Showing posts with label Tips Menunaikan Umrah. Show all posts
Showing posts with label Tips Menunaikan Umrah. Show all posts

Thursday, March 9, 2017

UMRAH 2017 | Persediaan Keperluan Umrah Untuk Perempuan

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer pasal Umrah 2017 ni ek.

Ermm persediaan ? 
ya ampun memang banyak sesangat wei. 

Bagi orang cam aku yang tak bertudung, kurang ilmu agama, gemuk lagi memang banyak sangat yang perlu di sediakan baik mental dan fizikal. Aku elaborate satu per satu ek

Lepas je pi kursus umrah kali pertama di Selayang tuh, aku terus jadi cuak. Mana taknya macam-macam nak kena prepare. Padahal masa dah tak panjang lagi ni kan, setiap hari ada je menda yang nak difikirkan bila cakap pasal umrah ni.

tempat bersenam setiap pagi ahad

1. Persediaan Fizikal

Ini penting bagi perempuan gemuk cam aku. Stamina memang kena ada sebab kita akan naik turun masjid, buat tawaf dan saie, pi ziarah ke Jabal-jabal, lepak kat airport lama. Itu ini semua persediaan tuh. Nasib baik aku kan sekarang ni pi event naik train so berjalan ke sana kemari naik turun train memang sangat membantu exercise kaki. Memang kena practice banyak berjalan, alah tak yah jogging pun just berjalan jauh je. 

Bayangkan buat tawaf 7 pusingan lebih kurang 3km, saie pulak 3 km ulang alik 7 kali so dah 6km. Itu belum ulang-alik pi masjid lagi. So memang kena banyak berjalan, kalau tak biasa memang sengal segala kepala lutut. 

So exercise!!

2. Persediaan Kelengkapan

Memang travel agent dah bagi list barang-barang yang perlu di bawa tapi korang tak yah ikut 100% pun coz nanti tak pakai pun macam baju kurung dan telekung 3-4 helai tuh kan. Bawak yang korang rasa perlu je.

Secara kasar aku belanja untuk persiapan diri aku sendiri lebih RM1k. Yelah beli tudung Neelofa, khimar Neelofa itu yang Mr Big bising tuh. Beli telekung, beli jubah sket, beli barang-barang umrah macam kasut tawaf, botol spray, anak tudung, stokin dengan handsocks memang banyak aku beli. 

masa ni belum kemas, campak je semua dalam beg supaya tak tertinggal

Sudahnya aku pi dalam beg cuma ada 3 helai jubah, 3 khimar (mini telekung), 1 telekung, tudung 3 helai, anak tudung 3-4 helai, jubah seluar 2 pasang. Memang tak cukup pun tapi sampai Madinah beli jubah sebab murah bebenau, so jubah bertukar ganti baru bila kat sana. 

beli kemain banyak, sudahnya sedekah je semua kat sana

Toiletries, Panty liner, gunting, ubat-ubat wajib bawak ye sebab kat sana harga lagi mahal dari sini. 

penting ni tau, kulit kering teruk tapi nasib baik aku duk sapu je everyday so tak de rasa kering sangat

Jangan lupa kalau naik Saudia berat kargo hanya 30kg so pepandailah bawak barang yang ringan-ringan kan. Kalau MAS or AirAsia aku tak sure berapa pulak kg yang boleh bawak ek.

3. Persediaan Jiwa 

Aduiyai ini memang menguris hati sungguh. 

Untuk seseorang yang kurang ilmu agama macam aku ni memang nangis oo. Selama ni aku cuma buat yang fardhu je, yang sunat-sunat aku tak berapa nak buat. So now inilah masanya, bukak segala kitab kat google tuh. Aku belajar solat sunat tahyatul masjid, solat sunat rawatib, solat jenazah, dan memacam solat lagi lah. 


Padahal masa sekolah agama dulu kelas ibadat ni aku score cantik tuh, kitab mutaal badrin tuh sampai lunyai aku kerjakan hehehe

Refresh balik solat jamak dan qasar, bacaan dalam solat. Better korang download apps kat phone macam surah Yassin, daily zikir, al quran mp3, panduan solat khas sebab senang nanti ada je masa terluang sementara nak tunggu waktu azan kat masjid boleh je baca semua ni memang sangat membantu tau.

4. Duit Riyal


Sekarang ni duit riyal lagi mahal dari duit kita so baiklah tukar di Malaysia sajor. Aku ni pun tukar duit sket demi sket. Yelah kita bukan banyak duit pun nak tukar sekali sekelepuk, so kalau bulan ni ada lebih tukar banyak sket. Aku bawak dalam SAR2k je tapi tak abis pun, yelah semua dah siap kan. Kira SAR2k ni duit shopping sebenarnya hehehehe. Sila tukar duit kecik-kecik ye supaya senang korang nak shopping kat sauq or beli jus mangga kat tepi jalan balik dari masjid.

5. Simkad

tempat beli simcard - ZAIN, nampak beratur panjang tuh

Aku ingat macam travel pi Singapore or Indonesia, beli je simkad boleh je guna dan top up kalau tak cukup. Tidak ye.. korang nak beli simkad mesti kene tunjuk passport then baru boleh beli, lepas tuh untuk top-up pun kene tunjuk passport jugak sebab ada nombor dalam visa tu yang diaorang akan refer sebelum korang bayar top up.

By the way diorang tak de kedai tepi jalan yang jual top-up, semuanya memang kena beli di syarikat telco. So nak tak nak kena beratur sepanjang-panjang alam depan kedai tuh. Aku beli simcard tuh SAR80 untuk 5gb ermm sekejapan dah habis, 2 hari je sempat guna.

Kalau boleh roaming lah kalau nak berinternet sangat, tak silap aku celcom ada pakej murah. Kalau Maxis RM38 per day untuk subcribe thru sms, kalau tak penting guna WiFI hotel jelah senang.

6. Kursus Umrah

ini masa kursus kat Masjid Besi Putrajaya

Eh penting gak ni, aku semua tempat kursus umrah aku pi. Kat Wira Saujana, kat Andalusia, even kat Putrajaya untuk Tabung Haji Travel pun aku pi. Orang kata pergi sekali pun dah cukup dah tapi aku kann kurang ilmu so pergi je semua tempat kalau rajin. Alah sabtu pagi 9-12tghari je pun. At least korang dapat gambaran sebelum pergi. Ustaz akan ajar cara pakai ihram untuk lelaki, langkah untuk bertawaf secara kumpulan or sendirian. Kat youtube pun korang boleh belajar tapi aku suka hand-on so senang lagi nak paham.

7. Dokumen Untuk Travel Agent

comey dok ktorang hehehe

hah inilah dia kad suntikan tuh

Yang ini untuk travel agent proses visa kita sebelum masuk ke tanah saudi. Kita kena sediakan gambar bertudung 2 keping, passport, kad suntikan daripada klinik. Kalau perempuan bawah 45 tahun kena pi dengan mahram iaitu suami, ayah atau abang. Dah lengkap baru travel agent akan proses visa semua ek. 

Ok itu je kot

Kalau ada info tambahan, aku letak lagi la ek. Aku ni bukan ingat sangat pun kan.

Tunggu sambungan seterusnya ye..

Lepas ni baru citer pasal 12 hari kat sana ek