Showing posts with label Waste To Energy. Show all posts
Showing posts with label Waste To Energy. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

Kenali Teknologi WASTE TO ENERGY Dalam Proses Merawat Sampah-Sampah Nie

Hi Korang,



Ingat tak lagi citer aku pasal sampah yang terbiar lama hari tuh?



Mesti ada lagi yang blur-blur pasal Waste To Energy ni kan, so aku terangkan la sket ek. 


Untuk makluman semua, teknologi WtE adalah satu bentuk pemulihan tenaga di samping kemudahan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat sisa, di mana tenaga elektrik dan haba, mahupun komoditi bahan api seperti diesel akan dihasilkan. Berbanding dengan menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan atau insinerator untuk dimusnahkan begitu sahaja, teknologi seumpama mampu mengubah dan memanfaatkan bahan buangan itu yang pada asalnya beban kemudian dirawat dan dijadikan aset, dan sekali gus menyumbang kepada pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar serta kesihatan.

Kerajaan bercadang untuk membina Loji Waste to Energy yang menggunakan teknologi terkini dan terbukti sebagai salah satu penyelesaian dalam merawat sisa pepejal di Malaysia. 

Loji Waste to Energy (WtE) vs Tapak Pelupusan

Ini kerana teknologi WTE tidak akan mengeluarkan sebarang masalah pencemaran bau, bahkan hasil pemprosesan sisa pepejal ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan untuk manusia.


Di antara kebaikan teknologi Waste To Energy ini adalah :
(disebabkan aku dapat info daripada google, so aku tak translate lar takut nanti lain maknanya plak ek)

1. Waste to Energy facilities generate power in the form of electricity or steam. 
The Huntsville Waste to Energy facility can deliver up to 400,000 lbs/hour of uninterruptible steam to the U. S. Army’s Redstone Arsenal. Efforts are being made to assist Redstone in becoming “energy independent.” Using on-site energy sources would enhance Redstone’s energy security.

2. Waste to Energy is a Net Greenhouse Gas Reducer. 
Methane is a greenhouse gas which is mostly emitted from decomposing waste in U. S. landfills. It has more than 20 times the potency of carbon dioxide and is ranked as a dangerous contributor to climate change. Waste to energy facilities avoid the production of methane while producing almost ten times more electricity from each ton of waste compared to landfills. And, waste to energy facilities are the only solid waste disposal option with state-of-the-art air pollution control technology.

3. Landfill usage and landfill expansions greatly reduced
Waste to energy facilities typically reduce waste volumes by 90%. Fewer and smaller landfills are needed to process ash and this protects a valuable natural resource – land.

4. Trucking of waste long distances can be greatly reduced.
With a waste to energy facility in a community, shorter trucking distances result in less air pollution, less truck traffic. Large regional landfills are often located long distances from the communities using them.

5. Tipping fees remain in the community where the waste is generated. 
Large regional landfills are usually privately owned and their revenues often do not remain in the communities generating the waste but waste to energy facility revenues largely remain in the community. Tipping fees at regional landfills are based on levels of competition from other regional landfills and may not be related to the cost of disposal. Because of long term contracts and a fixed debt repayment structure, waste to energy facilities offer stable tipping fees for municipal waste. Large regional landfills, usually privately owned, compete with other landfills for waste and the tipping fees can be unpredictable.

6. The economy of the community is enhanced. 
According to the Energy Recovery Council, the average waste to energy facility in the US is responsible for the creation of 58 full time jobs. Generally, these are salaried, skilled positions with relatively high pay. And, these jobs have at least a 40 year projected life.

Ok boleh paham sesket kan.

Kalau tak sure lagi, amik kamus dan cari makna perkataan-perkataan tu ek.



        even Astro Awani pun ada buat liputan mengenai Loji Waste To Energy ni ek



Bagus kan dengan adanya Loji Waste To Energy ni kan, sesuatu yang elok di masa hadapan untuk generasi akan datang ye tak?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer jugak di website berikut




hah memacam info lagi yang korang boleh baca untuk tambahkan pengetahuan tentang teknologi Waste To Energy ni ek.

Ada info sket untuk pengetahuan korang ek


NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTANAH) 
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut: Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong sampah beroda yang telah dibekalkan; dan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tong pada hari kutipan yang telah ditetapkan mengikut kategori berikut: Plastik; Kertas; dan Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik) Bungkusan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula yang bercampur dengan sisa baki akan ditanda dengan pelekat khas berwarna merah dan tidak akan dikutip oleh syarikat konsesi. Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan berikut akan diambil: Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016; 
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016: 
Bagi kesalahan pertama – RM50.00; Bagi kesalahan kedua – RM100.00; dan Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00. Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.


NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT) 
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut: Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut: Plastik; Kertas; dan Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik) Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil: Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016; 
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016: 
Bagi kesalahan pertama – RM100.00; Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00. Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

#asingkan
#wastetoenergy
#blooggersmedia


Friday, December 4, 2015

Apa Jadi Kalau Sampah Tidak Di Proses Di Muka Bumi Ini

Hi Korang,

Aku kan suka fikir menda-menda yang pelik-pelik sket ni.

