Showing posts with label Unifi. Show all posts
Showing posts with label Unifi. Show all posts

Monday, January 29, 2018

UNIFI ’The Perfect One‘ Bakal Menceriakan Hidup Korang Sekeluarga.

Hi Korang, 

Dedulu ada internet yang Dial up 1515 tuh pun dah rasa syukur dah, now not anymore ye. Kecanggihan teknologi masa kini kita pun patut berubah, sekarang ni ramai yang pentingkan perkhidmatan yang pantas dan tidak membebankan so kita memang senantiasa tercari-cari perkhidmatan sebegini. 

Dengan ini UNIFI, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memperkenalkan wajah baharunya, lantas membuka era baharu dalam sambungan, ke arah mempercepatkan Konvergens dan Pemerkasaan Digital. Majlis pelancaran tersebut memperkenalkan wajah unifi yang terbaharu serta penawarannya untuk kediaman, wifi, mudah alih dan TV. lni adalah lanjutan daripada pengumuman penjenamaan semula unifi mobile (sebelum ini dikenali sebagai webe) pada November 2017, dan perkhidmatan TV dan penstriman video yang pernah memenangi anugerah, HyppTV kepada unifi TV pada 12 Januari 2018. 


Ye sempat kak lily ke majlis pelancaran ni baru-baru ni di TM Convention Centre, kemain seronok lagi tau sebab macam-macam yang ada tau. 

Pelancaran penampilan dan tawaran terbaharu unifi telah disempurnakan oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan I Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif I Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM; bersama-sama lmri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi mobile serta barisan pengurusan kanan TM. 


Mengulas mengenai pelancaran tersebut, lmri dengan penuh bersemangat berkata, "unifi membuka lembaran tahun 2018 dengan penampilan baharu serta lengkapnya pendekatan jenama tunggal merangkumi penawaran mudah alih dan TV, sebagai tambahan kepada kediaman dan wifi. Dengan perubahan strategik ini, kami kini merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan Internet menyeluruh sebenar di mana-mana sahaja; di kediaman, WiFi awam, perkhidmatan mudah alih serta pelbagai kandungan bertaraf dunia, semuanya di bawah satu bumbung. unifi menyempurnakan pengalaman konvergens untuk membolehkan aspirasi digital pelanggan kami. Dengan terlaksananya perubahan ini, ia terus mengukuhkan peranan kami sebagai pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi Digital negara serta mempercepat penerimaan gaya hidup digital dan Internet of Things (loT)." 

"lni hanyalah permulaan kepada pelbagai inisiatif lain yang telah kami susun - dengan wajah baharu bagi kediaman unifi iaitu "Perfect Squad" atau "Skuad Sempurna", pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama bagi unifi mobile dengan #BEBAS dan program gameshow lnteraktif SECARA LANGSUNG "Teka Tekan", yang menjanjikan hadiah wang tunai harian bernilai RM20,000 kepada para penonton. Sambil kami terus melangkah ke tahun ini, kami akan terus berusaha untuk memperkayakan lagi momen-momen pelanggan kami. Pelbagai inisiatif menarik telah dirancang untuk tahun ini. Jadi, para pelanggan kami boleh menantikan lebih banyak pengalaman dalam kesempurnaan yang satu, hanya dengan unifi," tambah beliau. 


UNIFI HOME 
Hari ini, unifi memperkenalkan 'The unifi Perfect Squad" atau lebih dikenali sebagai 'Skuad Sempurna unifi' #pasangsekarang (#installnow). lni merupakan lanjutan daripada kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan kami ke kawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port unifi sedia ada di seluruh negara. 'Skuad Sempurna unifi' diaktifkan bagi mendekati isi rumah yang berada dalam radius optimum port sedia ada untuk membolehkan mereka menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan. Skuad ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat temu janji bagi anggota pemasangan datang ke kediaman mereka dan melengkapkan proses bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut. Pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my atau kunjungi laman social unifi di www.facebook.com/weareunifi (dahu/unya Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan www.twitter.com/HelpMeunifi (dahulunya @TMConnects), serta unifi.com.my/youtube. 


