Showing posts with label Vila Manja Spa. Show all posts
Showing posts with label Vila Manja Spa. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Shokubutsu SPA Day Out

Hi Korang,

Masa cuti Hari Agung hari tuh, tak jugak aku melekat kat umah.

Bekerja lagi ye untuk blog.

Tapi yang ni best sket coz nama je bekerja tapi berleisure sebenarnya hahahahaha

gedik benau aku pegang bunga, bunga lily tak do ke




Aku dapat jemputan ke Shokubutsu SPA Day Out di Vila Manja, Jalan Damai Ampang. Bukan aku je, ada blogger lagi gak macam mamasan Tammy, Innanie, Sabrina dan K Adib Lawyer sempena meraikan pemenang pemenang peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang pernah dijalankan dengan kerjasama Majalah Penerbitan Kumpulan Karangkraf, MIDI dan Seri Dewi Keluarga di sekitar awal tahun ni. Dengan kakak-kakak wokeh.



inilah para pemenang ye.. diorang ni sangat cool sungguh...

Rupanya para pemenang ni mendapat hadiah yang cukup special tajaan Vila Manja iaitu Pakej Spa yang merangkumi sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation yang menggunakan siri mandian dunia terkemuka Shokubutsu dan seluruh pakej bernilai RM599 di Vila Manja Spa ni. Haruslah seronok yang amat 


Sebelum tu ada kata-kata aluan dari Farah selaku PR bagi produk Shokubutsu "World Famous Bathing Series" ni. 




Di ikuti pula dengan sedikit speech daripada bos besar Shokubutsu Malaysia dan seterusnya merasmikan majlis yang special ni. Cakap melayu wokeh, ko mampu hehehe. Sangat melayu baku tapi ktorang ok je.


Ktorang di bahagikan kepada 2 group sebab tak muat reramai nak berspa kan, lagipun kakak tukang urut tu bukanlah ramai so ikut turn lah. 


Aku, innanie dan sab dalam group 2 so ktorang kena tunggu dulu. Sementara tunggu tuh, ada disediakan game untuk ktorang hiburkan hati. Mengah-mengah gaklah gak lah cangkung duduk nak siapkan jigsaw puzzle dan main brainy game tu kan.. 


Abis game cepat so dapat rehat-rehatkan diri kat ruangan menunggu tuh, sempatlah baring-baring. Maklumlah baru lepas pekena light lunch je coz nak urut-urut mana boleh makan banyak, kang kuar semua apa yang masuk tadi.

Ok its SPA time..

Ktorang dapat merasai sendiri sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation dengan produk mandian "World Famous Bathing Series" dari Shokubutsu ni. 

Ok sedikit info aku citer mengenai Variasi produk mandian "World Famous Bathing Series"


Ohsen Therapy (purple) ramuan istimewanya Mineral Ohsen dan Hinoki Cypress dan kebaikkannya adalah untuk mengembalikan tenaga melalui kekayaan kandungan mineral kolam air panas. Hinoki Cypress pula merupakan pohon yang biasa digunakan dalam penghasilan kolam mandi air panas di Jepun yang berupaya melegakan tekanan harian dan membantu pernafasan


Balinese Escape (hijau) yang mana ramuan istimewanya adalah frangipani dan sweet basli. Dua bahan ini dapat merannsangkan dan aroma terapinya yang hebat untuk menyerlahkan lagi kecantikan luaran di samping memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang sepenuhnya


Oriental Charm (merah) yang mana mengandungi orange peel dan goji yang mana fungsinya dapat melegakan dan menyegarkan. Ianya juga membantu anti penuaan.



Ada pilihan pek 3 saiz
pek botol 220 ml - RM6.50 
pek isian 500 ml - RM7.95
pek botol 650 ml - RM14.90

Masa mandi tuh, aku cuba kesemua varian ni. Yang aku pilih adalah Oriental Charm erm sangat memikat hati baunya. Tapi ramai yang prefer Balinese Escape coz baunya ala-ala cam mandi lulur.

kakak therapist yang awesome, kak tolong simpan rahsia saya tau... huhuhuhu..

Lega ko bila dapat berurut satu badan. Kakak yang urut aku tuh, cakap badan aku banyak angin dan urat kaki pun masuk angin gak. Mana taknya, ke sana ke sini merayap pi event kan.


Selesai kedua-dua group berspa dan main game, tibalah masanya untuk penyampaian hadiah. Alhamdulillah, group kitaorang menang jugaklah beberapa hadiah. So bukak hamper, bahagi sama rata kan barulah adil.

Sangat-sangat seronok baru kenal dengan kengkawan baru.


Terima kasih Shokubutsu Malaysia for this special invite. Best sungguh dapat merasai pengalaman spa di Vila Manja. Urat-urat badan kembali normal tau.


Korang kalau nak tau lebih lanjut pada produk Shokubutsu "World Famous Bathing Series" dan juga produk lain, meh layari ke Fanpage Shokubutsu Malaysia ye..

Ok jom pi mandi ek..




