Showing posts with label Veet Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Veet Malaysia. Show all posts

Saturday, April 15, 2017

REVIEW | VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Hi Korang,


Ermm hari tuh kan aku pi media launch of VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni, so memacam info yang aku dapat tau dari event ni. 


Produk baru dari VEET ni memang sesangat sesuai bagi wanita berbulu seperti aku ni hahahaha macam banyak bulu sangat pun kan. Eh mana tau ni hehehhehe. Yelah mostly bulu-bulu ni tumbuh di kawasan yang sensitif seperti di kening, kawasan perut kebawah, ketiak even bulu kaki pun kan, mesti kena mau jaga tempat-tempat special ni

So ada kesempatan weekend lepas aku pun mencuba lah menda alah ni. 

Kandungan Set Veet Sensitive Touch Electric Trimmer



Ianya mengandungi:

1 beauty styler
1 two-sided precision head for optimal eyebrow shaping
1 bikini trimming head
2 comb attachements
1 style cap
1 cleaning brush
1 beauty pouch
1 AA battery


Ia dengan cepat dan perlahan-lahan memotong & membentuk rambut/bulu korang pada kawasan badan yang sensitif dan halus seperti muka, garis bikini dan ketiak. So possibility untuk terluka tuh memang agak payah lah unless kalau korang cukur sambil tutup mata hehehe cakkk

Apa yang boleh aku rumuskan, Veet Sensitive Touch Electric Trimmer :-


1. Cepat dan lembut: mudah mengeluarkan apa-apa rambut/bulu yang tidak diingini dalam satu pergi tanpa rasa takut luka

2. Berketepatan tinggi: khusus aksesori untuk mendapatkan membentuk tepat dan gaya

3. Sesuai untuk on-the-go: Ideal untuk cepat touch-up, di mana sahaja yang anda mahu

Cara penggunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer



Memula sekali, korang kenalah masukkan bateri untuk hidupkan Veet Trimmer ni ek.

0 : Switch Off

1 : Switch On

Peranti Veet Sensitive Touch Electric Trimmer sentiasa akan berada di 0. Jika ingin mengunakan peranti pusing ke kanan sedikit ke No. 1.

Aku kongsikan sket cara nak bentukkan kening ye

khas untuk cukur kening

Langkah 1: Perapian – untuk mendapatkan panjang kening yang diingini! Gunakan mata pencukur yang kecil dan tambahkan sikat. Letakkan VEET Sensitive Touch di kening korang dan gerakkan ia ke arah bertentangan dengan susunan bulu kening.

Langkah 2: Bentukkan untuk kontur bulu kening yang terbaik, bukakan sikat dan gunakan mata pencukur high-precision. Sentuhkan kepada kulit yang berkenaan secara perlahan dan gerakkan.

Ok tak? Boleh ikut…

guna mata pisau yang ni untuk cukur tempat-tempat special tuh ek

Untuk merapi tempat-tempat lain hehehhee ikut korang buat sendirilah ek tak yah aku nak ajar pulak. Janji kemas, cantik jelah ek huahauhauhau

kemain sikat ek, senang nak taram yang mana patut

cover untuk pisau cukur kening, comey kan

siap ada berus untuk bersihkan mata pisau

Bagi aku harga oklah tak delah mahal mana pun dalam RM119 je untuk satu set siap dengan beg untuk simpan sekali kan, bolehlah di bawa kemana-mana saja. Kira sebelum nak pi event ke boleh lah trim kening untuk bagi cantiksss

siap beg comey lagi tau

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai VEET Sensitive Touch: