Showing posts with label US Potato Board. Show all posts
Showing posts with label US Potato Board. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Mari Sertai “US Burger & Fries Fiesta” Kasi Makan Itu Burger

Hi Korang,

Nak citer pasal burgersssssss

U.S. Potato Board telah melancarkan US Burger & Fries Fiesta yang akan berlangsung dari 1 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016. US Burger & Fries Fiesta akan menampilkan 19 popular burger joints dan cafe di Lembah Klang dan mereka semua akan berkumpul dan menghasilkan ciptaan unik kentang U.S dan burger yang korang pun tak pernah tengok sebelum ni tau 


Kita sendiri pun tau kan bahawa burger merupakan salah satu makanan segera yang amat digemari oleh orang Malaysia. Tup-tup time malam kalau lapar, korang carik burger kan? Selain burger, fries pun menjadi salah satu makanan favourite lagi-lagi bila lepas dimasak panas-panas. Memang confirm tak carik lain dah lah. Well, Malaysian really know how to appreciate good fries 

Antara sebab-sebab mengapa AS menghasilkan kentang goreng yang terbaik adalah suhu ideal yang semakin meningkat, rich soil, kemudahan pemprosesan dan generasi kepakaran. Kentang AS dihantar untuk pemprosesan mengandungi high " solids" dan kandungan gula yang rendah, adalah ciri-ciri penting untuk mencapai end product dengan penampilan yang diinginkan, rasa dan tekstur yang pasti memuaskan untuk semua 


Penanam kentang AS menawarkan pemprosesan kentang berkualiti tinggi sepanjang tahun. Piawaian industri AS menuntut dan mesti memenuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Dadah dan USDA, membolehkan pemprosesan mewujudkan kentang yang berkualiti tinggi dan produk kentang sejuk beku selamat.

Memandangkan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi, kaki-kaki makan di Malaysia mempunyai peluang untuk menikmati yang "burger terbaik dengan kentang goreng terbaik" melalui Fries US & Burger Fiesta. 

Salah satu acara kemuncak Fiesta ini adalah bahawa ia memberi peluang kepada orang ramai untuk membiasakan diri mereka mengenali pelbagai jenis kentang U.S. Kebanyakan outlet ni bakal menghidangkan new cuts of U.S. fries untuk pertama kalinya.

Outlets yang terlibat dalam US Burger & Fries Fiesta berasa gembira kerana diberi peluang untuk mempamerkan gabungan burger dan kentang AS kepada pelanggan mereka. Pasti korang takkan menyesal bila datang ke sini.


U.S. Potato Board berharap fiesta ini akan memberi peluang dan membuka mata kepada restoran yang mengambil bahagian untuk memperkenalkan kepada orang ramai. U.S. Potato Board berharap orang ramai yang akan melawat dan makan di restoran yang mengambil bahagian untuk mencuba gabungan burger dan kentang AS yang berbeza.

Ok berita baik untuk kaki-kaki makan BURGERSSS!

Akan ada satu contest di Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang AS dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang korang perlu lakukan adalah menghantar gambar anda dengan hashtag #USFries&BurgerFiesta

Bersedia untuk menikmati kentang goreng A.S. dan burger like never before! Untuk maklumat lanjut mengenai US Burger & Fries Fiesta, 
sila hubungi 
Kent Low atau Eddie Saw di (03) 8070-7216

Outlet yang menyertai kempen U.S. Burger & Fries Fiesta participating outlets dan hidangan mereka

No
Outlet names
Dish names
1
Big Hug Burger
·          Nasi Lemak Burger
·         Grilled Buffalo Chicken Burger
2
Brooklyn B-Venture
·         Philly Cheese Steak
·         Deli Chicken
3

Chequers

·         Moo
·         Spicy Cajun Chicken
4
Choo Choo Chicken
·         Choo Choo Cham Chi Chicken
·         Choo Choo Bulgogi Burger
5
Crazy Bites
·         Teriyaki Rooster Bites
·         Honolulu Ox Bites
6
Fatboy’s The Burger Bar
·         The Breakfast Stack
·         The Meaty Mania   
7
Hide & Seek Cafe
·         Signature Pork Burger
·         Juicy Chicken Burger
8
Junkyard Burger
·         Lamb Tzatziki BURGER
·         Texas-Hold Me Burger
9
KGB
·         Santa Fe Burger
·         Frito Pie
10

Kulcat Bariror

·         Green Chilli Locos
·         Double Trouble
11
Melur & Thyme
·         Mushroom Swiss Beef Burger
·         Smoked Duck Sandwich
12
Mini Mini Café

