Showing posts with label Traveloka Salebration Matta Fair 2018. Show all posts
Showing posts with label Traveloka Salebration Matta Fair 2018. Show all posts

Tuesday, September 4, 2018

Traveloka Saleabration Matta Fair 2018, Kini Kembali Lagi.

Hi Korang, 


Sebelum kak lily nak citer lagi pasal ni, kak lily nak tanye korang satu soalan ek. 

Apakah perkara penting yang kita perlu titikberatkan sebelum kita pi melancong? tak kiralah kemana jua pun kan. 

Bagi kak lily, 

1. Budget 
2. Perancangan Yang Bijak 

Kalau kedua-dua kita buat endah tak endah je memang tak jadilah melancong, tidur baring gigit jari la ek. 

Perancangan Yang Bijak 

Ini sangat penting sebelum kita nak pi melancong, kena rancang itinerary, buat perbandingan harga, pilihan hotel so dari situ barulah kita tau berapa budget yang kita perlukan. 

Budget 

Kenalah ada certain amount budget untuk kita pi melancong ni, takkan nak pi Kota Kinabalu budgetnya RM200 je kan, eh tiket kapal terbang, hotel, makan minum, transportation itu semua kena kira gak tuh. 

Contohnya kita nak pi bercuti ke Cameron Highlands. 

Yang pertama kita kena cari hotel dulu so kat sini banyak laman web menawarkan harga hotel pilihan kita yang berbeza-beza so tang sini yang kita kena pandai membuat perbandingan dan memilih yang mana satu memberikan tawaran yang menarik dan menepati budget kita. 

Apa lagi, TRAVELOKA dulu!! 

Korang yang kaki-kaki travel ni tak kiralah travel secara backpackers ke luxury ke mesti tau mengenai Traveloka ni kan. 

Jap-jap korang tau ke idokk TRAVELOKA ni apa ? 

Meh sini akak lily terangkan 


TRAVELOKA ni merupakan website yang menawarkan perkhidmatan menempah tiket kapal terbang dan hotel ke mana jua yang kita nak pergi, baik di dalam negara mahupun di luar negara even sampai ke Iceland jugak tau. Kalau korang tengok dalam senarai lokasi penerbangan tuh, boleh pengsan rasanya. 

Sekarang ni kalau korang nak tau, Traveloka Salebration kini kembali dengan pelbagai jenis promosi istimewa pelancongan sempena Matta Fair 2018. 

La Matta Fair pun tak tau jugak 

Matta Fair merupakan penganjuran pesta pelancongan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) kepada orang ramai, di pesta ini kita boleh mendapatkan harga-harga promosi bagi setiap pakej pelancongan tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara pada harga yang sangat- sangat berpatutan dan berbaloi-baloi untuk kita rakyat marhaen sekalian. 


Kira macam Traveloka Sale macam Matta Fair la kan. 

Traveloka Sale + Matta Fair 2018 = bahagianya hidup kak lily ek 😆 😆 😆 😆 😆

Cuma tak yah bersesak-sesak untuk ke event tersebut tapi bersesak-sesak di dalam talian udah ler hehehhehe. Kak lily pernah pi dulu Matta Fair yang berlangsung di PWTC ni, ya ampun nak masuk kena bayar then bersesak-sesak dengan orang ramai pulak. Memang banyak pakej yang di tawarkan tapi tak dapat nak explore sepenuh sebab ranai nau orangnya wei. Terus rasa serik ni pi dah, baik tunggu promosi online di website-website seperti TRAVELOKA ni kan. 

Di antara promosi yang di tawarkan adalah : 

• Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera 

Sekiranya korang membuat mana-mana tempahan di dalam masa promosi korang akan mendapat tambahan kupon diskaun ke atas tempahan korang tuh. Dahlah beli harga promosi dapat lagi diskaun tambahan tak ke best tuh. 

• Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! 

Ini yang kak lily nak dengar ni TIADA YURAN TEMPAHAN!! Yahoo, yelah kan kekadang promosi ni datangnya time kita tak de pulak duit lebih time tuh tapi nak pi booking awal so promosi ni memang terbaik sekali. Kira buat booking tanpa bayar la kan. 

• Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018 

Hah kira lama tuh 6 hari untuk kita buat tempahan so bolehlah plan ke mana nak pi dan buat tempahan. Macam kak lily dalam kepala nak pi Semarang so sempat fikir pasal budget dan tempahan bagai ni ek 

• Tempoh Perjalanan: Anytime 

Anytime tuh, I like!! So buat tempahan sekarang dan terbanglah tahun depan so sempatlah kumpul duit untuk duit belanja kan. 

• Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. 

Ewah ewah ada diskaun lagi ek untuk tiket penerbangan, kira macam harga tiket RM300 so korang tolaklah kupon diskaun tuh so dapatlah lagi murah tapi tertakluk kepada terma dan syarat 

Dah apa tunggu lagi 

Ni link website TRAVELOKA : //www.traveloka.com/en-my/ ni, hah bolehlah korang cuci-cuci mata dan terus buat tempahan. Yang penting dah tau nak pi melancong ke mana dulu then cepat-cepat singgah ke website TRAVELOKA ni. 

Jangan lupa untuk checkout Traveloka Saleabration 2018 ni ek pasti berbaloi-baloi seakan-akan Matta Fair tau. Meh klik sini : ke https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/saleabration












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com