Showing posts with label Tasik Dayang Bunting. Show all posts
Showing posts with label Tasik Dayang Bunting. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Romantic Weekend Di Awana Porto Malai Resort, Langkawi (DAY 1)


Hi Korang,

Rasanya ramai yang tau aku dapat percutian romantik dari Awana Porto Malai Resort, Langkawi yang ditaja sepenuhnya dari Awana Hotel and Resorts. Thanks to Nuffnang for this great opportunity. 


Bukan aku berdua je lah ada 2 lagi couple bloggers yang join holiday ni dan juga 2 orang dari Media Agency, Ms Pei Yee dan Ms Iris.


Alah tak lama pun 3 hari 2 malam tapi semuanya disponsor ye. Jangan jelesss

Day 1


Ktorg bertolak dari LCCT Jumaat pagi. Ingatkan flight kosong sebab time kerja waktu tu, rupanya full house. Agak bising jugak dalam flight nasib baik 1 jam gitu kan yang best tu breakfast pun diberikan jugak. 



Sedap nasi lemak Pak Naseer ye. Nak hilangkan rasa boring, ktorg snap segala gambar awan di luar sana kan. Memang cantik bangat!




Sesampai je ktorg di sambut oleh porter dari Awana Porto Malai Resort terus je ktorg di bawa ke hotel. Dekat je lebih kurang 20 minit dari airport ke resort. Sampai di hotel lobby, ktorg di sambut oleh Ms Suzie Lim (aku kenal dari Awana Kijal lagi) dan Mr Simon selaku GM di Awana Porto Malai Resort ni. 




Sementara menunggu bilik siap, dapat wet towel dan welcome drinks gituh sampai menghirup udara laut segar ni.





Once dapat kunci bilik ke terus ke bilik untuk fresh up ourself before next itinerary. Masuk je bilik. Alamak terus tergoda dibuatnya. Premiere Sea View Room (RM480++ per night) dengan king bed dan facing the sea. 



Memang cantik tau. Ktorg siap dapat a bouquet of roses lagi dengan fruit basket. Honeymoon lah kata kan.  Siap bercamwhore bagai dalam bilik terus je turun bawah untuk lunch coz perut dan berkeroncong bagai kan.


First itinerary tempat yang ktorg nak pi tu Buffalo Park dan Cheese Making di Kg Nyior Cabang. Bila sampai je tempat tu, senyap je rupanya diorg tutup pada hari Jumaat kan. So melepaslah nak pi tengok kerbau dan orang buat cheese. Ktorg sempat bergambo dan makan ais krim dari susu kerbau jelah, sedap gak rasanya.


Sementara nak tunggu next itinerary, ktorg di bawa ke Underwater World. Alah sesaje cuci-cuci mata kat kedai duty free kan. Sempat jugak shopping sket je. Diorg ni bantai beli coklat je sebab murah nak makan time tu gak.








So petang tu, kitaorg berpeluang tengok sunset di Langkawi ni dengan Tropical Charter Cruise. Naik cruise tu sambil tengok sunset, sambil berjakuzi, mandi laut, sambil berBBQ. First time merasa semua ni. Kira cam jakun sket lah kan.





Memang mendamaikan je dapat tengok matahari terbenam kan, lebih2 lagi dengan the love one. Haruslah romantik sangat kan. Makan-makan,mingle around with others, floor dance pun ada. Best lah.




Ktorg sampai ke darat balik dalam kul 8.30malam cam tu. Balik ke bilik dan rehat2 je coz penat sangat. Lepak tengok laut waktu malam pun best jugak ooo dari balkoni. Rasa baHaGia sangat.

Ok itu je untuk hari pertama, nanti sambung episod seterusnya ek..

Sesangat seronok wokeh!