·         Roasted Chicken Burger
·         Ox Bites Burger
13
My Burger Lab
·         A+ Burger 
·         Beautiful Mess
14
The Card Cafe
·         Card Café Crispy Fish Burger
·         Card Café Signature Chicken Burger
15
The Grind Burger
·         Grind House Burger
·         JD Burger
16
The Burger Factory
·         Beef Burger On Fire
·         Burger Factory Signature
17
Swensen Cafe
·         Double Cheese Beef Burger
·         Swensen’s Ultimate Chicken Burger
18
Carl’s JR 
·         Chili Cheese Fries
·         Chili Cheese Burger
19
Tryst Cafe
·         Pancake Chicken Burger
·         Cheese Potato Wedges


Kalau nak rasa ciptaan kreatif mereka-mereka ni, mehlah singgah ke outlet yang terdekatkan dengan korang ek..


Wednesday, February 25, 2015

Kentang Boleh Kurangkan Berat Badan Jugak

Hi Korang,


Semua orang yang tengah berdiet takut nak makan kentang kan!!

Itulah…


Ramai orang bijak pandai dalam fitness ni yang cakap cam tu, sebab kentang kan karbohidrat kira cam menambah berat lagi ade lah. Aku pun fikir cam tu gak.


Bila hari tuh aku ke US Potato Board POTATO Appreciation Night di Nathalie’s Gourment Studio Publika ni terus terbukak mata aku pasal kentang ni. 

Ni aku sharekan sedikit kat korang ek


Berita baik untuk penggemar kentang! Semakin banyak penyelidikan mengesahkan bahawa kentang memainkan peranan positif dalam diet sihat. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan bahawa kita boleh makan kentang dan masih boleh mengurangkan berat badan. Satu lagi penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA), menunjukkan bahawa indeks glisemik, iaitu asas bagi kebanyakan diet popular, kemungkinan tidak lagi penting sebagai pengukuran muktamad bagi mereka yang telahpun mengamalkan diet sihat.



Kajian pengurusan berat badan yang diterbitkan dalam JACN adalah hasil usahasama antara University of California di Davis dan Illinois Institute of Technology, dan dibiayai oleh United States Potato Board. Tujuan utama adalah untuk mengkaji peranan indeks glisemik dan penurunan kalori dalam regimen mengurangkan berat badan yang mengandungi kentang. “Sesetengah pihak mempertikaikan peranan kentang dalam amalan mengurangkan berat badan kerana dikelompokkan dalam aras makanan berindeks glisemik tinggi. Akan tetapi, hasil kajian ini mengesahkan apa yang selama ini dinyatakan oleh para profesional kesihatan serta pakar nutrisi : ini bukan mengenai penyingkiran sesuatu makanan atau kelompok makanan tetapi hakikat sebaliknya adalah mengurangkan kalori,” jelas Dr. Britt Burton-Freeman, PhD, ketua penyiasat kajian.


Hasil-hasil kajian ini merupakan berita baik bagi penggemar kentang dan juga para konsumer yang mengidamkan kepuasan dalam menikmati pilihan hidangan yang sedap, berkhasiat dan selamat dimakan. Setiap hidangan kentang US Potato saiz medium, (5.3 auns) beserta kulit, mengandungi hanya 110 kalori, lebih banyak pottasium (620g) daripada sebiji pisang, membekalkan hampir separuh daripada nilai harian vitamin C (45 peratus) dan tidak mengandungi lemak, sodium atau kolesterol. 


Aduiyai haruslah suker bila dengar berita baik ni kan. Terus berkobar-kobar nak buat sup kentang nanti, katanya.





So pada malam tuh, Chef Nathalie Arbefeuille tuan punye Nathalie Gourmet Studio menghidangkan pada ktorang 3 hidangan menarik iaitu

Potato Salad in a Skinny Potato, 63 Degrees Egg and Gherkin Emulsion



Potato Gnocchis Leek Cream, Shaved Aged Parmesan, Leek Emulsion


Chicken Cordon Bleu, Potatoes in Three Ways

Aku nak cakap apa lagi, memang unik ketiga-tiga menu makanan tuh. Penggunaan kentang dalam pelbagai cara, teknik persembahan makanan yang cantik. Of courselah chef mestilah nak perfect dari semua segi. 

Alah tak reti nak describe cam no lagi kan, so makan jelah.


Thank you US Potato Board coz sudi menjemput Cik Lily Putih ke makan malam special ni. Sesuatu yang pengalaman yang baru dan unik sekali..

Dah-dah lepas ni makan kentang balik cam biasa ek..