Showing posts with label The Moscow Circus. Show all posts
Showing posts with label The Moscow Circus. Show all posts

Wednesday, August 15, 2018

The MOSCOW CIRCUS Of Malaysia 2018/19 Memang Buat Korang Terpegun

Hi Korang, 


Sabtu lepas kak lily berkesempatan untuk menyaksikan circus show anjuran The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 ni. Ya ampun sudah berapa lama tak tengok circus performance ek, rasanya last kak lily tengok masa kecik-kecik dulu. Bayangkan kecik-kecik dulu sekarang ni dah tua bangka kan, so ade peluang keemasan ni janganlah di lepaskan.

wah kemain gaya nak tengok circus ek

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 secara rasminya bermula kelmarin di Padang Timur, Petaling Jaya. Hentian pertama mereka akan berlangsung dari 10 Ogos 2018 hingga 2 September 2018 sebelum kumpulan sarkas ini bergerak ke Pulau Pinang pada pertengahan September dan juga ke bandar-bandar lain seperti Prai, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan dan Klang.


Kak lily dapat tengok show pukul 3.00 petang punya, so kitoarang park kat Amcorp Mall tuh then terus je lintas jalan ke Padang Timur Petaling Jaya ni. Kemain besar khemah sarkas biru 'Big Top' ni tau, yang mampu memuatkan 2,700 penonton sekali pertunjukan dan air connya kemain kuat lagi sejuk betul dibuatnya.

keadaan dalam circus, sejuk betul time ni

Jelajah edisi khas yang dipersembahkan oleh Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich ini merupakan jelajah selama 8 bulan ke 10 bandar di Malaysia yang merupakan peluang keemasan buat pengunjung untuk menyaksikan pelbagai aksi sarkas yang terpesona dan mengejutkan, dibawa khas dari Rusia. Program yang semestinya bebas haiwan ini akan diadakan di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin memuatkan 2,700 pengunjung dan merupakan khemah sarkas terbesar di Malaysia! 

“Kami amat teruja untuk membawakan kumpulan sarkas Rusia ini ke Malaysia”, kata Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia. “Kumpulan ini telah pun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan mereka memberikan persembahan yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Kami amat berharap untuk melihat lebih banyak tawa dan senyuman daripada pengunjung di setiap pertunjukan kami di Petaling Jaya dan akan datang, di Queensbay Mall (Kawasan Parkir), Pulau Pinang.” 

Kemain canti lagi host ni tau The Moscow Circus - Karina Peace

Tradisi sarkas Rusia telah dikenali di peringkat global sejak ratusan tahun dahulu dan telah menghiburkan pengunjung dari serata dunia dengan persembahan yang menawan dan menakjubkan. Kini, buat pertama kali di Malaysia, artis-artis yang dipilih secara teliti daripada dua syarikat sarkas termasyhur dari Rusia – Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan Nikulin Moscow Circus akan berganding bahu untuk memberi pertunjukan yang lain daripada lain.

The Moscow Circus Clown - Armen Asiryants 

Kelakar betul dia ni, buat lawak tak sudah-sudah wei

Pengunjung yang hadir bakal menyaksikan persembahan yang mendebarkan daripada aerialist, artis trapez serta akrobat swing Rusia, termasuk sorotan khas yang ditampilkan oleh artis juggling terkenal, Semion Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi daripada The Romanov Duo, persembahan daripada pakar ilusi iaitu The Moskalov Duo, dan pejalan kaki wayar tinggi iaitu The Svezhov Duo, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants dan Ringmistress yang jelita, Karina Peace.

Diabolo Spinners - The Romanov Duo

High Wire - The Svezhov Duo

Roller Skaters - The Romanov Duo


Meh layan sket video yang sempat kak lily rakamkan di instagram. Kalau dalam instagram stories melambak-lambak, tapi tuhlah gambar tak berapa clear lah sebab gelap dan duduk jauh sket tapi kalau tengok dengan mata depan je seronok je tau..



Tiket ke pertunjukan ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan tertinggi daripada www.ticketpro.com.my. Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara. 


