Hi Korang,
Harapan pasti ada jika semua pihak memainkan peranan masing-masing. Ayam Brand™, jenama makanan tin yang sihat dan mudah yang telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia selama 126 tahun akan menyumbangkan 2% daripada jualan keseluruhannya sepanjang Jun 2018 dari para peruncit yang mengambil bahagian kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai usaha membantu kewangan fiskal negara.
Rantaian peruncit yang mengambil bahagian termasuklah AEON Retail, AEON BiG, Econsave, GIANT Hypermarket, Mydin Hypermarket, Pacific Hypermarket, Sunshine Square, TF Value-Mart dan The Store.
Inisiatif ini menggalakkan pengguna untuk mengambil bahagian dan menyumbang kepada Tabung Harapan tanpa sebarang kos tambahan. Ini kerana sumbangan tersebut datang daripada pembelian produk-produk Ayam Brand seperti biasa.
“Ayam Brand™ berbesar hati untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Harapan dan membantu meringankan beban kewangan negara, pada masa yang sama mempromosikan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Keperluan Tabung Harapan yang sememangnya mustahak serta tepat pada masanya kerana bulan Ramadan dan Hari Raya adalah masa unutuk memberi,” kata Penasihat Pemasaran Strategik Ayam Brand™ Malaysia, Nathan Deverre.
Antara produk-produk yang paling laris Ayam Brand sepanjang musim ini termasuklah Santan, Sardin di dalam Sos Tomato, produk-produk Tuna, Pineapple Chunks (nenas) dan Sweet Corn (jagung manis). Semua produk Ayam Brand adalah bebas bahan pengawet dan MSG, ia juga diakui Halal.
Di Malaysia, jenama ini cukup aktif menjalankan inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial serta memberi sumbangan semasa berlakunya bencana alam seperti banjir dan gempa bumi sejak sekian lama.
“Ayam Brand sudah menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia selama 126 tahun. Kami biasanya akan tampil ke hadapan jika ada keperluan dan kami gembira untuk menyokong Malaysia,” kata Nathan.
Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati produk Ayam Brand™!