Hi Korang,
Sejak Mr Big join My Alza Owner Club (MAOC) ni rajin nau ktorang berjalan. Kalau tak jauh, dekat then kalau tak dekat, jauh lah jawabnya.
suker benau mamat ni, yelah orang glamer kat blog kan
Macam hari tuh, ktorang ke Raub during Sunday. Wei ahad tu, kan time berehat.
Seminggu sebelum tu Mr Big dah book aku, suruh free kan diri untuk Ahad akan dating coz nak pi outing dengan bebudak Alza ni. So aku pun clearkan diri daripada sebarang event. Tu yang tak pi Kidzania, ari minggu tuh.
ni baru sket je
So berkumpul untuk team Bangi kat Petronas Uniten tuh, la 5 biji kereta je. Biar betul laki aku ni ermm ikut jelah. Rupanya kat BP Gombak tu bukan main banyak kereta. Sampai tak de tempat nak parking ye. Barulah seronok berconvoy reramai cam ni.
ni pun baru sket gak la
motor ni bukan join convoy sekali ek
Sampai kat pekan Raub, ada lagi satu group lain menunggu. Adui semakin besar dan panjanglah convoy ni. Aku ingatkan dari pekan Raub ke Lata Lembik ni dekat je, rupanya ermm 1 jam gak lah driving.
nampak tuh
tanah merah plak, abis tayar oit
naik bukit
lori tgh betulkan signboard plak
Memang tempat ni pengujung jalan, jalan mati. Jalan pun satu je, kalau ade kereta lain datang dari arah lain, kena stop dulu then bagi diorang jalan. Kalau tak ke sungailah jawabnya ye.
ok parking time
OTT - Official Table Talk rupanya
Masa pagi sebelum keluar tuh, aku double confirm lagi dengan Mr Big kemana kita nak pi ni. Dia cuma cakap ke Raub ada MAOC Gathering #OTT Bentong 2014 itu je. Tak sangka plak bila masuk kawasan ini rupanya tempat air terjun uolls.
Dengan baju tak bawak, makanan tak bawak, memang pergi bercinta dan bermanja-manja je lah.
dari jauh sudah jatuh cinta
sejuk ooo
Airnya sangat sejuk ko, betul-betul air dari tanah tinggi. Deras plak tuh. Ada banyak chalet dalam kawasan ni untuk di sewakan dan murah-murah je harga semalam. Ishkk sakit nau hati aku lah.
chalet semalam sewanya semurah dari RM50.00 je
tempat gathering
ni baru team dari KL, belum team Kuantan lagi
Lepas je makan, nasib baik makanan ada wokeh tapi sket la coz catering diorang ni baru belajar agaknya. Ramai gak tak dapat makan, Mr Big pun sama.
orang lapo
ade memacam aktiviti boleh buat kat sini
naik basikal pun boleh gak
ok nasi goreng kampung, sedap wei bile time lapo
Sudahnya ktorang pi makan kat warung tepi sungai ni. Sambil tunggu makan, sambil tu surfing net. Line phone memang tak de langsung but WiFi kat kedai makan ni memang terbaek ooo. Apalagi terus je update apa yang patut.
inilah orangnya yang buat aku gerammm
panas rumah ni kalau tido tengahari kan
boleh main tulis nama atas batu
ada jambatan gantung lagi tau
Ermm ambik gambo jelah yang aku mampu selain daripada celup-celup kaki dalam air sungai tu kan. Arghh sakitnya hati.
Tempat ni sangat best, selain daripada mandi air sungai sejuk boleh main water rafting tau. Itu yang awesome sebenarnya, yang aku teringin sangat nak main.
Lain kali la jawabnya.
Korang kalau nak bawak anak-anak time cuti sekolah ni, rasanya best kot. Dahlah murah so dapatlah korang berjimat. Lagipun KL dengan Raub tak delah jauh mana dalam sejam gitu je.
landmark untuk korang refer
Memang aku nak datang, ishkk geram betul dengan Mr Big ni lah...