Maklumat Acara The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/9 


Masa pertunjukan

Isnin : tutup 
Selasa – Khamis : 8.30 PM 
Jumaat : 5.30 PM dan 8.30 PM 
Sabtu dan Ahad : 11.30 AM, 3.00 PM dan 7.30 PM



KATEGORI
HARGA (MYR)

KATEGORI
HARGA (MYR)
Ringside
280

Kedudukan Hadapan
80
Premium A
220

Kedudukan Belakang
50
Premium B
150

-
-


Kalau korang nak tau jugak..




Pertunjukan sarkas ni berlangsung selama 2 jam dah ada intermission break selama 20 minit. Kitorang masa break tuh pi toilet bagai dan siap pi beli makanan dan minuman sekali. Macam-macam ada, of course Popcorn mesti hado dan souvenir jugak turut di jual.

The Moscow Circus Emsemble Dancers 

The Moscow Circus Emsemble Dancers

Selain itu, The Moscow Circus turut menjalankan tanggungjawab dalam menggembirakan kanak-kanak kurang bernasib baik untuk melihat pertunjukan mereka. Dengan kerjasama Budimas Charitable Foundation, pihak penganjur mengalu-alukan lebih daripada 260 kanak-kanak pada 11 Ogos dan memberi peluang kepada mereka untuk menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia yang bakal menjadi kenangan terindah mereka. 

Rakan Perbankan Rasmi, Maybank menawarkan pemegang kadnya diskaun sehingga 15% untuk Pakej Keluarga ke pertunjukan Petaling Jaya (sah sehingga 2 September), dan pemegang kad Maybank juga dapat menikmati faedah lain termasuk penebusan TreatsPoints/Membership Rewards, serta peluang memenangi dua (2) tiket Premium B dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1500! 

Best wei korang patut bawak anak-anak pi tengok tau

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.com.my















Kaki Bebel,


LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, June 26, 2018

The Moscow Circus Akan Datang Pada Ogos 2018 Di Malaysia

Hi Korang, 

Buat pertama kali, tradisi sarkas Rusia yang dikenali seluruh dunia bakal menggegar Malaysia sepanjang kembara selama lapan bulan di seluruh negara yang turut menampilkan pelbagai aksi mempesona dan mengagumkan. 


Acara menarik dan luar biasa ini akan mengadakan kemunculan sulungnya di Malaysia di sepuluh bandar merentasi tujuh negeri, dimulakan dengan set pertunjukan pertama pada 10 Ogos hingga 2 September 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya. Rombongan tersebut akan menuju ke wilayah utara ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 13 hingga 30 September serta Auto City, Prai pada 5 hingga 21 Oktober, diikuti oleh lokasi-lokasi lain yang diperuntukkan termasuk Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan, serta Klang, yang akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019. 

Lawatan edisi khas ini yang turut dikenali sebagai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19, merupakan hasil ilham daripada Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovic. 

Pertama kali dalam sejarah, The Moscow Circus membawakan rombongan yang dipilih daripada dua syarikat sarkas termasyhur – the Boishoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus. 


“Kami amat teruja untuk mengumumkan kemunculan The Moscow Circus Tour of Malaysia yang bakal berlangsung selama lapan bulan akan datang. Pertunjukan ini merupakan peluang emas buat penonton untuk menyaksikan persembahan bertaraf antarabangsa daripada Nikulin Moscow Circus dan Bolshoi Circus. Kami turut berharap untuk membawakan aktiviti-aktiviti menarik semasa jerayawara di serata negara untuk mempamerkan pelbagai aksi sarkas serta berhubung rapat dengan penonton bersama rakan kongsi kami. Ternyata, ia akan memberikan pengalaman yang luar biasa!” kata Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19. 

Kumpulan seniman sarkas Rusia yang dikenali ramai ini telah memukau penonton di seluruh pelusuk dunia selama berpuluh tahun dengan memberikan persembahan penuh dengan ciri kesenian dan kemahiran atletik. Pengunjung dari setiap peringkat umur akan dibawa ke alam fantasi melalui pelbagai persembahan unik oleh artis trapez, juggle, ahli akrobat dan gimnastik yang memukau setiap penonton pada masa sama. 




Aksi-aksi luar biasa yang penonton bakal menyaksikan termasuk persembahan tarian terapung oleh aerialist dan pejalan kaki wayar tinggi yang mendebarkan, artis trapez serta akrobat Swing Rusia, bersama sorotan khas yang turut ditampilkan seperti persembahan juggling yang memukau daripada Semen Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi, pemutar diablo yang mencabar graviti serta persembahan daripada pakar ilusi, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants. 

