Hi Korang,
Even masa kak lily menaip hari tuh pun, still terbayang-bayang lagi tau betapa bestnya bila memandu si Tiguan ni, gaya orang have-have gituh kan
Bayangkan kalau kak lily mampu nak beli sebijik Volkswagen Tiguan ni kann hehehehhe dunia ini ana yang punya lah… kalau lah….
Selain daripada ketelusan enjin, keluasan dan kecanggihan interior dalam, apa yang menyebabkan kak lily suka benar dengan kereta SUV ni adalah:
Keluasan Bonet Belakang
Jika SUV je mesti korang akan ingat bonetnya kecil ada cuma sedikit je ruangan, ermm korang silap ye. Volkswagen Tiguan mempunyai bonet belakang yang besar, even kalau seat belakang di lipat kehadapan kita boleh masukkan rak buku di selalu orang beli di Ikea tuh ek. Kak lily banyak bawak barang hari tuh, just campak-campak tak susun pun tapi masih ada lagi ruangan untuk meletak barangan.
Aspek Keselamatan Yang Tepat Dan Jitu
Ada lebih 6 sensor camera yang di pasang di Volkswagen Tiguan ni, jadi bila mana ada kereta yang terlalu rapat di sekeliling kita, secara automatik sensor safetynya akan ditunjukkan di screen hadapan berserta dengan bunyi tanda amaran. So kita pun tak delah tak perasan, sebab semua tanda-tanda telah pun di beritahu. Even bila kita nak reserve pun, ada disediakan kamera belakang.
Keselesaan Penumpang Belakang
luas bebenau belakang ni, ada tempat letak air dan meja flight tuh ek
macam dalam flight kan hehehhe
Selalunya orang yang duduk di bahagian hadapan dan bersebelahan pemandu sangat untung kerana air con dekat, boleh control radio dan pemandangan luas. Tapi bagaimana dengan penumpang di bahagian belakang? Biasanya segalanya terhalang, tak nampak depan, tak sejuk dan memacam lagi, pendek kata kurang selesa cam tuh lah. Tapi di Tiguan itu tidak betul ek. Penumpang belakang mempunyai saluran air con yang tersendiri malah ianya di kawal sendiri tanpa mengganggu orang lain. Malah terdapat meja kecil ala-ala macam di dalam kapal terbang untuk penumpang belakang selesa untuk makan mahupun meletakkan ipad atau buku bagi memudahkan mereka. Ermm kira seronok lah penumpang belakang Tiguan ek.
Panjang lebar pulak kak lily bercerita ek…
Untuk pengetahuan korang yang Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mempunyai banyak tawaran istimewa untuk membuatkan musim perayaan yang bakal tiba lebih meriah menerusi kempen Volkswagen 'Fuel Up Your Gaya'.
Volkswagen akan membantu menyerlahkan gaya korang pada musim perayaan kali ini dengan memberikan Kad Petrol bernilai RM1,188 ke atas semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang sehingga 30Jun 2018.
Sini kak lily tunjukkan korang kadar penjimatan hebat keatas model-model Volkswagen yang terpilih sehingga stok masih ada
Bermula 1 Januari 2018, semua kereta Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Jadi, para pelanggan tidak perlu bimbang dengan kos penyelenggaraan untuk tiga tahun pertama atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu).
Penjimatan lebih lanjut dengan 0% GST bermula 1 Jun 2018 dan seterusnya.
*Harga baru akan terus berkuat kuasa, sementara menunggu pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Kerajaan.
So korang rasa cam ne sekarang, boleh meet the budget ke? Hehehhehe
Kalau ye jom lekas-lekas kemana-mana showroom Volkswagen untuk pandu uji kereta idaman korang. Mana tau melekat dan terus terpikat dan angkat terus kan hehhehe