Showing posts with label Vermillion Essence Mist. Show all posts
Showing posts with label Vermillion Essence Mist. Show all posts

Saturday, June 4, 2016

VERMILLION ESSENCE MIST Produk Kecantikan Dari EZZATY ABDULLAH Dan AZWAN KOMBOS

Hi Korang,

Last week aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan keluaran pelakon si cantik manis Ezzaty Abdullah bersama tunangnya pelakon Azwan Kombos bertempat di Flora Terrence Café.


Majlis pelancaran ini di hadiri oleh ahli keluarga mereka yang terdekat di samping rakan-rakan artis yang sudi memberi sokongan kepada projek sulong mereka ini.

Vermillion Essense Mist merupakan sejenis produk anti penuaan yang mampu menghilangkan kedutan di wajah sekaligus menegang dan menganjalkan kulit. Selain itu, produk istimewa ini dapat memberi kesan pantas seawal semburan pertama.


Kandungan utama Vermillion Essence Mist ini adalah daripada buah Kigelia African Extract. Ia merupakan sejenis buah-buahan yang hanya terdapat di Afrika dan berbentuk seperti sosej. Buah ini turut bertindak sebagai ejen penyembuh kesan luka akibat terbakar.


Menurut Ezzaty, inisiatif untuk mengeluarkan produk kecantikan ini kerana merupakan satu impiannya serius berada dalam bidang perniagaan kosmetik. Katanya, dia secara tidak langsung mahu membantu para wanita dan lelaki untuk menjadi lebih cantik dan kacak tanpa perlu kosmetik yang belum pasti tahap keselamatannya. 

"Saya teruja menceburkan diri dalam bisnes ini lebih-lebih lagi ia merupakan produk pertama di Malaysia. Daripada kecil memang cita-cita saya ingin mempunyai perniagaan sendiri. Saya pernah mempunyai beberapa bisnes sebelum ini tetapi gagal kerana kurang fokus, kali ini saya betul-betul serius". 


Tambah Ezzaty, ramai yang tidak ambil peduli tentang penjagaan kulit terutamanya yang bebas daripada kesan jangka panjang. Vermillion merupakan produk terbaik yang membantu kulit lebih muda dan tegang dengan pantas serta tiada kesan sampingan.

Sementara itu, Azwan Kombos berkata, impian untuk melancarkan produk ini diibaratkan seperti angan-angan menjadi nyata. 


“Sejak menceburkan diri dalam perniagaan, banyak peluang dan ruang yang saya nampak di depan mata saya. Malah, idea untuk menubuhkan syarikat bersama Ezzaty Abdullah merupakan salah satu punca pendapatan kami. Produk ini bukan sekadar trend semata-mata, ia adalah satu bentuk inisiatif yang perlu dilakukan ketika masih muda. Yang penting, saya pasti Vermillion dapat membantu ramai masyarakat khususnya wanita di luar sana menjaga kesihatan kulit dan wajah.”

Vermillion Mist didatangkan dengan dua saiz iaitu 30ml dan juga 10ml (pek percubaan).


Jemput FOLLOW, untuk info produk lebih lanjut :




dan boleh hubungi talian ini untuk pertanyaan dan pembelian :- +6011 2887 0867