Wednesday, December 4, 2013

Kinohimitsu LUAU Party Di Vila Manja Spa

Hi Korang,

Aku memang suka join event dengan The Butterfly Project ni sebab semuanya ladies blogger ye yang hadir. Kira barulah seronok berjimba kan. Tanpa batasan kiranya hahahahhaha


Kali ni ktorang berpeluang untuk berparti bertemakan Hawaiian Tropical.

Seronoklah memasing, dalam whatsApp group citer pasal apa nak pakai kan. Best ooo



Pada hari tu aku agak awal sampai, so apa lagi bercamwhore bagi di Vila Manja Spa ni. First time aku ke sini. Cantik tempatnya, tenang je bila naik kat tingkat atas tempat ni. Ok back to citer ye.

urut badan dulu ek, adui sakit kak oit... huhuhuhu




Masa registration time, ktorang diberikan kad aktiviti dan juga sekalung bunga untuk party ni. Tak sabar nak beraktivitilah. So kad aktiviti tu nanti boleh redeem goodies bag, lepak kat bar, main spinning wheel dan ada lagi lah.

kami satu team!

suker-suker je join sesiapa bergambar


amik gambo lagi kan

Sementara nak tunggu beauty bloggers yang belum sampai lagi, maklumlah petang tu hujan. Ktorang duk berposing dekat 123cheese photo booth. Best betul. Posinglah seberapa banyak yang mungkin, tak sampai 5 minit gambar pun siap. Instant sungguh! dan cantik plak tuh.

mamasan Tammy dan pengikut setianya Illy


Pada malam tuh, ktorang di perkenalkan dengan produk Kinohimitsu yang terbaru iaitu Kinohimitsu J'pan Bio-Booster. Ia merupakan gabungan simbiotik organik yang pertama dan hanya yang meningkatkan pertumbuhan badan kita untuk menyerap nutrien dengan lebih daripada 2 kali. Ia adalah kuasa penuh dengan gabungan eksklusif berprestasi tinggi pro Antibiotik, pra Antibiotik dan vitamin yang memberi kuasa kepada kita untuk mendapatkan nutrien dan faedah daripada makanan dan makanan tambahan untuk keputusan yang lebih baik dan lebih cepat.


So apa yang Bio Booster boleh lakukan ek?

Ok nak citer lah ni, penghadaman yang baik dan penyerapan adalah penting dan kritikal untuk membantu kita semua ni kekal muda dan sihat. Makanan perlu betul-betul dipecahkan, supaya badan boleh menyerap dan menggunakan nutrien dengan berkesan. Makanan yang dihadam secara separuh je boleh mengakibatkan badan kurang sihat dan akan memberi kesan kepada kualiti kesihatan, kecergasan dan kecantikan.

Jadi Kinohimitsu J'pan Bio-Booster membantu untuk menambah bakteria baik, memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien, meningkatkan sistem imun dan membersihkan bakteria berbahaya dan toksin.



Sambil dengar briefing mengenai produk ni, ada jugak games bagi nak bagi faham apa itu Kinohimitsu J'pan Bio-Booster ni. Seronok wei. Kelakar sangat



Ada lagi ni, 

Kinohimitsu J'pan Bio-Booster juga disyorkan bagi mereka yang berterusan sembelit / cirit-birit, usus bocor dan mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah. Ia mempunyai teknologi mikro-pengkapsulan tiga lapis yang membantu memulihkan flora usus yang sihat dan melindungi bakteria baik. Sama seperti ayak dengan lubang yang rosak, ia tidak dapat pecahan barangan yang lebih besar; barang-barang buruk dan baik lalu cam tu je. Sama seperti usus, jika ia boleh terus memecahkan makanan separuh dan dihadamkan, ia akan membantu dalam sintesis tenaga mempromosikan Vitamin B.



Inilah dia testimoni dari pelanggan setia Kinohimitsu Mereka telah mengamalkan produk Kinohimitsu untuk tempoh masa yang panjang, seperti J’pan UV-Bright Drink, J’pan Collagen Diamond 5300 Drink, J’pan Collagen Men Drink and many more.


Ok makan time, lepas hujan ni semua lapar. So angkut semua makanan dan terus masuk ke Vila Manja. Dapat makan reramai ni dah macam kenduri plak kan.






Abis je makan apa lagi, its time to beraktiviti. Lepas redeem goodies tu, pi lah main spinning wheel, kemudian lepak kat bar minum air Kinohimitsu sambil makan cup cakes. Apa, makan lagi, itulah kamus harian Cik Lily kan.




Event di akhiri dengan prize giving. Alah masa time event ni kan ada banyak contest berlangsung hah time ni nak bagi hadiah kat depa. Aku tak de menang apa pun, alah sekadar nak having fun je dengan diorang ni.


Anyway terima kasih pada The Butterfly Project dan Kinohimitsu for this special party. Tak dapat pakai tali rafia skirt dapat kalung bunga pun jadilah kan.


Balik-balik terus tengok goodies, wow wee dapat produk kesihatan lagi. Haruslah tak sabar nak cuba. Excited ni tau.