Hi Korang,
lembu gold comel wokeh
Aku memang suka mandi, lebih-lebih lagi kalau sabun mandi tu wangi dan harum je sepanjang masa. Jimat parfume sket kan.
Citer pasal mandi susu ni, teringat plak aku dengan event DOVE aku pergi last week di Amarin Kiara. Ya ampun, tempatnya amat cantik dan peaceful. Sejuk mata memandang, dalam KL still ada lagi hujan kecil untuk cuci mata kan.
Sementara nak tunggu bloggers lain sampai, jom bercamwhore ikut mood ye.
Ok event start, duduk dulu ek. Jom dengar diorg ni citer ek
Takkanlah kita nak pi ke SPA mandi susu setiap minggu kan, haruslah bocor poket dibuatnya. So DOVE telah pun menemui formula yang boleh menjadikan sabun mandi lebih berkhasiat daripada susu iaitu dengan teknologi NutriumMoisture™ – ia mengandungi rumusan yang kaya dengan pelembap dan nutrisi semulajadi untuk menambah nutrient kembali kepada kulit.
“Dove secara berterusan telah menerajui inovasi dalam industri penjagaan kulit dan pengenalan teknologi NutriumMoisture™ meneruskan tradisi tersebut,” kata Tanya Teng, Pengurus Jenama Pembersihan Kulit di Unilever (M) Sdn. Bhd.
NutriumMoisture™: Mengekalkan Kecantikan Kulit Dalam Jangka Masa Panjang
Pelembap dalam cecair mandian badan biasa akan berada di bahagian atas kulit buat sementara waktu. Namun demikian, apabila digunakan setiap hari, NutriumMoisture™ baru akan menembusi permukaan lapisan epidermis kulit untuk memberikan khasiat kepada kulit.
“Dengan menyerap ke dalam kulit, NutriumMoisture™ Dove membantu membina semula kecantikan kulit daripada dalam lapisan epidermis untuk menjadikan ia lebih cantik di bahagian luar. Teknologi baru ini memberikan penghidratan komponen dan proses lapisan kulit bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit dalam jangka masa panjang jika diggunakan setiap hari,” kata John Goh, Pengurus Aturan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Penjagaan Kediaman dan Diri serta Ketua Tapak R&D Unilever (M) Sdn. Bhd.
Lepas briefing tuh, ada ujian test tahap kelembapan kulit. So Swee San jadi volunteer untuk test kulit dia. Hah ko totally different percentagenya. Memang terbukti berkesan.
Ok meh cuba plak kat tangan aku, ok sapu susu then sapu DOVE plak. Lagi nampak keberkesanannya, maklumlah aku ni kan kulit kering, memanglah bersesuaian dengan aku kan.
Kemudian, ktorg ada aktiviti menarik plak lepas tuh.
itu fatin suhana, suzai dan anis athia
Memandangkan tempat tu adalah The Food Studio kan, so ktorg kena masak sendiri lunch ktorg pada hari tuh. Masak lagi, memang muka aku ni muka masak betul lah.
bahan-bahan
caroline dan uni - comel kan
fiona, illy dan aku la
masak lagi nampaknya
susun daun pandan ye dik
Ktorg di bahagikan kepada 3 team iaitu team Appetizer, team main course dan team dessert. Nasib baik aku dalam team dessert kira senanglah sket. Ktorg kena buat Pandan Pannacota with Mango. Resipi dah siap cuma ktorg kena ikut je resipi tuh.
with Chermaine Poo adik dia macam Korean K-pop star tuh
with syafiqah
with Suzai
with lovely Hijabista twin, iena dan ida
thanks illy coz sudi ajak tau
Sambil masak tu, sempat gak lah berkenalan dengan bloggers lain. Ramah-ramah diorg ni, seronok dapat kenal dengan gadis-gadis hijabista yang ohsem ni.
Ok its makan time,
Appetiser: Summerset Greens with Avocado and roasted walnuts
Main Course: Tasmanian Herb Crusted Salmon Fillet
Dessert: Pandan Pannacotta with mangoes
Yes makan sampai kenyang.
Semuanya sedap-sedap belaka sebab dah lapar sangat time tuh.
Anyway thank you to DOVE for special briefing dan The Food Studio coz sudi ajar ktorg masak dengan cara yang mudah.
Ok, mau shower dengan DOVE Beauty Nourishing..