Showing posts with label Terkenang Masa Dulu. Show all posts
Showing posts with label Terkenang Masa Dulu. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Lamb Chop? Oh Tidak!!

Hi Korang,

Aku terbaca entry pasal lamb chop nie di Chybeelila. Dia nie salah sorang follower aku yang study/live di German (aku lom abis lagi mentelaah blog dia nie lagi).

Apa cerita lamb chop nie?

Aku memang tak pernah makan lamb chop. Bukan tak mampu tapi aku takut. Even mr Big sefamily sangat gemarkan lamb chop nie. Bagi family aku, kami tidak pernah didedahkan mengenai daging kambing nie sejak kecil lagi. Bila si maknya tak makan/masak, automatically anak2 pun ikut turut tak makan.

Tapi kenapa takut makan lamb chop?

Ada satu peristiwa pasal daging kambing nie. Kejadian nie dah 11 tahun yang dulu. Masa tu aku masih bergelar student di Uitm Sri Iskandar, Perak lagi. Hari tu, merupakan hari akhir untuk semesta kedua. Aku memang tak plan nak balik hari tu pun tapi disebabkan hostel dah mula kosong dan good fren aku yang tak jadi nak berjimba dengan aku, so aku kenalah balik JB. Bukan apa, takut tinggal kat hostel memalam2 sorang2. Haruslah macam2 benda berlaku kan.

So aku pun dapatkan bas ke Medan Kid (sekarang dah tak nama apa ek) di Ipoh untuk ke KL. Maklumlah dulu suka naik bas lompat2 coz malas nak naik bas Ipoh-JB. Penat oo sakit pinggang duk lelama. Lagipun bila naik bas lompat2 nie boleh lah cuci mata sket. Mana tau boleh temu jodoh dalam bas kan dengan student2 lain (nampak sgt aku gatal kan, masa tu sexy ooo kurus meletups uols).

So aku sampai Puduraya dari Ipoh dalam pukul 11.30 malam. Pas dah beli tiket bas untuk ke JB dalam kul 1.00pagi, perut plak terasa lapar. Boleh terlupa bab makan bila nak balik JB sebab tak sabar, rindu dengan mak. So seberang Puduraya tuh, ada kedai mamak 24 jam. Terus aku kesana untuk makan. Masa tu lauk yang tinggal daging kambing je, yang lain semua dah abis. Oleh kerana dah lapar sangat aku terus bedal tanpa pandang kiri kanan. Habislah sepinggan daging kambing tu aku bedal. Dalam hati bercakap, sedap betul lah daging kambing nie, nanti nak suruh mak masaklah.

Sementara nak tunggu bas sampai, aku lepak2 kat dalam Puduraya tu. Punya lah ramai orang, tapi aku still x de rasa takut pun. Maklumlah sorang kan, aku beranikan diri jelah. Bas sampai dalam pukul 12.15tghmalam. Orang tak ramai, so bolehlah duduksorang satu bangku. Aku duduk dekat dengan driver, senang kalau jadi apa2 kan.  Tengah nak tunggu bas jalan, badan aku dah start rasa panas, peluh dah menyimbah2 keluar. Aku hairan, nak kata sakit perut tak jugak. So aku lepak lagi tengok tv dalam bas nie. Memang tak boleh tahan ooo panasnya. Baju dah hampir basah. Aku terus jumpa abg driver tu, suruh tunggu kejap aku nak pi toilet. Ambil baju dengan seluar pendek trus pi tukar sebab dah tak boleh tahan sangat panasnya.

Bila dah tukar, baru lega sket. Bas pun bergerak menuju ke JB. Penumpang dalam 10 orang. Memang tak ramai. So segala air-con semua aku halakan dekat aku. Peluh still menitik lagi, badan tak tentu rasa. Nie tak boleh jadi nie, aku tabahkan hati gak untuk harungi semua nie. So bila sampai perhentian bas Air Hitam, aku turun terus telefon ayah aku. Dia dengan rasa risaunya trus datang amik aku kat Air Hitam nie.

Dalam masa 45minit ayah aku sampai dengan mak aku, gila laju di bawak kete maybe dah pagi kot kereta tak banyak. Trus amik aku bawak Puteri Specialist. Mahal pun mahal tapi cepat baik kan. Ktrog sampai hospital dalam kul 6.00pagi. Trus masuk emergency ward, bukan main ramai doktor dengan nursenya yang sibuk mengkaji apa plak sakit aku nie. Masuk air, bagi bius, telan ubat ermm memacam rupa dan bentuk rawatanlah yang aku terima.

