Showing posts with label The Strand Kota Damansara. Show all posts
Showing posts with label The Strand Kota Damansara. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Pembukaan Nelyz Couture Boutique Di The Strand Damansara

Hi Korang,

Hari tuh aku ada bagitau pasal grand opening Nelyz Couture Boutique kan? Hah yang tu lah. So sabtu lepas, majlis pembukaan butik pakaian muslimah tersebut di jayakan dengan kehadiran para media dan bloggers yang cukup happening. 


Jomlah tengok apa yang menarik pada petang tu ek.




Of courselah selepas je pendaftaran media, lepak-lepak dulu mingle around dengan owner Nelyz Couture dan para media yang lainnya sambil merasai hidangan minum petang yang sedap kan.

Ok sebelum tuh, meh intai beberapa koleksi jubah dan aksesori lain di Nelyz Couture Boutique ni ek







Sessi peragaan busana muslimah






Kemain cantik lagi koleksi jubbah diorang ni, sampai aku pun rasa cam tergoda nak beli kan.


Kemudian ada sessi perkongsian mengenai Gaza daripada artis jemputan iaitu Heliza Helmi.


Nampak! Tengok gambar-gambar dah boleh rasa kemeriahannya kan


Terima kasih diucapkan kepada owner Nelyz Couture Boutique kerana sudi menjemput kami dan juga blogger Ayu yang menyusun segala arrangement bagi kami para blogger ni kan.


Meh like social media diorang untuk for update, promotion, sales dan memacam lagi la ek

Instagram: @nelyz_couture 

Facebook page: nelyz couture

Official Website: www.nelyzcouture.com


Notes:



Monday, July 23, 2012

YOGEN FRUZ Berbeza Tetapi Enak Dan Sihat


Hi Korang,

Ada berita baik bagi penggemar manisan mulut yogurt yang sangat manis ni ye. Satu lagi produk yang berasaskan yogurt muncul di Kuala Lumpur ini.


Memperkenalkan jeng jeng jeng..

YOGEN FRUZ

Ye aku berpeluang untuk meninjau bagaimana pembikinan Yogen Fruz ini di outlet mereka iaitu di Red Carpet The Strand Avenue ini. Bukan aku je lah, beberapa blogger lain juga di jemput untuk merasai keenakan sendiri Yogen Fruz ini.



Yogen Fruz ni dari cerita Tuan Azli Jamil (CEO bagi Yogen Fruz Malaysia) berasal dari negara Canada  dan kini telah pun mempunyai 1300 outlet di 35 buah negara sejak dari tahun 1986 lagi. Lama tu kan. Baru sekarang ni memasuki pasaran Malaysia sejak May 2012.


Sambil mendengar Tuan Azli Jamil ni bercerita, ktorg di hidangkan dengan sample-sample yogurt yang pelbagai perisa. Ada chocolate pistachios, vanilla lime, Hazelnut, Pistachios, Mangga, Tart Lemon, Chocolate, Vanilla dan ada lagi yang aku dah lupa namanya.






Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Yogen Fruz ini adalah Probiotic Culture: lactobacillus paracasei sesuai bagi mereka yang pentingkan kesihatan dan ianya 0% lemak ye best tu kan.

Di antara yang menjadi pilihan para pelanggan ialah :-


U Serve – Ada 3 jenis mesin di sediakan bagi kita para pelanggan ni memilih perisa yang menjadi kegemaran.


U Sensation – Para pelanggan boleh memilih pelbagai kombinasi perisa di antaranya Apple Pie, Chai Latte, Lychee Green Tea dan top selling adalah Strawberry Cheesecake.


Flavours – Yogurt dan topping yang kita boleh pilih sendiri dan pekerja di kaunter akan ‘mix’kan menggunakan mesin. Tak kira apa jua topping dan perasa ikut kesesuaian tekak kita.



Smoothies – Minuman buah-buahan yang diblend dengan hanya menggunakan yogurt sahaja. Campuran yang kita boleh pilih sendiri.


Di antara yang di hidangkan kepada ktorg ialah

 Strawberry Cheesecake




Harga Yogen Fruz, bagi setiap 100 gram, harganya RM5.30 

Selain daripada outlet di Red Carpet The Strand Avenue ini ada 3 lagi outlet yang telah pun di buka iaitu di Dataran Jelatek, Platinum Walk Setapak dan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Yeah ! semuanya dekat dengan aku je.

Lawati Website Rasmi Yogen Fruz Malaysia: www.yogenfruz.com.my


Like  Yogen Fruz Malaysia di Facebook: facebook.com/yogenfruzmy


Follow Yogen Fruz Malaysia di Twitter: twitter.com/yogenfruzmy