Setiap persembahan akan menampilkan program khas selama dua jam merangkumi hampir 40 artis profesional yang dijaminkan akan menarik perhatian setiap penonton. 

“Ia merupakan peluang terbaik buat para keluarga, hadirin berpasangan serta sekumpulan rakan-rakan untuk merasai pengalaman seumur hidup yang menghiburkan. Ini menerangkan harga tiket mampu milik yang kami tawarkan serendah RM50 serta pertunjukan yang berlangsung sehingga 24 hari di setiap bandar kerana kami tidak mahu sesiapa pun untuk melepaskan peluang mereka menghadiri ke salah satu pertunjukan kami untuk menikmati persembahan-persembahan unik yang tidak dapat disaksikan di tempat lain,” tambah Kenneth Lee. 

Para Penerbit Eksekutif dan Penerbit acara ini turut mengambil langkah selanjutnya bagi memastikan sumbangan positif diberikan terhadap komuniti dan ekonomi Malaysia. Selaras dengan misi kerajaan bagi warga Malaysia untuk membantu mengatasi hutang negara, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia. 


The Moscow Circus akan padankan jumlah yang dikumpulkan dengan harapan sekurang-kurangnya RM1,000,000 dapat diraih untuk dana tersebut. 

“Kami amat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk mempersembahkan aksi-aksi menakjubkan kepada warga senegara daripada sekumpulan artis bertaraf antarabangsa. Pentingnya juga bagi kami untuk memainkan peranan dalam memberi sumbangan daripada hasil jualan kami kepada Tabung Harapan kerajaan negara. Oleh itu, pembeli tiket bukan sahaja berpeluang menikmati acara kami, namun turut beramal kepada negara pada masa yang sama,” kata Dato’ Sri G Radakrishnan, Penerbit Eksekutif The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19. 

Maklumat Acara The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/9 

Masa pertunjukan: 

Isnin : tutup 
Selasa – Khamis : 8.30 PM 
Jumaat : 5.30 PM & 8.30 PM 
Sabtu dan Ahad : 11.30 AM, 3.00 PM dan 7.30 PM 

Tiket acara ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan teratas. Bagi melengkapkan pengalaman di dalam sarkas, keseluruhan persembahan akan diadakan di bawah khemah circus Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Ia bakal menjadi khemah sarkas terbesar yang pernah bertapak di Malaysia! 

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.net


Mengenai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 

Buat pertama kali di Malaysia, Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Mr Yahna SG, bersama Penerbit Mr Kenneth Lee dan Mr Victor Pilipovic membawakan anda, The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19. 

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 merupakan penerbitan khas yang menampilkan artis-artis dipilih secara teliti gabungan daripada dua syarikat sarkas Rusia terbesar dan termasyhur, the Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus. 

Artis sarkas Rusia yang bertaraf antarabangsa dan terletak di puncak kesenian sarkas dunia telah memukau penonton di seluruh pelusuk global selama berpuluh tahun dengan persembahan penuh ciri kesenian dan kemahiran atletik. 

The Moscow Circus akan melangsungkan kembara ke 10 bandar di serata negara meliputi Petaling Jaya, Pulau Pinang, Prai, Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan dan Klang. Terdapat juga perancangan untuk membawakan acara ini ke Sabah dan Sarawak selepas kembara di Semenanjung Malaysia. Kembara Semenanjung Malaysia akan bermula pada 10 Ogos 2018 dan akan mengambil masa sepanjang lapan bulan untuk selesai. 

Setiap acara merangkumi program bertaraf antarabangsa selama dua jam yang menampilkan hampir 40 artis yang akan memulakan program dengan pertunjukan cavalcade oleh semua artis, diikuti oleh persembahan menakjubkan daripada aerialist, penjalan kaki wayar tinggi, artis trapez, akrobat, juggler, pemain roller skate, pemutar diablo dan pakar ilusi, semuanya dikendali oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants. 

Bagi melengkapkan pengalaman sarkas para penonton, keseluruhan persembahan akan bertempat di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Khemah The Moscow Circus bakal menjadi khemah sarkas terbesar di Malaysia. 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com