Showing posts with label TRUCARE Nano Silver Toothpaste. Show all posts
Showing posts with label TRUCARE Nano Silver Toothpaste. Show all posts

Monday, November 11, 2013

TRUCARE Nano Silver Toothpaste, Untuk Gigi Bermasalah

Hi Korang,


Aku selalu kena gusi berdarah bila lepas je gosok gigi.


Memanglah tak sakit tapi masa korang punya syok menggosok tuh, tup-tup dalam buih putih-putih tu keluar merah-merah kan. Kan dah tak best.

Rasa geli pun ada.

Terus je check kat mana darah tu keluar, hah nampaklah puncanya. Masalah gusi uolls.

Ni mesti kurang vitamin ataupun tak pandai jaga kebersihan gigi.


Biasalah bila dah tau masalah tuh, terus duk bertukar-tukar ubat gigi. Yang pedas, yang berangin, yang memutihkan semuanya tak jalan sehingga kawan aku Don, bagi cuba ubat gigi TRUCARE Nano Silver ni yang di formulasikan dengan Nano Colloidal Silver yang lebih dikenali sebagai satu bahan yang bersifat anti bakteria.


Mengandungi Ag + RapidHeal Factor, yang boleh menyembuhkan ulser, sakit gusi dan sakit tekak dalam hanya beberapa hari je kita gunakan dan jugak membantu mencegah punca pernafasan berbau. Kalau guna setiap hari, ianya akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan ulser dan apa jua masalah oral agar nafas lebih segar dan bakteria dalam mulut hilang.

Cantikan packagingnya



Ubat gigi TRUCARE Nano Silver di datangkan dalam kotak perak matte. Satu tiub hanya berat 95g . Semua instruction siap lengkap di letakkan di belakang tiub dan kotak gak tau. So senanglah tak yah lah nak simpan kotak tuh.

Aku dah gunakan rasanya dah seminggu kot, lupa plak. So far memang betullah apa yang di perkatakan. Gosok gigi sekarang dah kurang sket darah yang keluar, ermm nampak darah tu semakin sket dah buih putih semakin banyak. Nafas rasa segar tapi tak delah sampai nak cakap keluar daun pudina kan. But boleh rasalah.

Yang best tuh, budak kecik pun boleh guna. Cuma yang berumur 6 tahun kebawah tu cuma tekan sket je sebesar kacang peas dan tengok-tengok sket bila diorang menggosok tuh takut tertelan plak kan



Even kucing aku Si UBAN ni pun duk mengendeng suruh gosok gigi dia ek. Yelah ko, kucing punya mulut lagi berbau kan. hahahahhaahah...

Kalau korang nak buat as mouthwash pun boleh tau, cuma campurkan dalam air dan kacau. Kemudian berkumur jelah cam biasa


Rasanya bagi aku, ubat gigi TRUCARE Nano Silver ni memang sangat sesuai kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan gigi. Apa jua jenis penyakit yang berkaitan dengan gigi boleh di kurangkan atau mungkin dihilangkan terus dengan ubat gigi ni.

Nak tau lebih lanjut, meh check it out kat bawah ni



Pelbagai info yang menarik mengenai ubat gigi TRUCARE Nano Silver ni dan juga tips penjagaan gigi yang sempurna