UNIFI MOBILE 
unifi mobile (dahulunya dikenali sebagai webe) telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan semenjak pelancaran pelan kuota tanpa had pada tahun 2016. Perkhidmatan digital sepenuhnya ini akan mencipta satu lagi catatan bagi industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi mobile #BEBAS - produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan dan apa yang mereka mahukan daripada sesuatu produk mudah alih. la bukanlah produk prabayar atau pasca bayar, sebaliknya ia adalah hibrid yang memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka tanpa sebarang kontrak dan komitmen. unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbi/abila 

#kredittakmati; segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu mobile@unifi. Memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital, unifi mobile #BEBAS membolehkan pengguna menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa. 

Bersempena dengan pelancaran unifi mobile #BEBAS, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih 

@unifi yang terdapat di AppStore atau PlayStore, dan membuat pesanan. Setelah mendaftar, pelanggan boleh mendapatkan kad SIM mereka di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau memilih untuk dihantar ke rumah masing-masing dengan bayaran hanya RM10.60 (termasuk GST). Untuk maklumat lanjut mengenai unifi mobile #BEBAS, layari www.unifi.com.my/mobile atau laman social unifi mobile di www.facebook.com/unifiMobile


UNIFI TV dan UNIFI Play TV 
Berpegang teguh dengan janjinya untuk membawakan penawaran yang lebih interaktif dan inovatif, unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV)_telah melancarkan permainan interaktif secara LANGSUNG yang pertama di Malaysia, iaitu Teka Tekan, yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan ini dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari. 

Program ini telah mula ditayangkan pada 15 Januari 2018, di HyppSensasi (Saluran 116). Program Teka Tekan ini terbuka kepada semua pelanggan unifi TV. Penonton hanya perlu untuk mendapatkan alat kawalan jauh unifi TV dan menjawab lima (5) soalan semasa berlangsungnya program ini dengan menekan butang #, dan butang berwarna yang sepadan pada alat kawalan jauh unifi TV mereka untuk memberikan jawapan mereka. Program ini menjadi lebih menarik apabila dihoskan oleh empat (4) orang selebriti tanah air iaitu Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan. Program Teka Tekan ini turut dibawakan kepada anda oleh Huawei, sebagai penaja program interaktif SECARA LANGSUNG yang pertama ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Teka Tekan, layari www.tekatekan.unifi.com.my.

bersama Hos Teka Tekan, kemain kelakar diaorang ni lah

Bersempena dengan siaran program Teka Tekan buat pertama kali, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara PERCUMA bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program yang menarik ini, dan turut berpeluang untuk menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.

Selain penjenamaan semula unifi TV, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga kini dikenali sebagai unifi PlayTV. Dengan ini, pelanggan boleh terus menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD sepenuhnya sama ada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran lnteraktif sambil menikmati perkhidmatan ini tanpa gangguan cuaca. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi TV, layari www.unifi.eom.my/tv dan lawati laman media sosial unifi TV di www.facebook.com/unifiTV (Facebook).


TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya penawaran-penawaran konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar - membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadu bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup - ke arah menjadikan "Hidup Lebih Mudah".

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

So cam ne sekarang, akak lily nak bertukar kepada UNIFI ke tak ek ermmmm













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, November 23, 2012

Jiran, WiFi Pun Mahu Cilok Ke?

Hi Korang,

Ni kisah 2 hari lepas
.
Balik-balik keje petang tuh, Mr Big terus je cari aku sampai ke dapur. Aku plak tengah terhengeh-hengeh baru nak masak kan.

Mr Big : Dear, masa dalam lift tadi si------- tanya nama betul u sape?

CLP : La kenapa plak, U bagitau ke?

Mr Big : I tanya kenape. Rupanya dia nak double check betul ke nama yang ada kat WiFi list bila dia detect dalam laptop nama U?

CLP : Then U citer lah ek

Mr Big : I tanya lagi, kalau betul nama dia dalam list tu, kenapa plak? Then dia jawab apa nak mintak password boleh, nak surfing.

CLP : U bagi ke? (hidung dah kembang-kuncup, tahan marah)

Mr Big : I cakap dengan dia, kalau nak mintak sendiri dengan U la, sebab U yang bayar bukan I. Terus minah tu senyap je sampai dia kuar lift.

