Showing posts with label Volkswagen Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Volkswagen Malaysia. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Malaysian Volkswagen Bettle Club

Hi Korang,

Volkswagen Malaysia meraikan pelancaran model Beetle Club dalam satu parti eksklusif ‘Welcome to the Beetle Club’. Sebelum ini, para peminatnya berpeluang melihat Beetle edisi khas itu pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2015.


Beetle Club memang menyerlah dari segi penampilannya. Daripada rim aloi Ravenna bersaiz 17 inci sehinggalah pelekat dengan tulisan ‘Club’ dan kemasan sisi bersama garis berwarna krom, model ini sememangnya bergaya. Pada ruang kabin, para peminat fesyen pasti gembira dengan jahitan berwarna oren (Calypso Orange), fabrik tempat duduk ‘Club’ yang eksklusif dan stereng dengan perkataan ‘Club’. 


Mengulas mengenai pelancaran Beetle Club, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller berkata, “Sejak ia berada di pasaran Malaysia 60 tahun lalu, Volkswagen Beetle berjaya mengekalkan reputasinya sebagai sebuah kereta ikonik. Kami akan terus mengujakan para peminat dengan membawakan model-model edisi terhad seperti ini kepada mereka.”


Beetle Club yang didatangkan dalam warna oren (Habanero Orange) ini boleh didapati pada harga RM152,888 seunit, terhad kepada 50 unit sahaja di Malaysia.


Turut dipamerkan di majlis yang sama ialah Jetta Club yang telah dilancarkan pada Mei lalu. Model ini dilengkapi sebuah unit utama multimedia dengan navigasi dan filem tinted, kini ditawarkan pada harga RM122,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my


Tuesday, August 18, 2015

Volkwagen Malaysia & Alia Bastamam untuk acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015

Hi Korang,

Eventho tak dapat pi KL Fashion Week tahun ni sebab outstation tapi tetap gak nak update pasal event yang best awesome ni kan..


Volkswagen Malaysia berhubung dengan para peminat fesyen menerusi kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam pada acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015 (KLFW RTW 2015).

Kerjasama ini menandakan penyertaan Volkswagen ke dalam dunia fesyen. Ia nyata serasi dengan DNA jenama tersebut yang memang terkenal menerusi reka bentuk yang tidak ditelan zaman dan memiliki prestasi terbaik. “Sejak bertahun-tahun lamanya, KLFW RTW telah terbukti menjadi satu platform yang hebat untuk menyerlahkan kreativiti dan kepintaran. Kami amat teruja untuk menjadi Penaja Kereta Rasmi pada tahun ini. Bagi meraikan debut tersebut, kami mempamerkan sebahagian daripada reka bentuk ikonik kami seperti Beetle, Golf R dan CC," kata Pengarah Pemasaran Volkswagen Group Malaysia, Martina Berg. 


Bukan itu sahaja, para peminat Beetle yang ikonik itu turut berpeluang melihat prebiu awal model Beetle Club berwarna oren (Habanero Orange) yang dipamerkan di pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur sepanjang acara KL Fashion Week berlangsung. 

Mengulas mengenai kolaborasi dengan Alia Bastamam, Berg berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa Alia merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang paling terkenal. Komitmen beliau terhadap rekaan yang tidak ditelan zaman dan kemas sangat sesuai dengan falsafah kami. Kami cukup teruja untuk memperkenalkan rekaan musim Bunga/Panas 2016 secara eksklusif di pentas peragaan Volkswagen Fashion Night with Alia Bastamam."

“Saya rasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan satu jenama ikonik yang cukup saya kagumi. Memang hebat rasanya apabila kami berkongsi banyak persamaan yang mengujakan," kata Alia. 

Dalam musim-musim sebelum ini, koleksi Alia lebih terarah kepada rekaan busana malam yang menggabungkan elemen glamor bersama fabrikasi yang kaya, labuci, renda dan hiasan-hiasan jahitan tangan. Untuk musim Bunga/Panas 2016 pula, Alia tidak lagi menggunakan konsep mewah, tetapi tampil dengan rekaan lebih ringkas. Alia kembali dengan rekaan ringan yang memberi inspirasi kepada beliau untuk memulakan labelnya apabila tampil bersama koleksi Resort pada tahun 2011. 

“Segar dan penuh harapan adalah apa yang saya mahu pada koleksi ini. Saya ingin mengembalikan kemudahan dan keselesaan kepada para pelangan kerana itulah yang membawa saya ke dalam industri ini pada asalnya – untuk mereka dan menghasilkan rekaan yang saya sendiri mahu memakainya," kata Alia.
 

Palet warna yang lebih ringan terserlah pada mood koleksi musim Bunga/Panas 2016 di mana aspek ‘ringan dan terang’ menjadi kata kuncinya. Untuk fabrik dan hiasan yang mewah, Alia menjadikannya sebagai koleksi Alia B. Koleksi Alia Bastamam dilihat lebih menarik kepada semua golongan wanita. Fabrik berlisu menjadi poin penting pada rekaan terbaharu Alia Bastamam – ia bermain dengan tona-tona pastel mentega dan ungu lembut. Siluet longgar dan perincian memberikan rekaan yang memiliki sedikit unsur bohemian ini tampak lebih bebas. 

