Hi Korang,
Ermm baru ada masa nak tulis pasal event ni.
As usual, busy tahap cipan wokeh. Ada je keje nak buat setiap masa, even kekadang dalam kereta pun boleh sempat reply email time jem-jem.
Dapat jugak aku attend Majlis Blogger Award 2014 ni, setelah 2-3 kali di tukar tarikh kan. Sebab dah biasa dengan Wangsa Walk shopping mall, so aku sampai memang on time gituh. Agak jem teruk gak nak sampai ke sini dari Sri Kembangan.
inilah Halim Brothers, tak reti duk diam bila bercakap. payah nak amik gambo budak nilah
Ms Jackie, wakil dari Pak John steamboat
Anugerah ini juga di anjurkan bersama dengan komuniti Hai Blogger dalam facebook. Terima kasih kepada Halim Brothers dan juga Pak John Steamboat kerana majlis anugerah yg cukup bermakna ini buat blogger-blogger picisan cam aku ni.
blogger Sohoque, wah dah jadi food icon blogger ek
Malam anugerah tersebut menghargai lebih dari 22 org blogger yg telah lama berada dalam dunia blogger di Malaysia. Majlis juga turut di meriahkan oleh Vlogger yg hebat dan juga Blogger Ikon dalam dunia makanan, sapa lagi kalau bukan saudara Sohoque dari blog Explorasa.my. Di antara Vlogger yg hadir seperti Azfar dari CubaTry Channel danShazreen Fazlynda juga Vlogger yg hebat. Aku memang layan video youtube diorang ni semua, kelakar abis.
Ermm mehlah kita intai sket menu apa yang dihidangkan pada malam tuh?
Of courselah steamboat dan BBQ grill kan, mau citer apa lagi.
sup udang
smoked duck
Tapi yang special di Pak John Steamboat di Wangsa Walk ni adalah mereka menghidangkannya secara ala-carte. Korang just pilih je apa yang ada dalam menu then terus je diorang hantar kat meja korang. Ktorang dihidangkan dengan 2 jenis sup special malam tuh iaitu Sup Udang dan Sup Kari.
mak pun dapat award gak tau
Malam majlis Blogger Award 2014 menganugerahkan kepada 3 Top Food Review dan juga menganugerahkan sijil perhargaan kepada barisan blogger yg terlibat seramai 22 org semuanya.
So 3 top winner pada malam tu adalah
Grand Prize – Blogger Nadia Johari
2nd Place – Blogger Ellie Toh
3rd Place – Blogger Maha Mahu
Apa pun terima kasih aku nak ucapkan kepada Pak John Steamboat dan juga Hai Blogger menganjurkan majlis anugerah dan penghargaan blogger yg cukup bermakna ni. Bukan setakat dpat makan tapi dapat juga sijil penghargaan dan anugerah daripadaPak John Steamboat. Moga lepas ni akan ada lagi restoran atau mana2 pihak yg akan menghargai blogger lebih daripada apa yg mereka dapat.
Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan awal boleh menghubungi talian 03-4141 8898 ini.
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898
Facebook : Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Website : www.pakjohn.com
Yeah, rasa tak puas lagi makan steamboat ni. Rasanya nak repeat lagi makan kat sini. Sapa mau join ek..
Video daripada www.kaiostudio.com
Gambar daripada www.mohdrasul.com