Hi Korang,
Wanita-wanita yang bertitle ‘ISTERI’ macam aku ni, salah satu tanggungjawab dalam rumahtangga ialah menjaga kebersihan rumah. Kalau rumah berabuk, kotor korang rasa ada tak orang nak masuk kan. Bukan setakat masuk ntah2 lalu pun tak hinggin kan.
Betul tak apa aku cakap, mestilah betul kan. Macam rumah aku ni, dah lah tinggi melangit, depan tu plak ada construction so haruslah berhabuk sepanjang masa kan. Memang kalau aku pepagi dah sapu dan mop lantai, cabinet bagai kan tup-tup petang dah berhabuk balik. Itu yang aku sakit nau hati di buatnya.
So Mr Big malas nak dengar aku membebel pasal habuk2 ni, dia dengan rasa rajinnya vacuum rumah setiap hujung minggu. Ye aku tak tipu. Dia memang tolong aku buat keje ni. Sebab dia rasa vacuum tu very effective daripada penyapu dan mop untuk hilangkan habuk. Habis semua celah sofa, kerusi meja makan, langsir dia sedut lah kan.
Biasalah vacuum pun dapat free kan so selalulah meragam. Beg buang habuk tu koyak lah, mesin jadi panas, berat nak tarikla pendek kata memacam lah. Tapi sabar jelah coz tak de masa nak survey vacuum baru kan.
So baru2 ni ktorg berdua dijemput ke Samsung Smarter Cleaning Solutions kat Micasa Hotel, KL. Macam tetahu je aku tengok survey vacuum kan. So haruslah pegi coz Mr Big yang excited pasal gadget ni sebab dia yang nanti buat keje2 vacuum ni nanti
Ktorg di perkenalkan dengan 3 jenis vacuum dalam Family Gadget Family ni. FlexiSlim, NaviBot-Silencio Robotic dan Aquatic. Sekali imbas pandang macam hiasan rumah je tapi rupanya vacuum cleaner.
Meh aku citer satu per satu kan korang ek
FlexiSlim (RRP : RM599)
Kalau tengok memang nampak macam speaker je. Kurus dan tinggi. Slim design yang pengguna simpan kat memana je. Dia gunakan sistem twin chamber yang dapat mengumpulkan debu dan habuk dengan lebih baik dan aliran udara yang di reka secara cyclonic akan memisahkan udara dan habuk secara mendadak.
Vacuum cleaner ‘FlexiSlim’ ini juga menawarkan pengguna kefleksibilitian untuk membersihkan mana-mana sudut rumah dengan adanya vacuum unik yang kecil sedikit yang boleh ditanggalkan dari bahagian yang tersembunyi di kerangka badan vacuum. FlexiSlim ni is rechargeable dan ianya lebih dua kali lebih panjang masa berjalan daripada stick vacuum cleaner yang konvesional.
NaviBot – Silencio (RRP : RM2,499)
Ianya merupakan robotic vacuum cleaner. Dua CPU chip kawalan telah di pasangkan di bahagian badan NaviBot ni supaya ianya dapat mengawal pergerakan secara bijak. Maknanya ia akan bergerak dengan sendiri mengikut setting yang telah kita setkan. Yang best ia boleh kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil dan mampu ke merata sudut yang diseluruh rumah yang ada binatang peliharaan macam kucing ke anjing ke hamster ke sugar glider ke kan.
Eventho batterinya abis dengan tetiba then recharge. After recharge, NaviBot akan sambung balik kat mana yang dia stop tadi coz dia ada memory baik punya yang tersimpan kat CPU chips tu kan. Walaupun ianya robot tapi dia bekerja secara senyap langsung tak bising tau
Aquatic (RRP : RM1,499)
Kalau tengok gambar nampak cam biasa je but functionnya ermm terbaik. Sebab apa di panggil aqua? Sebab vacuum ni gunakan air sebagai one of the filter. Nak bersihkan pun senang sebab segala habuk akan jatuh ke dalam air so just cuci bahagian filter yang berair tu dan keringkan.
Senang kan. Korang leh nampak segala kotoran degil tuh dalam filter air tuh.
Hah ko sekali 3 type diorg demo kat ktorg ni. Tercengang-cengang jugak nak pilih yang mana satu. Semuanya best2. Tapi Mr Big lebih minat kat NaviBot tu coz senang je. Tekan remote dan terus jalan kan. Aku prefer yang Aquatic ni sebab boleh nampak segala kotoran yang di vacuum kan. Tengoklah cam ne nanti yang mana satu ktorg pilih kan.
Alah korang kalau minat or nak tau lebih lanjut boleh klik kat www.samsung.com/myRasanya ada banyak lagi home appliance yang diorg ada kan.