Yelah suker fikir kenapa orang pakai jaket motor terbalik bila bawak motor, kenape still lapar walaupun dah kenyang, camne boleh kita boleh kentut dan memacam yang merapu lagi kan.


Hahahahhaaha bengong dia ni.


Hari tu masa aku nak kuar rumah nak pi cari makan, tup-tup boleh jem plak depan gate beso ni. La ada 2 lori sampah tengah duk sibuk buat kerja mengangkat sampah-sarap ktorang yang duduk rumah burung merpati ni. Sekejapan je diorang buat keje, maybe dah expert kan. Maklumlah bertahun buat kerja.

sumber:google.com
nampak lori sampah terbalik, banyak sangatlah tu kan...ishk ishk

Terus aku terfikir camnelah proses pembersihan sampah ni di lakukan ek. Tak kan campak je kat tempat sampah dan tinggalkan begitu je, gilerlah kalau cam tu kan

Balik je daripada makan, terus aku on laptop dan google pasal cara pelupusan sampah ni. 


Gituh rupanya. Ok ok baru paham sket.

Abis takkan tinggal begitu je sampah tu kat tapak pelupusan? Biar benerr.. kang sampah lagi tinggi daripada umah aku ek. 

So google lagi..



Aku terjumpa pulak mengenai kaedah pelupusan dan teknologi rawatan terkini iaitu Waste To Energy. Ianya merupakan loji pelupusan yang menggunakan teknologi terkini dan terbukti sebagai salah satu penyelesaian untuk merawat sisa pepejal bagi menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api bagi kenderaan (contohnya diesel)

Antara jenis-jenis loji yang merujuk kepada Waste To Energy seperti Insinerator, Anaerobic Digester, Gassification, Plasma dan lain-lain lagi. Mak datuk makin complicated pulak kan. Ermm sambung baca lagilah untuk lebih pemahaman kan.

Cam nie cam nie, kira cam kita bukak kilang untuk proses semua sampah-sampah ni kan. 

Tengok ni,

Spittelau incineration plant is one of several plants that provide district heating in Vienna.

Sweden's waste incineration plants generate 20 percent of Sweden’s district heating. (Photo by Vattenfall via Flickr CC.)

A waste-to-energy plant in Germany. By Norbert Nagel (Own work)

Gambar-gambar kilang ni merupakan Loji Waste To Energy di luar negara. Wah kemain cantik lagi ek. Location kat dalam bandar pun ada. Nampak siap ada lukisan mural bagai ek. 


Wei jangan ingat oversea je ada Kilang Waste To Energy ni, negara kita Malaysia tanahairku yang tercinta pun ada jugak tapi Loji Rawatan Termal Mini jelah yang terletak di Cameron Highland. Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman. 

Dan kini, aku baca lagi ni.



Ada cadangan tapak projek bagi pembinaan Loji Waste To Energy di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kuala Lumpur. Belum siap lagi, baru tapak pembinaan sajor. 

Ermm nantilah kalau ada kelapangan aku nak pi tengok jugak cam no rupa tempat tu ek. 

Tapi kenapa pilih tempat ni?

Cam ni citernya. Dalam pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efektif, prinsip ‘proximity’ adalah sangat penting untuk meminimakan kis dan impak kepada alam sekitar. Menurut ‘Proximate Principle’, sisa perlu dirawat di dalam kawasan penghasilan sisa pepejal. Dalam erti kata lain, bahan buangan yang dihasilkan dari Kuala Lumpur perlu di rawat di Kuala Lumpur. 

Mesti ramai yang cuak tentang kewujudan Loji Waste To Energy di tengah bandar ni kan sebab takut timbul pelbagai masalah kesihatan, ekonomi dan memacam lagi kan. Jangan bimbang, pihak kerajaan especially Jabatan Kesihatan Alam Sekitar tahu apa yang boleh dan apa yang tidak. Kalau tak camne boleh dapat kelulusan untuk buat loji ni kan. 

Penat plak aku rasa membebel pasal sampah ni kan.

sumber:google.com

Bukan apa, kita ni kalau buat sampah bukan main senang cuba kalau kena kutip sampah kemain malas memasing kan. Alah tak yah cakap orang, aku sendiri pun ada perangai cam tu gak terutama sekali sampah yang bukan aku buang. So sikap-sikap cam ni lah yang perlu di perbaiki demi menyelamatkan bumi kita ni. 

sumber :google.com

Tup-tup rasa cam professor plak kan citer pasal info sebegini, ada aku kisah. Yang penting korang baca dan tambah ilmu, mana tau ada pulak tapak Loji Waste To Energy ni nak bukak kat tempat korang, at least korang dah tau serba sedikit..

Dah start belajar asingkan sampah ek!