Showing posts with label Taman Tun Dr Ismail. Show all posts
Showing posts with label Taman Tun Dr Ismail. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

The Butterfly Project SPA Party @ Posh Nail Spa

Hi Korang,

Suka tak tengok gambar bloggers CUTE di Posh Nail Spa Party kat entry hari tuh. Kalau tak sure yang mana, korang klik je kat ENTRY NI. Haruslah suka kan, awek CANTIK dan HOT mesti korang suka layan kan.


Ok ok ini citer penuhnya.


Aku memang lucky dapat pi Spa Party anjuran The Bufferfly Project ni, sebab ape? Aku actually dah tolak pun coz ada hal lain dan tup-tup tak jadi plak. Dengan tebal mukanya aku slow talk women to women dengan tuan punya The Butterfly Project ni mamasan Tammy.  Nasib baik mood dia baik hari tuh, so dapatlah aku golden ticket ke SPA Party ni.

Disebabkan aku sampai agak awal so aku kene duk kat tangga dulu coz diorg nak surprisekan ktorg kan. So sambil main game mahjong kat iPad ni, aku perasan semua orang so busy sampai aku rasa nak pi tolong je kan. Bila cakap nak tolong terus diorg cakap ala tak per.

Hehehehhe

mana plak flip flop Havaianas aku ni, semua sama je

Dalam kul 12.30 tghari cam tu registration counter bukak, haruslah aku orang first then dapatlah hadiah special dari The BodyShop. Kemudian pi tukar baju coz theme petang tu bathrobe and slippers. Thank you Havaianas for comfy slippers. Pink lagi tau.




Bila masuk dalam party punya area tuh, cantik wei. Balloon sana sini, ada station Manicure, pedicure, TT Mask counter, Fotobox, D.I.Y station, tempat massage dan facial plak bahagian atas. Wah teruja sangat!



cantik kan, sekali sekala je

Terus pi buat manicure dulu. Rachelle tu baik sungguh membersihkan kuku tangan aku dengan tak banyak komplain tau. Ini dia warna yang aku pilih, cantik kan. Sesuai benau dengan jam yang dipakai.


Ok Ayna, hiburkan ktorg dengan lagu ciptaan dia sendiri berserta main ukulele. Pandainya dia ni, jeles mak wokeh.



Sket speech dari Tammy mengenai party ni. Dia pakai cakap je, no script no paper. Siap buat lawak lagi. Tammy memang cam tu, dari dulu sampai sekarang, she’s funny.


amoi cantik

Ada Bloggers Fashion Show tau dari Pink n Proper. Semua koleksi bajunya cantik-cantik but unfortunely aku tak muat pun. Yang jadi modelnya bebudak beauty bloggers gak. Semua aku kenal lah.







Ok berehat makan jap. Suka betul tengok makanan yang dihidangkan, walaupun simple tapi sedap oo. I like fat foods!





cantik kan kaki aku setelah di makeup kan

Buat pedicure plak, memula aku segan jugak but staff Posh ni bebaik je melayan kerenah aku. Abis semua disentalkan daki kat kaki ni siap urut-urut lagi sampai ke betis. Dapat plak kerusi empuk tu, haruslah terlelap sekejap.

with illy comel

bebudak comel lagi, Dalina, izzati dan wida

mira, aida dan sabrina (cantik bathrobe awak sab)

Bergambar lagi dengan diorang ni. Rasa cam muda plak bila dah bercampur dengan adik-adik comel ni kan.



Naik atas plak, nak berurut plak. Tengok list nama bukan main panjang, tapi aku dapat gak cilok dengan mudahnya. Hehehehhe best oo dapat urut-urut sekejap pun jadilah kan.
Tak perasan plak dah nak abis event. Tiba plak acara penyampaian hadiah, aku tak dapat apa pun alah its ok. Janji dapat enjoy, rileks dan hiburkan hati dengan bebudak ni kan.




Terima kasih pada mamasan Tammy yang sungguh bijak menganjurkan partyyyy syiok ni  dan juga  terima kasih pada IllyAyna & Laura yang sudi melayan kerenah beauty bloggers yang giler-giler ni kan.


Thank you Posh Nail Spa yang buat segala kuku aku jadi bersih dan cantik.

Thank you Aspen Spa untuk urutan bahu yang melegakan!


Thank you Good Friends Cafe untuk makanan yang sedap-sedap belaka!


Thank you Tres Chic Party Planner suka theme purple pink!


Thank you Fotobox coz banyak giler aku bergambar dengan diorg yang cun melecun ni!

Thank you Pink & Proper coz fashion baju-baju yang cantik tapi aku tak muat nak pakai lah!


and Thank you Thank you Thank you


coz goodies yang tak terhingga bestnya dan semuanya aku suka dan boleh di jadikan stok sampai tahun depan!!! 


p/s : gambar muka aku dalam ni memang sket tapi bersepah kat blog bebudak comel ni tau...

Tuesday, October 2, 2012

Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 Media Launch

Hi Korang,

Suka sangat korang kan bila aku citer pasal cara awet muda kan? Yelah orang dah berumur sket cam aku ni tapi bukan senior citizen lagi ye kenalah jaga apa yang perlu. Mana tau ada rezeki boleh masuk TV lagi khakhaka.

Mimpi yang tak sudah sungguh!


Lagi seronok bila pi media launch of Dermologica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 media launch kat Starbucks Taman Tun Dr Ismail. Simple occasion yang pernah aku join lah. Sambil makan sambil citer pasal product ni.


Aku rasa Dermalogica ni bijak dalam mereka sesuatu yang bersesuaian dengan kulit muka orang-orang bermasalah macam aku ni. Dengan berminyaknya, dah mula ada pigmentasi, fine lines dan memacam lagi. 

So ini dia


Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30


Produk 2 dalam 1 ini melicinkan, melindungi dan mencantikkan kulit sambil memperbetulkan cela pada permukaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan berseri. Mineral semula jadi mengurangkan cela kulit dan menambahkan seri pada kulit muka, manakala polimer menghasilkan permukaan yang sempurna dengna kesan lembut dan tidak berkilat.



Primer baru ini boleh dipakai begitu sahaja, macam make-up biasa atau sebagai basic bagi membuat penyamar noda atau bedak asas tahan lebih lama dan mudah dipakai.


Selain daripada menutupi cela yang nyata pada kulit, ianya turut membantu mengatasi faktor dalaman penuaan kulit. Campuran antioksidan White Tea yang berkesan, Peptida dan Sodium Hyaluronat melindungi kulit daripada kerosakan lain, sambil menggalakkan penghasilan kolagen dan melembapkan kulit. Tabir suria SPF30 yang terdiri daripada Zink oksida dan Titanium Dioksida yang melindungi kulit daripada penyebab utama penuaan ekstrinsik, iaitu pendedahan kepada sinar UV.


Dermalogica Skin Perfect Primer SPF30 ini boleh didapati dalam pakej tiub poly-foil bersaiz 22ml dengan harga RM242 (WM) dan RM250 (EM) dan di semua pusat AsterSpring dan Dermalogica bermula daripada bulan Oktober 2012.


Aku baru je cuba pakai pagi tadi, tengoklah hasilnya jeng jeng jeng. So far takde sangat nampak berminyak muka aku.  Tengahari ni pun still ok lagi.

Mehlah cuba ek!