Pas pukul 8.30pagi cam tu, baru aku di masukkan ke ward biasa. Check punya check, rupanya aku nie ada alahan dengan kambing. So barulah aku tau, kenapa aku jadi cam tu. Mak plak memang tak pernah bagitau sebab dia pun tak tau. Tak sampai satu hari pun aku di hospital. Tengahari dah boleh keluar. Bila time keluar tu, aku dibekalkan dengan ubat2 antibiotic dan pesanan penaja dari doktor & nurse yang comel2 tu.

So sampai sekaranglah aku tak sentuh pun apa2 yang berkaitan dengan daging kambing nie. Bila tengok orang makan, menelan air liur jelah aku nie. Mr Big cakap, cubalah rasa sket2 dulu, tengok apa yang jadi. Aku cakap senang je, kalau jadi apa2 kat aku tanggunglah beban tu je. Terus dia tak berani kasi aku makan.

Hah, itulah dia kisah aku dan lambchop. Harap jadi pengajaranlah kat diri aku sendiri ek. Bukan sebab aku tak makan kambing sebab nak diet, tapi itulah ceritanya.

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

p/s: Baru aku perasan, masa muda2 dulu aku berani betul. Sekarang? hampeh sket nak berteman kan mr Big.

Tuesday, May 4, 2010

Aku Tak Sombong!

Salam korang,

Lama betul tak update ek! Maklumlah baru balik bercuti. Ala bukan ke mana pun. Balik JB je. Itu pun day trip. Boleh gitu? Boleh aje kan. Nanti aku story2 lagi pasal cuti tu.


Entry nie khas untuk student ex-SMPT JB (Aku tau korang baca blog aku nie senyap2 kan!)

Now aku nak citer pasal tajuk entry aku nie. Kenape jadi cam tu ek? La bukan apa, last week bebudak sekolah aku buat reunion.Kononnya reunion yang grand lah. Ok fine. So dah berbulan diorg nie plan dan sibuk nau suruh aku datang. Bukan aku tak nak datang tapi aku memang ada hal yang tak boleh di elakkan. So aku explain kat diorg.

Nasib baik ramai kengkawan yang paham. TQ Guys!

Aku ingat bila dah explain, tak de la timbul issue. Rupa2nya banyak plak yang beri komen. Ada yang kata aku nie anti sosial lah, dah sombonglah, berlagak lah ermm macam2 lagi lah. Yang best tu yang mengata tuh, di antara orang2 yang rapat dengan aku plak tu.  Ishk korang nie, tak baik buat tuduhan melulu. Cuba fikir sebelum bercakap.


Ermm malas aku nak layan lagi lah. Lantaklah apa diorg nak cakap. Aku ok je. Tapi yang aku sakit hati tu, bila orang cakap aku nie anti sosial. Bila plak aku jadi katak bawah tempurung plak nie. Kalau korang nak tau, sila lepak2 kat blog aku nie lelama sket. Review entry2 aku yang lama. Bila dah baca baru nanti korang tau kan, aku nie sapa.

Macam mak aku suke cakap sekarang nie, Ada Aku Kisah!!  (Kat mana plak mak aku adapt bende2 nie ek?, ishk pengaruh tv betul lah)

Kepada ex-SMPT JB. Aku dah tengok gambo2 yang korang amik. Great! mesti best dapat jumpe geng2 setan lama balik kan! Insyallah kalau ade reunion lagi aku akan join.

Wednesday, February 24, 2010

Kereta Breakdown? Sorang? Baca tips nie!



Aku tak reti nak bagi tips pasal blogging2 nie coz baru2 je belajar menulis kan, jadi tips nie je yang aku tau so aku tulis lah ye, nie based on pengalaman sepanjang aku bawak kete.

Bukan apa, aku nie selalu kene cam nie time aku sorang. Kereta aku nie sejak dari aku beli sampai sekarang nie dia jarang meragam. Tapi bile dia meragam, payah gak lah kan. Lagipun mr Big keje area KL CDB tuh, aku plak kat Cyberjaya. Kalau nak tunggu dia datang, aku boleh rentung kat tepi jalan tu. Tak pun ramai plak mamat2 kete yang beria2 nak tolong aku sambil terjuling2 matanya memandang ke arah bende yang tak patut di tengok kan.

