Showing posts with label WiFi. Show all posts
Showing posts with label WiFi. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Review | Samsung Smart Camera WB 1507

Hi Korang,

Kenapelah aku boleh terlupa post pasal review camera ni ek? 

Ishk nampak sangat dah tua kan. Itu yang aku duk fikir tuh mana plak entry ni hilang, rupanya dalam DRAFT folder lagi. Teruk betul lah.

Samsung Smart Camera WB 1507

Ermm dengar nama pun dah terasa mesti smartnya camera keluaran dari Samsung ini. Saiz macam digital camera biasa but functionnya seolah-olah seperti DSLR.


Ok jom tengok apa lagi function yang ada ye. Aku cuma guna function yang aku tau dan guna je.




Lagi satu Camera WB 1507 ini mempunyai function untuk mengedit photo. Maknanya tak payahlah kita nak tansfer gambar ke PC then baru boleh edit. Tak payah! Dalam ni semua ada. Nak masukkan segala mak neda effect pun boleh, based on template yang telah pun di sediakan.













Cantik tak? Of courselah cantik kan. Dari satu gambar boleh gunakan banyak background. Jimat masa untuk editing, ye tak?


Lepas je edit, terus je upload kesemua gambar-gambar ni ke social media. Korang boleh upload ke Facebook ke Photo Bucket dan memacam lagi lah sebab camera ini ada function WiFi kan. 

Rasa-rasa cam nak angkat satu tak? Kalau nak, baguslah sebab harganya tak sampai RM1K pun. Sesuai untuk lifestyle blogger cam aku yang kaki event ni kan.


So sekian sahaja yang dapat aku review sebab part technical tu aku pun bukan pandai sangat, kang salah bagi info abis aku kena kejar dengan orang Samsung plak.

Untuk more details, log on to www.samsung.com.my segala mengenai Samsung Smart Camera WB 1507 ada kat sana ye.


Thursday, July 26, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @Serena Brasserie, InterContinental KL

Hi Korang,

Cerita pasal ramadhan buffet dinner lagi. Kali ni kita ke InterContinental  di Jalan Ampang KL. Aku rasa ramai yang tak perasan dengan kewujudan hotel ni kerana ianya telah ditukar nama dari Nikko Hotel ke InterContinental Kuala Lumpur.


Hah, mesti korang dah tau kat mana kan?



Bertemakan Berbuka Puasa 1 Malaysia bagi tahun ini pihak Intercontinental Hotel dengan barisan chef yang diketuai oleh Chef Jasmin yang mempunyai kepakaran dalam bidang kulinari masakan melayu,  menghidangkan 110 hidangan istimewa kepada para pelanggan yang berbuka puasa di Serena Brasserie ini.

Di antara menu yang disajikan terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, hidangan dari ‘Gerai Ala Kampung‘ dan hidangan pencuci mulut.























Pemanis mulut yanG sunGGuH menambat hati yan sedanG lapar ketika itu








Kesemuanya sangat menarik sehingga membuatkan aku tertarik untuk mencuba semua jenis makanan yang terhidang di buffet line ini.










Oh ye, lupa nak bagitau harga buffet ramadhan 2012 di Serena Brasserie ini seperti berikut,

Minggu pertama = RM99++ seorang

Minggu kedua dan ketiga = RM115++ seorang

Minggu keempat = RM99++ seorang

Untuk pembelian baucer berbuka puasa dengan hanya RM900 nett (Meja untuk 10 orang). Sila Hubungi di talian 03-2782 6228 atau email ke foodandbeverage@intercontinental-kl.com.my





Jom kita ke

Serena Brasserie
InterContinental KL
165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2782 6321



Anyway thanks to Michelle, Zoey, Kingson, Farisya the PR Team for Intercontinental KL yang sudi melayan kerenah kami bloggers ini.

Rasanya banyak juga aku cuba makanan kat sini tapi dengan kuantiti yang sket je lah, takut nanti tak boleh butang kain baju kurung raya plak. Kena jaga semua ni tau.