CLP : aik, umah bukan main cantik, air-cond sampai 3 sekali pasang, ada maid takkan tak mampu.. ini dah kes teruk nie. Haruslah I tak akan bagi. Berkira benau..

Mr Big : Itulah jiran U hakahakhakahakhkahaka

Bengong sungguh!


Bukan nak berkira tapi kalau dah hidup mewah tak kan nak pasang WiFi pun tak boleh. Janganlah nak berangan amik UNIFI kalau tak mampu, amik STREAMYX biasa cam aku ni dah ler. Kalau tak pun pakai je broadband lagi murah. P1 punya broadband tu RM39 je sebulan.

Tak paham aku orang zaman sekarang ni, makin kaya makin kedekut sebab tu lah rezeki susah nak dapat kan.





Wednesday, November 24, 2010

TM EVERYONE CONNECTS BIRTHDAY BASH

Hi Korang,


Pada hari Ahad lepas , aku bersama geng2 blogger yang lain dapat invitation ke TM Everyone Connects Birthday Bash di Centre Court, The Curve Mutiara Damansara. Rupa-rupanya TM EC celebrate ulangtahun yang pertama.


Antara bloggers yang aku jumpa ialah K Ina KL, redlinda, Anakperak, Bean, Ruby, Zaid,Chearmster, Ery, Eleywn, Darkbatman, JMR, Jenthi,Shah, Eyiqazz, dan ramai lagi lah. Nuffies  like Fresh, Yuenny, Nicolas pun ada.


Sekejap je dah setahun kan? La korang ingat tak, tahun lepas ada satu konsert ala-ala karaoke yang ramai gila orang tu kat BIntang Walk, ala yang ada Bunkface tu yang nyanyi lagi ‘Through My Window’. Hah yang tu lah.

So emcee event nie ialah:

Ben dan Hunny Madu, DJ Fly Fm.. Kelakar betul diorg nie tau.

Memacam aktiviti lah yang TM disediakan untuk pengujung yang hadir. Semuanya menyeronokkan. Yelah lah boleh surfing website Everyone Connects, main guitar heroes, main Wii dan memacam lagilah. Bunkface pun buat performance, dah macam mini konsert plak time tu.


Dan acara kemuncak iaitu sessi potong birthday cake beramai-ramai. Wah seronok tau! So bernyanyilah ktorg beramai-ramai.

Dapat jugak berkenalan dengan Duta-duta Everyone Connects yang drop dead gorgeous tau.

Di antara nya :

Bunkface

Summer Ashley Khoo. Eh dia nie profesional gamer tau. Memang comel tapi ganas tau di game battle.

Zeffrey Chong & Family. Tak sempat amik gambo coz cari tak jumpa diorg nie.

Dia orang nie sesangat peramah dan mesra rakyat tau. Tak dapat nak borak lelama dengan diaorg nie. Ramai beratur panjang nak amik gambo dengan diorg nie tau.


Selain tu jugak, TM  memperkenalkan portal / website “Everyone Connects” yang baru iaitu http://www.everyoneconnects.net/.  Pelbagai feature yang best2 lah dalam website nie seperti

- Open House
- Sini Maa
- Jamming Garage
- EC Hall of Fame
- The Stadium

Dengan bertagline kan 3 C iaitu Connect, Communicate, Collaborate. Aku rasa TM berjaya merealisasikan bahawa dengan berhubung segalanya akan dapat dilaksanakan.

Anyway,

Congrats to TM Everyone Connects for 1st Birthday Bash.

Disclaimer: Ini adalah sponsored post.

Monday, November 22, 2010

Lepak Dengan BunkFace + Bloggers @ The Curve

Hi Korang,

Comel diorg nie tau!

Seronok dapat outing dengan bloggers semalam petang di The Curve. Di tambah lagi dengan Bunkface pun ada jugak. So double enjoy lah kan.

Tengoklah diorg nie kan

Cam ne boleh lepak2 dengan diorg nie semua? Tunggu entry akan datang okeh..

p/s : Pagi semalam aku pi world walking day kat Titiwangsa, ermm ternyata hampeh! Nanti aku citer gak lah.. Actually banyak benda gak aku nak citer kat korang nie.. Nanti lah ek