So ini ada sket tips untuk korang supaya tak delah mengalabah sangat kan! Macam aku dulu, siap nak nangis2 lagi. Masa tu kene kat highway PLUS nak ke JB, kene kat Kulai so bertowing lah sampai tol Skudai. Pas tol, kene towing sampai Tun Aminah, nasib baik adik aku dah tunggu kat bengkel tu.

  1. Jangan panik, rileks. Tarik nafas pepanjang. Kalau korang panik, korang x leh nak fikir pun kan. So itu lagi menyusahkan.

  1. Berhenti tepi, pasang hazard light (takkan itu pun x tau, kalau dalam hujan tau plak korang gunakan) kalau kereta mati tengah-tengah jalan selalunya mesti ada orang akan tolong tolakkan ke tepi dan diorg nie pun x bodoh nak langgar kete korang tu kan. Lebih2 lagi pompuan kan. Mesti diorg tolonglah, so janganlah bimbang.

  1. Call laki korang untuk inform yang kete tersadai kat tepi jalan nie. Maybe diorg boleh mintak tolong sesape ke yg dekat kat area korang tu ke kan. Kalau time keje call opis dulu kang sah2 ko kene potong gaji sebab tak datang x de sebab kan.

  1. Call tow truck. Cam aku ade Kurnia Auto Assist so aku call je diorg nie,bagi je no kereta, automatic diorg boleh tau details korang semua tau. Nanti diorg tanya breakdown kat mane, nak tow truck anta kemane dan macam2 soalan lagi lah. Klu kene kat highway boleh call kotak orange yang ada setiap 250m tu. Tapi aku simpan no kotak orange highway nie, senang sebenarnya.

  1. Tunggu tow truck datang. Jangan tahan tow truck yg bersepak kat tepi jalan tu, diorg tu cekik darah tau. Kalau korang pandai, cube2lah tengok kat enjin kete tu apa yang berasap ke kuar api ke kuar air ke. So senang nak explain kat bengkel nanti. Kalau korang pandai lah kan. Kalau tak, duk dediam bawah pokok kat tepi jalan tu.

  1. Pas dah call segala mak nenek semua tu, korang cube fikir bengkel yang korang selalu pegi or yg berdekatan dengan korang. Tak pun x kan laki korang nak biarkn korang rentung kat tepi jalan tu kan, eventho dia x leh nak datang, im sure dia mesti ade jalan untuk tolong korang dr jauh. Betul tak? Confirmkn bengkel mane korang nak pegi, senang tow truck nak bawak. Ala kalau susah sangat ikut je panel insurans korang tuh. Senang tapi mahal lah kan.

  1. Bile tow truck datang, amik segala info pasal tow truck tu then inform kat laki korang yang korang akan ikut tow truck tu sampai ke bengkel. Bukan apa, if anything happen laki korang taulah nak cari korang kat mane kan. Lagipun x kan korang nak tinggal tepi jalan tu tunggu teksi. Bongoklah tu kan

  1. Sampai bengkel, discuss dengan tokey cam ne. Kalau boleh claim insurans then get proper document. Kalau bayar sendiri, suruh laki ko kautim dgn tokey bengkel. Normally orang lelaki pandai bab-bab kereta nie so tak de lah kite orang pompuan nie kene tipu kan.

Kesimpulannya :-

-          Carilah satu bengkel yang boleh jadi geng, supaya bile ade apa-apa senang korang nak refer kat bengkel tuh kan. Macam ktorg, ktorg ada mechanic family kat Ampang. Apa-apa semua refer kat dia.

-          Biasa2kan independent, kalau nak harapkan orang susah beb! Belum tentu orang tu nak tolong kite kan


Tips nie leh pakai time kereta breakdown je bukan tayar pancit okeh.. Tapi kalau accident tu lebih kurang sama tapi ade sket different. Kalau korang nak, nanti aku buat entry. Sebab accident kereta jadi burger pun aku dah rasa tau. Maklumlah dulu I nie gangster kampung dusun.

Semoga apa yang aku tulis nie memberi tak banyak, sket pun jadilah manfaat untuk korang,mak2,nenek2, wanita2, bini2 orang, GF2 orang kat luar sane tau!

Yang lelaki plak bile baca entry janganlah plak nak lepas tangan. Ingat! Itu tanggungjawab tu tau! Tapi mrBig senang, dia trus tunggu kat bengkel sambil lepak2 dengan mekanik ktorg kat kedai mamak sebelah bengkel tu. Uishk itu yang aku geram tu tau!

