Showing posts with label Tips belajar. Show all posts
Showing posts with label Tips belajar. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Pelajar Cemerlang Terima Anugerah BRAND’S® SMART ACHIEVERS

Hi Korang,

Ada berita mengenai Anugerah BRAND’S® SMART Achievers tahun 2015. Walaupun aku tak dapat pi event but citer mestilah mau tulis jugak kan hehhehhe...


Seramai 21 orang pelajar cemerlang dan ibu bapa mereka menikmati detik-detik manis apabila hadir di Cerebos Malaysia hari ini bagi menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam pencapaian akademik dan kokurikulum peperiksaan 2014.

Para pelajar yang terdiri daripada tahap pendidikan menengah hingga universiti itu dipilih dari lebih 100 penyertaan yang seterusnya muncul menjadi yang terbaik dari yang terbaik bagi menerima Anugerah BRAND’S® SMART Achievers tahun 2015.

Dengan ditemani oleh ibu bapa yang berbangga dengan mereka, para pelajar ini hadir dari Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Melaka, Johor dan Sabah bagi menghadiri majlis anugerah istimewa yang diadakan bagi meraikan pencapaian mereka. 

Acara tahunan itu merupakan penanda aras kejayaan bagi anak muda Malaysia yang telah membuktikan bahawa seseorang itu mampu berjaya dalam kedua-dua bidang pelajaran dan aktiviti kokurikulum pada masa yang sama. 

"Bersandarkan dedikasi dan usaha gigih di samping sedikit suntikan daripada BRAND’S® Sari Pati Ayam dalam meningkatkan daya ingatan, daya tumpuan dan tahap tenaga semasa melakukan ulang kaji dan aktiviti harian, sememangnya kedua-dua pelajar dan ibu bapa mereka wajar menerima pengiktirafan ini,” kata Encik Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos Malaysia.


“Selama hampir sedekad, BRAND’S® telah memberi penganugerahan kepada para pelajar cemerlang dengan hadiah wang tunai selain pengiktirafan di kalangan rakan-rakan sebaya mereka apabila mereka kini menyertai kumpulan elit BRAND’S® SMART Achievers. Anugerah ini bukan sekadar mengambil kira keputusan akademik kerana ia turut mensyaratkan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum bagi menyertai kelab elit ini," jelas Encik Koh.


Pemenang-pemenang tahun ini bakal berkongsi tips mengenai bagaimana mencapai keputusan hebat di laman facebook BRAND’S® Smart Living, bagi membantu memberi inspirasi dan motivasi kepada belia lain untuk melakukan yang terbaik.

Sejak dimulakan pada tahun 2006, BRAND’S® telah mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar elit yang kini berjumlah 203 orang sementara anugerah tahun 2015 menyaksikan hadiah wang tunai sebanyak RM23,000 dianugerahkan pada hari ini yang menjadikan jumlah anugerah yang diberikan kepada para pelajar mencecah sebanyak RM195,000.

Anugerah BRAND’S® SMART Achievers mempunyai empat kategori dengan anugerah hadiah wang tunai masing-masing – PT3 (RM500), SPM (RM1,000), STPM (RM1,500) dan peperiksaan universiti / kolej (RM1,500). 

Para pelajar yang menduduki peperiksaan utama pada tahun ini boleh mendaftar untuk Anugerah BRAND’S® SMART Achievers 2016 sambil menikmati manfaat BRAND’S® Sari Pati Ayam yang berkhasiat.

Hasil penyelidikan dari 38 kajian klinikal yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan bahawa pengambilan BRAND’S® Sari Pati Ayam secara konsisten dapat meningkatkan kecerdasan daya ingatan dengan ketara dan keupayaan memberi tumpuan walaupun dalam keadaan yang menekan, malah ia membantu mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan yang baik secara menyeluruh.

BRAND’S® Sari Pati Ayam yang diiktiraf halal juga bebas lemak juga kolesterol, selain tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan tambahan, lantas menjadikannya pilihan suplemen makanan semula jadi yang paling ideal.


Bagi mendapatkan manfaat dan nilai yang optimum, para pelajar boleh membeli pek nilai istimewa BRAND’S® SMART Achievers yang mengandungi 9 botol x BRAND’S® Sari Pati Ayam 70g yang dijual pada harga runcit RM42.00 dari farmasi, pasar raya dan pasar raya besar terkemuka di seluruh negara yang turut didatangkan bersama borang penyertaan dan butiran pendaftaran.