Koleksi musim Bunga/Panas 2016 merupakan koleksi ke-16 dan ke-17 Alia dalam masa lima tahun. Bagi meraikan lima tahun ini, kini ditampilkan koleksi yang dekat di hati Volkswagen; memberikan gelombang positif yang sebelum ini dikaburi oleh elemen ultra-glamor. 

Semua kasut untuk acara ini direka khas oleh Lewre Bespoke.

Sunday, July 5, 2015

Kereta Volkswagen Baru Di Hari Raya Ni... ermmm...

Hi Korang,

Ermm kereta baru di hari raya ermmm (garu-garu kepala sekejap kan)


Dahlah tak de bayaran muka dan sifar kadar faedah dengan Volkswagen ermmm wow wow boleh di fikirkan lagi ni..

Hari Raya menjelang tiba, justeru, Volkswagen Malaysia hari ini melancarkan kempen Hari Raya - 0 bayaran muka dan 0 kadar faedah.




Menerusi tawaran ini, syarikat automotif Jerman tersebut menjadikan model-model terlarisnya - Polo, Polo Sedan, Jetta, Golf, Passat dan Tiguan - lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia. Para peminat Volkswagen kini boleh membeli sebuah kenderaan Volkswagen dengan 0 bayaran muka dan 0 kadar faedah, penjimatan sehingga RM48, 000.


Polo yang telah menerima penambahbaikan baru-baru ini sudah boleh didapati di semua pengedar Volkswagen mulai awal Mei 2015. Versi baharu itu menampilkan perubahan kosmetik. Ini termasuklah satu garis krom penuh gaya pada bahagian atas gril. Rekaan lampu yang kemas dan reflektor pada bampar belakang pula nyata meningkatkan aspek keselamatan. Manakala bahagian luarannya menyerlah dengan mesh horizontal bersama garis krom pada bawah grilnya. Ruang kabin Polo yang telah ditambah baik ini juga menerima dua bentuk perubahan. Ia melibatkan satu garis berwarna perak yang melengkapkan penampilan konsol tengah. Stereng dan kluster meter pula hadir dengan rekaan yang lebih bergaya, mudah dan selesa untuk digunakan.


Berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, "Hari Raya merupakan musim perayaan yang paling diraikan oleh umat Islam dan juga umat agama yang lain di Malaysia kerana ia merupakan musim perayaan di mana orang ramai akan pulang ke kampung halaman untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kempen ini bermatlamat menjadikan jenama ini lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia yang mahukan prestasi yang mampu ditawarkan oleh kenderaan kami.

"Bersama-sama rakyat Malaysia, kami ingin membantu menjadikan perjalanan pulang ke kampung sebagai satu pengalaman yang hebat."


Aspek keselamatan amat penting buat kenderaan Volkswagen. Semua enam model yang terlibat dalam kempen ini memiliki ciri keselamatan terbaik. Jetta, Passat dan Tiguan misalnya menawarkan aspek keselamatan luar biasa dengan enam beg udara. Kenderaan Volkswagen juga dilengkapi cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), sistem brek anti kunci (ABS), kawalan jarak parkir dan peranti elektronik yang mampu melumpuhkan enjin kenderaan. Semua ciri ini pasti memberi ketenangan minda kepada pemandu dan dan penumpang.


Tiguan hadir bersama sistem pengesan keletihan/mengantuk yang akan memberi amaran sekiranya mendapati pemandu sedang mengantuk. Ia turut didatangkan dengan Electronic Stability Control (ESC) yang dicipta untuk menghalang berlakunya masalah understeer atau oversteer sewaktu mengambil selekoh. 







Kempen sifar bayaran muka dan kadar faedah ini berlangsung di semua pengedar Volkswagen di Malaysia mulai 1Jun hingga 31 Julai 2015. Pelanggan yang menempah kenderaan pada Karnival Jualan Volkswagen yang diadakan selama tiga hari mulai 12 hingga 14 Jun 2014 di Setia City Mall bakal menerima baucar petrol bernilai RM500 secara percuma.


Promosi pembiayaan tanpa faedah boleh didapati menerusi lima bank yang mengambil bahagian - Affin Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Thursday, July 10, 2014

Buka Puasa Bersama Volkswagen Malaysia

Hi Korang,

Minggu ni banyak betul buka puasa kat luar.

Inilah orang media, sana sini ada je jemputan makan dengan client. Nak tak nak, aku bawaklah Mr Big kan sebagai peneman. Kurang-kurang ada teman nak drive balik memalam kan.


Ktorang dapat jemputan ke buka puasa media anjuran Volkswagen Malaysia. Alah dekat ALOFT Hotel di KL Sentral ni je. Disebabkan ktorang sampai lambat so dapat seat belakang-belakang jawabnya.

Nak ambil gambar makanan buffet pun tak sempat coz media briefing dah start kan.



Ok dengar jelah bos besar Volkswagen citer ek. Banyak gak info yang aku dapat tau ni. 

Its time to buka puasa.

Laksa Sarawak - awesome, sedap

Satay, sotong bakar, lemang - simple je kan

Ini je yang sempat aku snap gambar coz sibuk makan kan. Alah aku kan dah biasa pi makan kat sini so not badlah makanannya.


Anyway terima kasih kat Volkswagen atas jemputan buka puasa media ni. Hopefully nanti kalau ada event ke launching ke, roadtrip ke sila lah jemput aku ek

Hehehhehe…