyi Jason Derulo yang melahirkan lagu tema Colors – The Coca-Cola For the 2018 FIFA World Cup™ yang memuatkan elemen perpaduan yang dibawakan oleh bola sepak kepada para peminat dan pemainnya. Orang ramai boleh menontonnya di http://www.jasonderulo.com/news/jason-derulo-releases-official-music-video-colors-coca-cola-anthem-2018-world-cup-83926

“Coca-Cola adalah merupakan rakan kongsi korporat paling lama FIFA yang membawa sejarah sejak tahun 1950. Rakyat Malaysia amat bersemangat mengenai bola sepak, maka kami ingin berkongsi keseronokan FIFA World Cup ini bersama-sama mereka dengan lebih dekat lagi,” kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara untuk Malaysia-Singapura-Brunei di Syarikat Coca-Cola. 

Syarikat Coca-Cola juga adalah rakan kongsi korporat FIFA paling lama dengan persatuan rasmi sejak tahun 1974 dan merupakan penaja rasmi FIFA World Cup™ yang bermula pada tahun 1978. Coca-Cola juga ada sebuah stadium pengiklanan di setiap musim FIFA World Cup™ sejak tahun 1950. 


FIFA dan Syarikat Coca-Cola melanjutkan kerjasama sehingga tahun 2030. Pembaharuan komitmen oleh Coca-Cola dalam kategori minuman bebas alkohol yang merangkumi produk serta servis berupa wang tunai dan barangan bagi menyokong spektrum meluas oleh majlis FIFA seluruh dunia, termasuklah FIFA World Cup, Kejohanan FIFA Dunia Wanita, Kejohanan FIFA bawah 20-tahun, Kejohanan FIFA bawah 17-tahun, Kejohanan FIFA Bola Sepak Pantai, Kelab Kejohana FIFA, Kejohanan FIFA Interaktif, Kejohanan FIFA bawah 20-tahun wanita, Kejohanan FIFA bawah 17-tahun wanita, Kejohanan Futsal FIFA dan Kejohanan Konfederasi FIFA. 

Coca-Cola juga terus menaja FIFA/Coca-Cola World Ranking bagi kumpulan kebangsaan lelaki dan Kejohanan FIFA Dunia Wanita. 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com