Hi Korang,
Senang ke nak cari tempat yang menghidangkan Lunch set MURAH tapi SEDAP?
Biasalah dah tengah bulan ni kena jimat-jimat sket
So jalan-jalan cari makan
Last week masa ada keje luar kat area Kelana Jaya aku tersinggah ke Paradigm Mall ni. Alah tak sure nak makan kat mana so masuk jelah ke sini.
Aku perasan The Spaghetti Grills cuma ada kat Mid Valley je but tak pernah masuk lagi. So dengan perasaan ingin tahu aku cuba nasib gak lah.
Kalau sedap boleh datang lagi kalau tak itulah first dan last kan.
Ada banyak pilihan yang membuka mata aku sampai jadi rambang dibuatnya. Oleh kerana dah lama tak makan Pizza so aku cubalah.
Aku sorang so order 1 set jelah
Agaknya orang tak ramai dan dohnya dah prepare awal kot, cepatlah aku dapat.
Tengok ni Beef Pepperoni Pizza. Penuh sedulang tapi taklah besar pun just nice je portionnya.
Ini kepingan yang pertama, nampak cam sopan je aku makan kan. Yelah makan sengsorang mestilah jaga tata tertib.
Pekena plak dengan air Grape, haruslah lazat kan.
Apa lagi makan sampai licin sambil tengok MTV kat screen tergantung tu.
Berapa aku kena ?
Alah RM12.00 je, kira okla tuh
Abis makan terus ke lawyer office kat area Glomac ni. Sementara nak tunggu lawyer tu prepare document sempat gak terlelap dek kekenyangan yang amat ni.
isk teruk sungguh!
Itu cerita minggu lepas, so hari ni makan ape plak ek
ermm japlah fikir sambil tengok Jalan-jalan cari makan kat tonton.my ni ek