Friday, November 20, 2009

Ex-CTRP, Mainstech

proses pencarian ex-ctrp uitm sudah bermula.. itulah status FB aku berbunyi...

disebabkan aku terwindu sangat kat diorg nie, aku berusaha untuk mencari diorg nie. Diaorg nie sape ek? Ermm good question. Diorg nie batch CTRP year 96-99 di Uitm Sri Iskandar Perak. Maknanyer geng2 masa aku belajar dulu la.. course planning. Geng2 setan la katakan. Ktorg pompuan dlm 11 org yg lelaki dlm 19 org kot.. Nampak cam sket tapi boleh roboh block kuliah tu klu ktorg buat bising.

Aku ingat, dulu ade sekali tak silap aku masa 1sem. Boleh tu gaduh dgn bebudak lelaki nie sampai tak bertegur selama 1 week. Kira hebat gak la.. yang peritnyer ade 2 couple yg tgh hot bercinta tu kene ikut gak la tak bertegus sape. khkahakhakahka.. klu ingat balik memang tak abis nak citer..

So far sekarang nie, aku baru dapat berborak dgn 2 orang nie, yang lain 3 org borak dalam FB je.. Takpe2 pencarian akan diteruskan jugak, semoga aku dapat jumpe ape yang aku cari.

Nanti aku masukkan gambo2 masa aku study dulu. ishihskhskhish kelakar tau.. Dan aku juga akan kenalkan kat korang gak.. so stay tune...

Meja Sape Nih?

Tengah kemas-kemas data dalam PC nie, aku terpandang gambo nie


Aku rasa ini bukan cubic aku nie, coz aku tak de cubic. Aku duduk dalam bilik alone kat opis nie. Nie gambo meja sape plak nie? Belek punye belek baru aku perasan nie meja mr Big kat opis dia. Tengok barang2 atas meja dia teratur je kan. Dia memang cam tu, even barang2 dia kat umah pun teratur je. Kete2 RC dia kemas je dia susun. Bukan cam tu aku, mane dan je simpan. khkahkahakhakhakah


Aku perasan gambo nie. hehehehhe. Gambo ktrog nie. Masa nie ktrog amik masa baru2 bercinta, pegi outing dengan kengkwn bank mr Big ke langkawi. Comel je kan.Masa tu aku baru baik sakit mata, itu yg pakai spek hitam tu, disebabkan dah beli tiket keretapi so ktorg pegi jelah. Seronok tau naik ketapi, yang ade katil tuh. Best...

Yang penting, comey kan... lovebird la katakan..

Friday, October 2, 2009

Karisma Cinta

Memang tiap2 ari aku akan dengar online radio kat opis aku nie.. So mcm2 station la yang aku dengar..selalu DesaFm tak pun AsyikFm, coz 2 station nie je leh dapat kan.. IT pasang firewall tuh..

Tetiba lagu nie kuar plak :
Kharisma Cinta
cinta...

kini kau datang jua

melanda dua insan

dirimu...diriku

cinta...

sungguh indah c'ritamu

dunia terasa hampa

bila kau tiada
hati-hati cinta

juga bisa membawa

duka...

batas lingkaran yang slalu

bisa membawa

suka...
demi dikau...

yang kusayang

demi kasih ...

yang kudamba selalu

sayang...

tiada seindah kasih sayang

cinta suci lagusyahdu merdu

tiada seindah kharismanya

pabila kau tahu cinta itu suci
 
Aku dulu sebelum kawin, memang seorang yg anak dara yg ligat la katakan... sgt active.. everyday pas keje ade je activity yg saje dipenuhkan sampai malam.. so umah bujang aku dulu tu cam hotel la gak kan..
One of activity yg paling aku enjoy sekali ialah karaoke, bole dikatakan dlm seminggu tu 3 kali ktorg aku pg karaoke dgn geng2 setan yg lain. Tempat yg selalu ktorg pegi Star KTV Bangsar SC, klu happy hour tu murah je, sorang dlm RM30/= siap dinner, cubela korang bayangkn seminggu 3 kali. Smpi bebdk kat situ dah kenal dah ktorg nie..


Dan lagu nie di antara lagu2 wajib utk aku melalak2 dgn diorg nie, sampai ade org opismate aku nie Abg Eddy, dia nie kaki gak melalak but jarang join la coz asyik x sempat manjang je, "dia lagu lama cam nie pun ko bole nyanyi?? pelik aku la... " Kelakar betul la... tapi lagu nie memang best la.. kata ayah aku klu dengar lagu nie memlm bole trus lena tido...