Showing posts with label Tarian singa. Show all posts
Showing posts with label Tarian singa. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Membeli Belah di YFS Concept Store, IOI City Mall Putrajaya

Hi Korang,

Memang aku selalu ke ioi City Mall ni tapi langsung tak perasan kedai pakaian ni.


Bukan apa, jarang lalu tingkat 2 ni selalu jejalan kat bawah je itu pun beli groceries dan beli makanan #DakUban je hehhehe


So bila ada jemputan daripada Sabrina dan Amir ke majlis perasmian pembukaan butik pakaian ni mesti excited kan, boleh check it out fesyen yang terkini hehehhehe eh bukan aku je ada lagi beberapa rakan media dan bloggers yang turut hadir untuk jayakan sambutan ini.

Mari aku citer sket mengenai YFS Concept Store ni

YFS Concept Store ditubuhkan pada tahun 1980 yang mana cawangan pertamanya terletak di Johor pada ketika itu. Sehingga kini terdapat 50 outlet YFS dengan 500 pekerja keseluruhannya. YFS adalah singkatan kepada Young, Fabulous dan Sassy menawarkan pelbagai rekaan pakaian yang ranggi dan terkini memenuhi citarasa muda-mudi hari ini.

Sebelum aku bawak korang tour satu butik ni meh, aku tunjukkan acara wajib sempena sambutan Tahun Baru Cina ni kan


Yeahhh ‘Yee Sang’ time.. hah lambunglah setinggi yang boleh semoga bertambah kebaikan, kesihatan dan kekayaan….. yeee mari –mari semuanya…


Majlis bertambah meriah dengan adanya acara "Tarian Lion Dance"...


Sempena 2016 merupakan tahun monyet, Kemunculan Monkey King dan juga Lion, membawa maksud semangat juang, membawa tuah, moga tahun baru kali ini beri lebih banyak öng!


Seperti biasa majlis diacarakan oleh Sabrina yang begitu semangat dan teruja mengalu-alukan kedatangan para media ke majlis ini.


Seterusnya CEO YFS Concept Store, Mr. Nicholas Chong turut berkongsip tentang inspirasi gaya yang dibawakan oleh YFS yang mana sangat menekankan citarasa orang asia, mengikut rekaan dan juga saiz.


Bertemakan konsep "Style It Your Way With YFS", rata-rata rakan media yang menghadiri juga teruja dengan penerangan tentang cara pemilihan rekaan baju dan warna dari pihak YFS.

Selain dari label YFS itu sendiri terdapat jenama label lain yang turut dipasarkan di outlet YFS Concept Store, antaranya seperti American Denim, AD Jeans, AD Kids & Mikayla.

Orite, jom kita lihat antara beberapa koleksi yang menarik yang terdapat di YFS Concept Store:-

AD Jeans



Seluar jeans berkualiti tinggi untuk lelaki dan perempuan. Dikeluarkan dalam pelbagai potongan dan warna yang menarik.

YFS Concept

Yang ini antara koleksi pakaian yang paling ditawarkan. Pelbagai jenis rekaan mengikut kesesuaian acara dan minat pembeli itu sendiri. Memang rambang memilihnya terutama dari segi koleksi blouse dan jaket yang cantik. Terdapat koleksi untuk perempuan dan juga lelaki ya.







Jadi kita boleh pilih apkaian samada ianya kasual, pakaian ke office ataupun majlis santai serta perayaan

AD Kids & Mikayla 

Koleksi istimewa buat kanak-kanak yang direka secara esklusif untuk mereka agar tampil lebih bergaya.

Aksesori


Selain daripada pakaian, terdapat juga aksesori yang ditawarkan pada harga sangat berpatutan, pada kualiti yang terbaik jauh lebih murah dari pasaran. Antaranya seperti beg tangan, topi, rantai, gelang tangan, cincin , shawl dan banyak lagi.

Terdapat juga kemudahan "fitting room" yang luas dan agak banyak, bagi membolehkan pengunjung mencuba terlebih dahulu pakaian yang mereka minat sebelum membeli.



Kaunter pembayaran juga banyak dan luas. Jadi memberi keselesaan untuk mereka yang datang berbelanja untuk membuat pembayaran.

Untuk pengetahuan korang yang kaki contest or geng compers ni kan..


Ada peraduan baik punya ni..

1. Hanya perlukan korang menggayakan pakaian dari YFS Store

2. Upload ke FB dan jangan lupa tag--> https://www.facebook.com/YFSConceptStore

3. Minta kengkawan LIKE gambar korang

4. LIKE paling teringgi bakal menerima barangan RM300 dan 10 yang tertinggi dalam senarai bakal menerima produk YFS bernilai RM100.

Keterangan lanjut boleh layari:-


Instagram : @yfsconceptstore



Terima kasih YFS Concept Store atas jemputan yang best ni ek!!!